Berbaloikah jadi blogger?

Berbaloikah korang nak jadi blogger ni?

Do it
Do it
Duit online

Yesszaa!!! Maaf tuan benashaari, mohon en keladi pinjam topik yang di tulis oleh kamu.

Berbaloikah jadi blogger
Berbaloikah dengan berblog

Bagi en keladi jadi blogger ni memang berbaloi, jika blog tersebut sudah ada nama dan pengikutnya.

Yup nak menjadikan berbaloi bila kita jadi blogger ni mesti ada blog yang popular, jika tidak jangan haraplah nak dapat status, aku jadi blogger ni sangat berbaloi, duduk rumah jer, jaga anak-anak, confirm bersenang lenang.

Yupsssss tiada kaitan dengan sesiapa ya.

Yang pasti kerjaya blogger ini nampak senang tapi tidak semudah yang disangka, banyak perkara yang perlu dipelajari lagi, ilmu-ilmu seo perlu dipertingkatkan lagi, secara jujur gua memang suka lihat kejayaan my sifu, saudara ben ashaari, sungguhpun gua bukan ahli kelabnya, tapi suatu hari pasti en keladi jadi seperti beliau. #harap2 lah tuan ben ashaari membaca blogku ini, confirm blogku ini jadi FoFuLor....

Persoalannya wahai en keladi, berbaloikah engkau jadi blogger?

Entah lah, mula2 macam ada satu semangat untuk menulis, tapi bila sudah lama, rasa macam tiada apa2 perkembangan, ya lah kot, produk en keladi yang niagaaffiliate tu pun x laku2. ( lupakan seketika ).

Berbaloi jadi blogger jika 

  • Blog korang mampu hasilkan pendapatan
  • Blog korang mampu memberi inspirasi pada orang lain
  • Blog korang menjadi contoh kepada blog2 yang lain
  • Blog korang selalu mendapat publisiti oleh media
  • Blog korang dapat menjadi bahan kajian
  • Blog korang banyak dicari 
  • Blog korang boleh memujuk sesorang ke arah yang lebih baik
  • Blog korang banyak menang contest
  • Blog korang juara SEO
  • Blog korang nampak cantik
Jadi adakah ia berbaloi ?

Kejayaan pasti ada bila niat murni kita dalam berblog pasti berbaloi jadi blogger. Berbaloi membawa maksud yang pelbagai dari sebarang sudut, dan yang pasti untuk en keladi semoga dunia blogger akan en keladi teruskan sungguhpun sudah pencen, ia menjadi rutin untuk mengisi masa lapang, selain itu, blog juga dapat berkongsi info yang berguna untuk semua..jadi berbaloikah korang digelar blogger?

Jom ikuti juga penulisan blog en keladi di www.mrkeladi.blogspot.my 


Read More...

Apa itu SEO ?

Search Engine Optimization

Ihsan Internet : Search Engine Optimization
Korang kenal perkataan diatas ?

Wahai en keladi engkau  perlu tahu seo tu binatang apa..nanti mulalah nak compliant  @ mengadu blog x de orang cari dan baca!! nanti mulalah nak merayu tulis kisah2 kegagalan blog, nak raih simpati kononnya!!

Tolong ya en keladi.."Please open your mind, don't open your mounth!"

Baiklah aku belajar apa itu SEO ( Search Engine Optimization)

Korang jangan lupa ikuti penulisan en keladi untuk topik kenapa masih gagal dalam berblog?

Apa itu SEO ?

Search Engine Optimization = mengoptimalkan kedudukan website/blog pada kedudukan utama dalam agen pencarian maya.

( pengertian SEO sangat luas, ia sekadar pandangan en keladi sahaja)

Contohnya korang boleh lihat, cuba taip di kotak carian, "Apa itu SEO?

Korang tahu jawapannya..

Website/ blog  siapa yang berada di kedudukan pertama dalam enjin carian tersebut?

