Kenapa masih gagal dalam berblog?


(*Anda masih gagal berblog ke, tak apa usaha tangga kejayaan, entri ini ditulis ketika permulaan saya berblog, tak perlu edit rasanya, maaf ya jika ada kesilapan bahasa dan ejaan, dulu niche blog ni adalah tentang online, tapi kini saya tukar kepada lifestyle)


Kenapa masih gagal ?

Gagal bukan penamatkan!!

Permulaannya en keladi  buat blog ini adalah untuk mencari duit menggunakan blog, seronok pula jika mendengar rakan2 yang telah berjaya dalam berblog.
Kenapa masih gagal dalam berblog?
Gagal bukan penamat, tapi usaha akan merubah segala-galanya

Adakah en keladi nak menukar niche blog?

Ya, perasaan ini macam2 fikir, bila berblogwalking, macam ilmu ini sangat kurang jika dibandingkan dengan otai2, bagaimanalah en keladi hendak berkongsi ilmu kepada korang, en keladi sendiri pun kurang ilmu, tapi niat untuk berkongsi tu ada, tapi tulah, nasib seorang newbie.

Newbie oh newbie, 

Korang punya blog pula macam mana?, masih 'mantain'? Ada ke rasa2 untuk menukar niche, blog, macam tidak sesuai je rasa blog yang aku buat ini, sia-sia, buang masa.

NOTA PENTING : Terus fokus dengan apa yang kita lakukan walaupun tidak berjaya ubah strategi lagi.

Sebab utama kenapa en keladi gagal dalam blogging

  1. Tidak mempunyai matlamat, betul ke en keladi tiada matlamat, habis tu yang matlamat buat duit tu apa ?, jom tengok point yang kedua.
  2. Blog hanya untuk duit, yup, betul en keladi, tujuan utama untuk duit kan??, kononnya do it !do it ! Duit online, tapi en keladi kena ingat kejayaan bukan senang untuk diperolehi, tambahan untuk buat do it dengan online, sangat sukar, tapi jangan 'give up', teruskan usaha.
  3. Niche ( topik) syok sendiri, betul ke, en keladi punya niche ini syok sendiri, tapi en keladi minat menulis, tapi tidak tahu topik yang menarik untuk dipersembahkan. Korang punya niche agaimana pula ?
  4. Terlalu banyak blog dalam satu-satu masa, banyak sangat blog en keladi ini, itu pasallah buat ini tidak menjadi buat itu tidak menjadi, last2 blog jadi sarang anai-anai,YA KER!! Jom cek blog en keladi yang ini www.mrkeladi.blogspot.my, keladi.over-blog.com, ada macam-macam tau, sudi2kan lah baca.
  5. Tidak mempunyai minat ( passion), en keladi tiada minat ker dalam berblog ?, en keladi suka berblog tapi entah lah banyak sangat halangan, minat ada tapi semangat tu kadang2 ada kadang hilang.
Tension!!Tensionnya

Jangan tension, maaf point di atas saya ambil daripada blog www.pengendaliblog.com dengan tajuk 5 sebab utama kenapa anda gagal dalam blogging.

Jadi korang boleh ambil point sebagai panduan untuk korang terus berblog.

Untuk perkongsian bersama, kita jadikan kegagalan untuk berjaya, teruskan usaha korang dan en keladi juga terus berusaha untuk mencapai target blog www.keladionline.com dibaca oleh 1000 orang, # JANGAN MARAH.

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com