Tip mencari idea menulis

( * Anda rasa berbaloikah kita jika kita menjual idea dengan menulis?, jangan kata tidak mempunyai bakat menulis jika kita masih tidak melakukannya, terima kasih kerana ikuti blog saya. entri ini ditulis ketika keladi mula menulis di dunia blog, keladi tak nak menukar atau mengedit apa-apa, sebab nak lihat cara dan penulisan ketika itu, dan mugkin ia juga menjadi pengukur untuk saya didunia blog )


Keladi do it...duit online : Bagaimana mencari idea untuk menulis blog

Do it..do it..buat duit dengan blog!!

Salam semua kepada pelayar-pelayar internet yang sudi baca dan singgah sebentar di blog en keladi ini, teruskan membaca ya, semoga perkongsian ini serba sedikit memberi manfaat untuk semua, sungguhpun tujuan penulisan blog ini adalah untuk mempelajari teknik dan strategi dunia blog bagi en keladi tetapi mengapa tidak en keladi kongsikan perjalanan ini kepada korang semua untuk menjadi blogger berjaya suatu hari nanti....#angan-angan mat keladi @ mat jenin.

Do it
Do it
Buat duit dengan blog

Soalan pertama daripada en keladi, Bagaimana perjalanan blog korang?, INGAT!!! tujuan kita adalah buat duit dengan blog, jadi jika di tanya en keladi pula jawabnya, blog sudah masuk entry yang ke tiga masih kental untuk menulis, rasanya masih jauh perjalanan en keladi ini untuk menjadi seperti www.hasrulhassan.com, tidak mengapa "dont give up"....Walaupun tiada views @ follower (jangan menangis wahai hatiku). Masakini ada pelbagai jenis blog dengan niche yang menarik dan entah berapa juta pula jumlahnya blog ketika ini tetapi yang pasti en keladi sebagai newbie, mesti terus melangkah dengan lebih serius untuk menjadi blogger terhebat @ buat duit dengan blog, sungguhpun sentiasa akan menerima halangan, petuanya nanti dapatkan tip SEO daripada otai-otai Internet Marketing (wahai en keladi..sabarlah kamu)

KATA-KATA NASIHAT : cari mentor untuk berjaya...lebih mudah...gerak langkah kita nanti.

Bagaimana untuk mencari idea untuk menulis blog?

Soalan diatas akan saya jawab setelah berblogwalking, Korang perlu terus membaca tau.

Blog korang mugkin sekarang ini sudah  pun ada,  tidak kiralah blog itu menarik, cantik dan klass ko jah!!...yang pasti mesti kemas dan mudah dibaca ditambah dengan niche menarik serta mempunyai gaya bahasa yang santai. Bagaimana pula dengan blogwalking, banyak ke korang melawat, sambil membaca blog tersebut cuba lihat GAYA BAHASA yang digunakan didalam blog yang  korang lawati itu..bagaimana teknik yang mereka gunakan untuk menarik minat pembaca?

Boleh ker..guna short message..
Boleh ker..guna bahasa keras..kasar..@ lucah...
Boleh ker...guna bahsa pasar
Boleh ker.....blablabla

Yup boleh jer!!!! Asl x blh ker nk gna bhsa @ tlis cm tu

Amboi..cepatnya korang membangkang en keladi..jangan jadikan viral pula untuk blog en keladi ini yang bersetuju dengan penggunaan ayat dan gaya bahasa yang malas ataupun  kurang sopan.

TIP BLOG :jika blog kita menjadi kontroversi @ viral, ia mampu menaikan trafik blog.

Bagi en keladi, dalam penulisan blog  memberi kita ada lebih  kebebasan dari segi penggunaan gaya bahasa tersendiri dan tidak kiralah bahasa loglai, pasar, mat2 rock, kesat, kasar, hatta bahasa jawa sekalipun tapi korang kena ingat, penulisan yang baik mencerminkan keperibadian dan bertahannya kita dalam bidang ini, di blog yang utama adalah isi dan maklumat, pepatah otai blogger dalam kalangan Mat salleh "Contant is king", jadi lebih indah gaya bahasa yang lebih sopan ketika menulis, pasti akan selamat dari dikenakan tindakan undang-undang, yang pasti tujuan utama kita adalah buat duit dengan blog bukan menyakitkan hati semua orang.

Setuju atau tidak? ( jika tidak setuju, drop komen dibawah, jangan spam tau, hanta komen yang related dengan tajuk, peraturan untuk pengguna internet)

KATA-KATA NASIHAT : Jauhkan daripada menjadi "keyboard Worrior" yang membuta tuli..

Do it
Do it
Duit online

Yang pasti segala gaya bahasa yang korang gunakan mesti ingat pada teknik SEO, ia juga berkaitan atau memberi kesan dalam menarik trafik ke blog kita nanti. Contohnya, jika en keladi taip :  Tp..idea dlm mnulis belog..korng rasa ???...dari situ kita sudah pun nampak kesannya.

Setuju @ tidak dengan en keladi!!!

Entry ini di post @ di karang pada 30 September 2015, teruskan membaca untuk mengetahui Rahsia mencari idea penulisan blog yang menarik..