En keladi semak tadi ini jawapannya

Tempat pertama : www.rudinazoar.com

Itulah kejayaan yang dilakukan oleh pemilik blog tersebut dengan hasil penulisan topiknya berada dikedudukan pertama dalam enjin carian.

Seterusnya korang drop di ruang komen, mungkin akan berlainan website/blog, tapi en keladi cuma buat contoh untuk menunjukan apa itu SEO?

Jadi, serba sedikit kita telah mengetahui berkaitan SEO. Untuk penambahan jom kita kaji sejarah seo,

Sebelum adanya Google, Yahoo, Bing, Rapidshare dan lain-lain search engine  yang ada didunia ini, satu-satunya cara untuk mendapatkan maklumat di internet adalah melalui directory. Secara spesifiknya website directory ini bertujuan mengumpul artikel-artikel yang ditulis untuk disebarkan kepada umum, cara directory bekerja pula adalah artikel yang ditulis oleh anda perlu dihantar ke website directory, jika tiada mereka yang submit artikel maka tiadalah maklumat, selain itu, ia juga tidak tersusun seperti sekarang, apabila korang search je kat google, confirm mudah untuk dipilih, bersangkutan dengan topik yang telah dicari.

Lebih mudah untuk diterangkan kenapa google lebih praktikal daripada directory sebab Google menggunakan"boots" untuk mencari website yang relevant dan mengindexkan dalam data Google. Untuk lebih en keladi faham, sekarang ini jika kita buka sesebuah website, mugkin korang akan jumpa backlink atau klik iklan ke ruang lain, konsep yang sama digunakan oleh google, tapi mereka menggunakan server berkuasa tinggi untuk mencari website/page baru daripada domain registrar,directory,weblog, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

KREDIT UNTUK GOOOGLE

Dalam enjin carian google mempunyai algorithm untuk menyunsun data-data yang telah diindex page / website  oleh robots nya, memudahkan en keladi @ korang semua mencari maklumat yang diingini.kiranya macam inilah jika korang taip keladi, pasti keluar pasal keladi, x delah kot tiba-tiba keluar berkaitan ratu cantik, lainlah jika nama ratu cantik tu Keladi.

korang artikel ini akan bersambung pada entry akan datang, dan korang rajinkan dirilah untuk ke www.mrkeladi.blogspot.my dan keladi.overblog.com

Banyak kebaikan jika korang tahu ilmu seo ni, ia berkaitan dengan misi kita

Do it
Do it
Duit online


Ikhlas dari en keladi

Artikel ini ditulis pada 16/10/2015


Read More...

Seni Bina Blog: Kenapa Blog Anda Tiada Pengunjung

(*blog anda masih tiada pengunjung, hahahah, blog pun apa kurangnya, tak mengapa asal kita terus berblog, entri ini ditulis ketika keladi masih baru dalam dunia blog)


Seni Bina Blog: Kenapa Blog Anda Tiada Pengunjung




Blog en keladi lah tu kan..



( en keladi saja pautkan tajuk ini daripada blog danialde4.blogspot.my, nampaknya blog ini sudah lama tidak aktif, hasil penulisannya juga menarik tapi mugkin pemilik blog ini sibuk  ataupun "give up" dalam dunia blobgger !!..andai tidak boleh diterima mungkin pemilik blog tersebut sibuk dengan dunia kerjaya yang sangat diminati kot, en keladi harap blog en keladi ini akan terus aktif sehingga diriku tiada lagi didunia ini, jangan jadi sarang anai - anai sudah!! )



Berbalik kepada persoalan diatas, kenapa blog anda tiada pengunjung?



Jawapannya : blogwalking kurang



Itu jawapan yang malas dariku, bagi jawapan yang rajin pula,

  • Design blog kurang menarik
  • Blog tidak tersusun dan tidak kemas
  • Tidak tetap ( posting tidak mengikut jadual) ataupun blog korang bercampur aduk nichenya
  • Tiada tarikan
  • Tiada maklumat yang berguna
  • Blog lambat "loading"
  • Terlalu merapu, jika makan ikan kerapu tidak mengapa.
  • Penulis yang poyo dan hasil penulisannya jadi macam syok sendiri
  • Penulis blog bukan orang yang berpengaruh, cuba bayangkan en keladi seorang pelakon kacak drama aksia tv 3, "confirm" ramai yang akan serbu blog ini..( angan-angan mat keladi).
  • Kewujudan blog tidak disedari @ mungkin kurang ilmu SEO nya kot.

Point tersebut hanya sebilangan kecil sahaja, sebenarnya banyak lagi jawapan yang juga boleh korang berikan pada persoalan diatas, apa kata anda "drop" di kotak komen dibawah beritahu semua sebab kenapa blog en keladi ini kurang pengunjung...#bukan blog saya, maaf ya..

Jadi apa tindakan korang jika sudah tahu blog kurang pengunjung, perlu pasang strategi ni, 

Apa strateginya?
  • Blogwalking = perkataan ini lagi, yup blog walking, dan jangan lupa dropp komen, ya korang boleh drop komen di bawah ini, jangan risau gua x akan delete, tapi nak menjual biar berpada, syaratnya penjual tu kena promote juga blog www.mrkeladi.blogspot.my kepada kengkawan yang lain.
  • Promosi biar gempak beb, tidak kira secara halus ke, kasar ke, mesti korang tahu bagaimana untuk buat promosi, senang cerita laman sosial tu jangan lupa, en keladi suka join wangcyber, banyak info yang berguna untuk newbie dalam misi mencari duit online..bak kata en keladi selalukan do it do it duit online.
  • Point kali ini macam sama point di atas, tapi strategi kali ini korang buat link di laman sosial, fb ke, atau instagram dan lain2 laman sosial, bila korang publis artikel baru jangan lupa update status tu.
Secara ringkas dan panjang berjela en keladi huraikan topik daripada pautan blog lain, kredit untuk blog tersebut, semoga kita semua berjaya dalam dunia blog

Do it
Do it
Duit online

Kenapa blog anda tiada pengunjung ?

Ikhlas daripada en keladi

Read More...

Kenapa masih gagal dalam berblog?


(*Anda masih gagal berblog ke, tak apa usaha tangga kejayaan, entri ini ditulis ketika permulaan saya berblog, tak perlu edit rasanya, maaf ya jika ada kesilapan bahasa dan ejaan, dulu niche blog ni adalah tentang online, tapi kini saya tukar kepada lifestyle)


Kenapa masih gagal ?

Gagal bukan penamatkan!!

Permulaannya en keladi  buat blog ini adalah untuk mencari duit menggunakan blog, seronok pula jika mendengar rakan2 yang telah berjaya dalam berblog.
Kenapa masih gagal dalam berblog?
Gagal bukan penamat, tapi usaha akan merubah segala-galanya

Adakah en keladi nak menukar niche blog?

Ya, perasaan ini macam2 fikir, bila berblogwalking, macam ilmu ini sangat kurang jika dibandingkan dengan otai2, bagaimanalah en keladi hendak berkongsi ilmu kepada korang, en keladi sendiri pun kurang ilmu, tapi niat untuk berkongsi tu ada, tapi tulah, nasib seorang newbie.

Newbie oh newbie, 

Korang punya blog pula macam mana?, masih 'mantain'? Ada ke rasa2 untuk menukar niche, blog, macam tidak sesuai je rasa blog yang aku buat ini, sia-sia, buang masa.

NOTA PENTING : Terus fokus dengan apa yang kita lakukan walaupun tidak berjaya ubah strategi lagi.