Berbalik kepada soalan sebentar tadi, bagaimana untuk mencari idea dalam penulisan blog..konsep yang sama boleh kita gunakan dalam menulis pelbagai artikel nanti, tidak khusus  hanya pada blog sahaja tau, maklumat dan info yang en keladi dapat ini adalah daripada hasil blogwalking, teruskan mengikuti perkongsian ini erkk.

TIP BAGAIMANA MENCARI IDEA DALAM MENULIS BLOG

  1. BLOGWALKING, mesti korang muak dengan perkataan yang en keladi selalu tulis dalam blog ini, yup blogwalking adalah salah satu kaedah en keladi  yang digunakan untuk mencari maklumat, maklumlah saya ini seorang yang baru @ newbie, jadi faham-faham sahaja lah perlu belajar dengan lebih banyak dan mendalam lagi terhadap sesuatu topik ataupun teknik.
  2. JOIN FORUM, en keladi tak mahu promote, perlu join forum yang mana, bagi en keladi, tidak kiralah apa pun forum yang korang join, pasti ada sesuatu yang boleh kita perolehi, contohnya, komen yang diberikan, mugkin ada yang boleh digunakan untuk mencari idea yang menarik, jika korang lebih bijak dalam memberi pandangan dan pendapat, kenapa tidak korang gunakan untuk berinteraksi dengan pakar didalam sessuatu bidang, sekurang-kurangnya nanti adalah sikit kajian yang korang buat, sudah tentu penuh bergaya blog korang nanti, lain daripada yang lain.
  3. LAMAN SOSIAL, rasanya semua orang tahu kot, sebut jer lah pasal FB, mesti korang sudah tahu apa tindakan selanjutnya, di laman sosial, bukan sahaja FB, banyak lagi media sosial yan mempunyai banyak sangat maklumat yang boleh korang ambil dan huraikan topik di blog korang nanti, waima, meniaga baju sekalipun, jika pandai menghuraikan, pasti menarik.
Bagi en keladi untuk mencari idea memang mudah, tapi bila untuk menghuraikan topik yang dipilih itulah  yang menjadi masalah untuk kita sebagai newbie, tapi ingat misi kita adalah mencari duit dengan blog.

TIP BLOG :PEMBACAAN YANG MELUAS ADALAH SALAH SATU CARA DALAM MENCARI IDEA UNTUK MENULIS

Dalam blog IZIVIO.COM, pun ada menghuraikan berkaitan cara mencari idea untuk menulis, jom kita lawat kejap ke blog beliau, lepas tu datang balik ke sini tau :-
  • Salah satu cara yang berkesan mencari idea untuk menulis blog adalah melalui pembacaan.
  • Internet sebagai penjana idea paling deras untuk menulis artikel blog
  • Minat dan hobi pemangkin cetusan idea dalam penulisan.
#INGAT!! jangan gunakan blog untuk menyebarkan sebarang maklumat palsu @ fitnah, ia bakal membunuh karier korang sebagai blogger terhebat.

Jom tengok pula di blog www.pengendaliblog.com

8 tips berkesan dalam mencari idea menulis artikel
  • Menjawab soalan yang ditanya diforum
  • Komen yang dihantar oleh pembaca
  • Isu semasa dan berita terkini
  • Jadikan masalah anda sebagai idea
  • Mengulas semula artikel blog yang pernah dibaca
  • Mengolah semula artikel-artikel lama
  • Bertanya soalan di dalam Laman sosial (aktif berinteraksi)
  • Berehat dari blogging ( maksud penulis dalam point ini adalah anda perlu keluar bersiar2, ketika sedang buntu dalam penghuraian topik )
Wah!!! mesti korang sudah mendapat idea yang mencurah-curah berdasarkan tip-tip diatas, en keladi ambil "key point" je tau, untuk mengetahui lebih lanjut silalah lawat ke website tersebut.

Andai ada pendapat dan bantahan untuk artikel en keladi ini , boleh dropp di ruang komen ya..

Baiklah en keladi teruskan blogwalking di www.suhiminain.com tajuknya 7 cara mengatasi masalah kekeringan idea menulis
  • Buat perancangan awal
  • Wujudkan suasana menarik
  • Tulis pendek-pendek
  • Bersosial ( interaksi)
  • Latih diri untuk berfikir secara kreatif
  • Laburkan sesuatu untuk mendapat ilmu
  • Dapatkan kumpulan ataupun, cari mentor yang sepatutnya.
Jadi tunggu apa lagi, jom berblog, #mencari duit dengan blog,tapi yang pasti peringkat permulaan mesti akan rasa dan bersoal jawab didalam hati adakah penulisan kita ini mempunyai pembacanya nanti @ adakah aku ni syok sendiri..apa2 pun SABAR!! adalah jawapannya.

Bagi mengakhiri entry kali ini, en keladi hendak merumuskan punca tiada idea untuk menulis dan sukar menjadi penulis blog yang berjaya :-
  1. Tiada perangcangan
  2. Kurang ilmu
  3. Tidak tahu teknik ( 1H 4W)
  4. Terlalu bagus....bajet bagus lah kot..
Bagi point yang no 4, harap point tersebut bukan untuk en keladi,  dan yang pasti en keladi nak menjadi penulis blog yang berjaya, tip yang ditulis diatas sekadar perkongsian dan panduan untuk kita semua.



Ikhlas dari en keladi


Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com