Sebab utama kenapa en keladi gagal dalam blogging

  1. Tidak mempunyai matlamat, betul ke en keladi tiada matlamat, habis tu yang matlamat buat duit tu apa ?, jom tengok point yang kedua.
  2. Blog hanya untuk duit, yup, betul en keladi, tujuan utama untuk duit kan??, kononnya do it !do it ! Duit online, tapi en keladi kena ingat kejayaan bukan senang untuk diperolehi, tambahan untuk buat do it dengan online, sangat sukar, tapi jangan 'give up', teruskan usaha.
  3. Niche ( topik) syok sendiri, betul ke, en keladi punya niche ini syok sendiri, tapi en keladi minat menulis, tapi tidak tahu topik yang menarik untuk dipersembahkan. Korang punya niche agaimana pula ?
  4. Terlalu banyak blog dalam satu-satu masa, banyak sangat blog en keladi ini, itu pasallah buat ini tidak menjadi buat itu tidak menjadi, last2 blog jadi sarang anai-anai,YA KER!! Jom cek blog en keladi yang ini www.mrkeladi.blogspot.my, keladi.over-blog.com, ada macam-macam tau, sudi2kan lah baca.
  5. Tidak mempunyai minat ( passion), en keladi tiada minat ker dalam berblog ?, en keladi suka berblog tapi entah lah banyak sangat halangan, minat ada tapi semangat tu kadang2 ada kadang hilang.
Tension!!Tensionnya

Jangan tension, maaf point di atas saya ambil daripada blog www.pengendaliblog.com dengan tajuk 5 sebab utama kenapa anda gagal dalam blogging.

Jadi korang boleh ambil point sebagai panduan untuk korang terus berblog.

Untuk perkongsian bersama, kita jadikan kegagalan untuk berjaya, teruskan usaha korang dan en keladi juga terus berusaha untuk mencapai target blog www.keladionline.com dibaca oleh 1000 orang, # JANGAN MARAH.

Read More...

Apa itu domain dan hosting

( * Bila baca semula entry yang keladi tulis ketika mula-mula berblog dulu, rasa macam kelakar pula, tapi itu lah kehidupan,)

Do it
Do it
Buat duit dengan blog

Salam kepada korang yang membaca entri ini, entri ini ditaip pada 08 Oct., saja en keladi tidak meletakkan diatas untuk tarikh, sebab terlampau rajin untuk menaip.

Jadi bagaimana dengan blog korang sekarang ini, sudah dapat pulangannya?, sabar bagi mereka yang mengatakan macam sia-sia jer buat blog ini, habuk pun traak!! ( sabar 200x)
En keladi pun rasa macam itu, yup mula2 en keladi rasa blog ini mampu menghasilkan pendapatan buat en keladi, banyak luangkan masa untuk mengkaji apakah niche yang sesuai buat en keladi hasilkan, selain berblogwalking en keladi juga kaji pada gaya penulisan mereka yang telah berjata dalam bidang ini, tapi hasilnya sehingga kini belum ada yang mengikuti blog ini...www.keladionline.com.

Sabar wahai en keladi !!

Baiklah en keladi nak straight to the point, maaf jika anda tidak selesa pada gaya dan penggunaan bahasa dalam blog ini, ia adalah proses pembelajaran en keladi dalam dunia blog, maklumlah blog ini baru berusia 2 bulan, target en keladi, en keladi akan cuba sedaya upaya menghasilkan sesuatu yang sangat menarik selari dengan tema blog ini mencari duit menggunakan blog.

Bagaimana en keladi cari untung dalam berblog, seperti ini?

Tiada apa yang menarik pun..

Biar en keladi tinggalkan tanda tanya kepada korang, memang blog ini nampak biasa dan tiada banyak pengiklanan diletakan didalam blog ini, yang utama adalah tujuan untuk melihat dan mengaplikasikan teori yang dipelajari daripada blog2 otai yang telah pun berjaya menghasilkan pendapatan.

Blog www.keladionline.com yang dulu dikenali seperti www.keladionline.blogspot.my,

Kenapa berbeza?

Jawapannya...serverfreak

En keladi tidak kisah sungguhpun blog ini kurang digemari tapi perlu ada domin tersendiri.

Domain?
Apa itu domain dan hosting
Ihsan Internet : Google Image

Apa itu domain?

Domain adalah nama yang menggantikan IP address yang akan diperlihatkan pada server tertentu dan biasanya diwakili oleh website atau blog

Contohnya : www.keladionline.com

Tapi blog ini tidak ada hosting

Apa itu hosting?

Hosting adalah tempat untuk menyimpan data digital iaitu termasuk text, gambar, atau video yang akan diperlihatkan dalam bentuk website.

Maklumat tambahan untuk maksud website.

Website adalah satu tapak maklumat yang mempunyai maklumat dalam bentuk profile.

Contoh korang boleh lihat pada website syarikat..

Sekarang ini korang sudah tahu apa tindakan selanjutnya, untuk menjadi lebih menarik dan professional blog korang nanti, jangan lupa tempah domain di serverfreak.

TIP OTAI IM: untuk blog tidak perlu beli hosting, cukup menempah untuk domain sahaja

Ikhlas daripada en keladi, akan datang kita belajar pula bagaimana untuk set up domain yang dibeli itu.
Read More...

Tip menjadi blogger berjaya

( * Anda rasa blogger yang berjaya ni diukur daripada sudut apa ya, adakah pengalaman mereka, ataupun jumlah pembaca yang ramai?, susah nak dikatakan, jom lihat dan baca tip menjadi blogger berjaya, kini blog ini dikategori sebagai lifestyle, terima kasih kerana anda sudi membacanya)


Do it
Do it
Buat dunia dengan blog

tip menjadi blogger berjaya
Sumber Ihsan : google image 

Bagaimana dikatakan blog kita ini berjaya?

Blog en keladi ini pun boleh dikatakan berjaya, wahhh betul ke!! Banyak mana orang mencari blog U tu?, blog U tu berapa ranking alexanya?? Banyak ke pendapatan yang dihasilkan dari blog u tu ?, dan timbul pelbagai persoalan, berkaitan statement yang membunuh diatas, BLOG AKU ADALAH BLOG BERJAYA!!

Betullah blog saya berjaya!!

Berjaya diistilahkan daripada sudut terbinanya blog ini, itu yang saya maksudkan, jika mengira berapa sangat yang membaca blog ini, rasa sudah beribu2 pembaca kot??? Seribu satu persoalan terus berada di dalam pemikiran korang, senang cerita diri sendirilah yang menjadi peminat setia blog www.keladionline.com

( TERIMA KASIH DAUN KELADI, TERUSKAN MEMBACA BLOG EN KELADI)

Jangan tidak meneruskan pembacaan tau,  pasti pada entri ini en keladi hendak membincangkan tentang tip untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

Entri ini dihasilkan pada 07 October, tujuan blog ini adalah untuk berkongsi perjalanan seorang blogger newbie yang akan berjaya dalam dunia blog suatu hari nanti dan dapat menghasilkan pendapatan daripada blognya itu.

Mugkin korang terkejutkan, kenapa saya pilih topik tip ini, sedangkan saya hanyalah serangga kecil , jika dibandingkan dengan otai2 kita yang sudah lama berjaya dalam dunia ini.

#Saya adalah salah seorang peminat blog en hasrulhassan, moga2 satu hari nanti boleh jadi macam beliau..

Jawapannya : blogwalking dan terus berblogwalking, info hanya dihujung jari..

Korang untuk menjadi blogger yang berjaya memang sukar, macam en Keladi, kadang-kadang ada terasa juga, selama apa yang dihasilkan macam kurang hasilnya, bila post dimana-mana media sosial tiada sambutan, apabila menulis di blog, perasaan syok sendiri pula, "give up" terus, dan kurang semangat untuk meneruskan misi penjelajahan untuk mencari duit dengan berblog, kadang kala ada juga perasaan malas untuk menulis, banyak sangat minda negatif yang berada di minda, terus membunuh semangat untuk menjadi blogger yang berjaya serta mampu membawa pulangan yang lumayan.

Ciri- ciri diatas harus dijauhi, tidak kira kita dibidang apa sekalipun, cuba sesuatu yang baru, jangan patah semangat, jangan berputus asa, gunakan kemahiran yang ada untuk berjaya.

NOTA PENTING: blog yang menarik lahir daripada kemahiran diri sendiri

NOTA PENGALAMAN: Irfan Khairi mencipta nama dalam bidang IM, memakan masa selama 4 tahun baru digelar sebagai jutawan internet.

Jadi untuk menjadi blogger yang berjaya adalah sentiasa berfikiran positif, teruskan fokus dengan apa yang kita lakukan, walaupun tiada orang yang sudi membacanya, jadi biar diri sendiri yang menjadi peminat setia blog yang dihasilkan itu.

Dengan blog ada yang mampu meraih pendapatan yang lumayan.

Dengan blog juga ada yang telah berjaya dan menjadi popular.

Dan dengan blog ada yang kecewa dan kecundang..( jangan jadi seperti ini)

KATA-KATA SEMANGAT: jangan kecewa jika tiada yang berminat untuk membaca blog kita, kita sendiri yang menjadi peminat untuk blog sendiri

10 tip menjadi blogger yang berjaya


  1. Sikap yang negatif perlu dijauhi, ( tepuk dada tanya iman)
  2. Sikap yang positif perlu ada dalam diri, jika blog korang masih tiada pembaca setia, teruskan usaha dan jangan jadi alasan untuk korang tidak menulis, jadilah peminat untuk blog korang sendiri.
  3. Fokus perkara yang sedang kita lakukan, sangat penting untuk kita yang newbie dalam bidang ini, saya tahu mungkin korang bila berblogwalking dan bandingkan blog korang dengan mereka2 yang pakar dalam blog, akan terasa, teruknya blog aku ni, dan terus menukar niche blog, jadi macam tidak fokus, jika macam tu, tidak berjayalah blog kita nanti.
  4. Minat membaca, jika kita mempunyai minat membaca mudah bagi kita untuk menghuraikan sesuatu topik yang ditulis, selain itu juga, kita menjadi seorang yang sangat berpegetahuan, kredit untuk mereka yang rajin membaca.
  5. Kemahiran teknikal, wow, betul ke ni en keladi oii?'...saya tak pandai nak betul2kan komputer, android pun fail, entah apa2 je benda alah ni...jadi saya tak boleh jadi blog yang berjaya ke? ( maksud en keladi, korang mesti perlu ada kemahiran teknikal, walaupun sedikit, ya lah untuk menwujudkan blog kita mesra pembaca, perlu tahu caranya.
  6. Selalu berkongsi, jangan salah tafsir, berkongsi ilmu tau, yup jika nanti korang sudah berjaya menjadi blogger terhebat, jangan lupa untuk berkongsi ilmu tersebut, macam en keladi yang newbie ini sentiasa mencari cara bagaimana untuk menghebatkan diri dalam bidang ini.
  7. Seorang yang peramah, bukan seorang yang pemarah ya, ciri ini perlu ada, korang jangan sombong tau, sentiasa tunjukan minat untuk menjawab soalan daripada newbie yang sentisa dahagakan ilmu.
  8. Wujudkan rakaian komunikasi yang meluas, katak bawah tempurung bukan sikap blogger yang berjaya, mereka akan selalu mewujudkan rakaian diantara mereka yang berada dalam dunia blog juga 
  9. Berdisplin, blogger yang berjaya selalu menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan fitnah ( keyboard worrior), blogger popular mudah untuk diterima gelaran tersebut, korang buat satu topik @ niche blog yang boleh mencetuskan perasaan benci, sudah tentu blog tersebut ramai yang nak jadikan viral
  10. Jujur dalam menghasilkan penulisan, budaya copy & paste, sentiasa dielakan,

Tip diatas hanyalah sebahagian daripada tip-tip yang hebat untuk bergelar blogger yang berjaya.

Bagi en keladi, keikhlasan ketika menulis adalah yang menjadi keutamaan dalam berblog, sifat kesabaran dalam menulis ataupun menghasilkan topik yang berkualiti perlu di utamakan, memang pada permulaan blog ini dihasilkan untuk mencari pendapatan hasil berblog, tapi bagi en keladi perkongsian ilmu adalah yang penting, selagi en keladi melangkah dengan seribu satu teknik dan strategi untuk buat duit dengan blog, selagi itu lah perasaan negatif wujud dalam diri en keladi, jadi bagi en keladi tujan utama menulis adalah untuk mencari kemahiran yang ada, disamping itu untuk mengasah bakat dalam penulisan, Insyaalah

Do it
Do it
Buat duit dengan online

Akan menjadi blog yang berjaya suatu hari nanti.

Read More...

Ciri-ciri hebat blogger berjaya

Do it
Do it
Buat duit dengan blog

Hebat ke blog korang sekarang ni?
Mampu ke meraih keuntungan dalam berblog ni?

Soalan yang berlagak dari en keladi..korang jangan layan dan yang pasti korang perlu terus membaca entri ini sebab ada 10 ciri - ciri hebat blogger berjaya. Berlagak dan sombong adalah ciri yang perlu dijauhi, bagi peringatan bersama kita sebagai newbie.

Sebelum itu, nak tanya boleh...

Bagaimana dengan blog korang? Sudah mampu ke meraih keuntungan, maaf en keladi katakan, memang agak sukar bagi newbie untuk menempah nama dalam dunia ini dalam mssa yang singkat, korang baca jelah kisah-kisah kejayaan otai2 kita tu, bukan mereka hari ini daftar blog besok dah mampu perolehi duit yang banyak, perjalanan ini mugkin mengambil masa bergantung kepada usaha korang, en keladi berkongsi maklumat berdasarkan pembacaan di blog2 otai kita, sebabnya en keladi memang minat berblog, en keladi bercita-cita untuk menjadi seperti mereka yang master dlm bidang ini, bagi en keladi pula,memang rasa sukar untuk menjadikan blog en keladi popular, tapi nak buat macam mana, blog perlu berjalan  seperti biasa sungguhpun tiada orang yang membacanya.

( * Jangan sedih keladi ya, setiap penulis blog ada kemahirannya yang tersendiri, ini adalah permulaan saya berblog, maaf saya tak edit ya)

Read More...

Tip menjadi usahawan internet yang beretika

( * Tagline sekarang dah tak do it, Do it lagi sekarang dulu, kini dan selamanya aku berblog, jom terus membaca Tip menjadi usahawan internet yang beretika, hasil penulisan keladi ketika permulaan di dunia blogging)


Do it
Do it
Buat duit online..

Terima kasih jika anda terus mengikuti blog en keladi, pastinya korang mesti sudah mula dalam kempen promosi peroduk @ service secara online, teruskan usaha, maklum lah kitakan newbie, banyak perkara yang harus dipelajari dengan lebih mendalam, en keladi akan sentiasa update diblog ini selepas en keladi ber blogwalking blog-blog otai kita, dan pastinya korang terus ikuti entry ini pasti selepas ini kita akan tahu dalam pemasaran online ini tidak kira kita guna apa sahaja media sosial yang pasti perlu ada etika, untuk peringatan bersama dalam berblog untuk tujuan apa sekalipun, etika perlu dijaga.

Tips menjadi usahawan internet yang beretika

  • Tidak spam : aktiviti spam ini sering berlaku, mugkin ia tidak boleh dibendung, atas sikap kerakusan mereka yang ingin capai target dengan cepat, 
  • Tidak scam :  mengambil kesempatan terhadap orang ramai, ia memberi tanggapan yang negatif bagi mereka yang baru kenal dunia online, wahai para scammer jangan lah kamu membunuh kami yang baru nak bermula berniaga secara online, dan bagi korang pula, mesti jauhkan, andai ada produk yang terjual mesti bagi aa yang dijanjikan dan bertanggunjawab andai barang tersebut rosak ataupun tidak boleh digunaka, cara ini boleh memberi kepercayaan yang lebih terhadap perniagaan online korang nanti
  • Menjaga privasi pelanggan :  yang ini perlu diambil berat, korang jangan sesekali jual senarai emel dalam niche tertentu kepada orang lain, contohnya,jika seorang Im mempunyai 3000 senarai emel dari niche buat duit online, mereka pun menjual semua emel itu kepada orang lain yang berminat untuk masukkan ke dalam system autoresponder mereka.
  • Mesra pelanggan : sangat dituntun jika ada pelanggan yan tidak berpuas hati terhadap apa produk yg korang tawarkan, tolong ya jawab dengan adap sopan, walaupun mugkin time tu, korag tengah tension
  • Menjaga sensitivity : jangan sesekali membangkitkan isu yang dianggap boleh mengugat keharmonian negara, terutama nya agama,sendiran terhadap budaya atau apa2 upucara agama sebagai bahan negatif diblog korang harus dielakan
  • Menjaga adab bicara dan bahasa : sangat penting korang jaga adab bicara tidak kira melalui penulisan atau ketika bercakap, jangan gunakan bahasa kasar, ejaan yang ringkas dan aneh-aneh.
  • Tidak menyertai keyboard warriorr : keyboard warrior terlahir dimana-mana sahaja di internet samada di laman facebook, twitter, instagram atau pun di forum, cuba elakan daripada daripada perdebatan terhadap sesustu isu yang menjadi kemarahan ramai dan korang pula sibuk untuk beri ulasan yang bagai mencurah minyak petrol keatas bara api.
Etika perlu dijaga, supaya kita akan bertahan lama, dan terus unggul dalam bidang ini,ingat tujuan kita adalah untuk mencari duit dalam berblog.

Do it
Do it
Buat duit online dengan blog

Bagi mereka yang sedang berblog teruskan semangat dan usaha korang, entry en keladi ini di tulis pada 3 october 2015, bagi panduan untuk en keladi dan korang yang dikategorikan sebagai newbie seperti en keladi.

Bonus tambahan, en keladi nak sampaikan top 6 komunikasi berkesan antara penjual dan pembeli online yang wajib korang semua tahu, kredit untuk ruang wang cyber

  1. Komunikasi melalui blog : blog adalah tempat utama di mana ramai pengguna internet berkunjung untuk mendapatkan info secara percuma tidak kiralah ia berkaitan dengan berita , tips dan sebagainya
  2. Komunikasi melalui emai : medium yang paling utama untuk korang mewujudkan system komunikasi yang berkesan antara anda dan orang ramai, emel menjadi antara pilihan utama untuk pengguna internet menghubungi anda.
  3. Komunikasi web facebook merupakan antara laman web yang mempunyai pengaruh yang sangat tinggi didunia. Laman web ini juga dikatakan sudah mula menjadi pesaing utama untuk website google dan juga youtube.com, korang boleh menbangunkan fanpage khusus untuk website jualan korang, gunakanlah nama fanpage anda itu sama dengan nama website jualan anda agar proses penjenamaan boleh di lakukan juga di laman web facebook
  4. Komunikasi melalui forum :  mugkin ada dikalang IM kita yang masih belum sedar akan komunikasi melalui forum, laman forum menjadi antara tempat dimana ramai orang berkumpul
  5. Komunikasi melalui skype : skype telah menawarkan pelabagai fungsi dan ia sentiasa di update dan upgrade dari masa ke semasa, jadi kenapa tidak memilih skype?
  6. Komuniasi melalui media chat , whatsapp: whastapp baru-baru ini sudah di ambil alih oleh syarikat facebook dengan kos lebih dari USD 2 billion.pengguna whatsapp juga di katakan mencecah lebih dari 200 juta pengguna .tidak hairan jika anda melihat mereka yang menggunakan smartphone akan install whatsapp ke dalam phone mereka
Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com