Tip menjadi blogger berjaya

( * Anda rasa blogger yang berjaya ni diukur daripada sudut apa ya, adakah pengalaman mereka, ataupun jumlah pembaca yang ramai?, susah nak dikatakan, jom lihat dan baca tip menjadi blogger berjaya, kini blog ini dikategori sebagai lifestyle, terima kasih kerana anda sudi membacanya)


Do it
Do it
Buat dunia dengan blog

tip menjadi blogger berjaya
Sumber Ihsan : google image 

Bagaimana dikatakan blog kita ini berjaya?

Blog en keladi ini pun boleh dikatakan berjaya, wahhh betul ke!! Banyak mana orang mencari blog U tu?, blog U tu berapa ranking alexanya?? Banyak ke pendapatan yang dihasilkan dari blog u tu ?, dan timbul pelbagai persoalan, berkaitan statement yang membunuh diatas, BLOG AKU ADALAH BLOG BERJAYA!!

Betullah blog saya berjaya!!

Berjaya diistilahkan daripada sudut terbinanya blog ini, itu yang saya maksudkan, jika mengira berapa sangat yang membaca blog ini, rasa sudah beribu2 pembaca kot??? Seribu satu persoalan terus berada di dalam pemikiran korang, senang cerita diri sendirilah yang menjadi peminat setia blog www.keladionline.com

( TERIMA KASIH DAUN KELADI, TERUSKAN MEMBACA BLOG EN KELADI)

Jangan tidak meneruskan pembacaan tau,  pasti pada entri ini en keladi hendak membincangkan tentang tip untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

Entri ini dihasilkan pada 07 October, tujuan blog ini adalah untuk berkongsi perjalanan seorang blogger newbie yang akan berjaya dalam dunia blog suatu hari nanti dan dapat menghasilkan pendapatan daripada blognya itu.

Mugkin korang terkejutkan, kenapa saya pilih topik tip ini, sedangkan saya hanyalah serangga kecil , jika dibandingkan dengan otai2 kita yang sudah lama berjaya dalam dunia ini.

#Saya adalah salah seorang peminat blog en hasrulhassan, moga2 satu hari nanti boleh jadi macam beliau..

Jawapannya : blogwalking dan terus berblogwalking, info hanya dihujung jari..

Korang untuk menjadi blogger yang berjaya memang sukar, macam en Keladi, kadang-kadang ada terasa juga, selama apa yang dihasilkan macam kurang hasilnya, bila post dimana-mana media sosial tiada sambutan, apabila menulis di blog, perasaan syok sendiri pula, "give up" terus, dan kurang semangat untuk meneruskan misi penjelajahan untuk mencari duit dengan berblog, kadang kala ada juga perasaan malas untuk menulis, banyak sangat minda negatif yang berada di minda, terus membunuh semangat untuk menjadi blogger yang berjaya serta mampu membawa pulangan yang lumayan.

Ciri- ciri diatas harus dijauhi, tidak kira kita dibidang apa sekalipun, cuba sesuatu yang baru, jangan patah semangat, jangan berputus asa, gunakan kemahiran yang ada untuk berjaya.

NOTA PENTING: blog yang menarik lahir daripada kemahiran diri sendiri

NOTA PENGALAMAN: Irfan Khairi mencipta nama dalam bidang IM, memakan masa selama 4 tahun baru digelar sebagai jutawan internet.

Jadi untuk menjadi blogger yang berjaya adalah sentiasa berfikiran positif, teruskan fokus dengan apa yang kita lakukan, walaupun tiada orang yang sudi membacanya, jadi biar diri sendiri yang menjadi peminat setia blog yang dihasilkan itu.

Dengan blog ada yang mampu meraih pendapatan yang lumayan.

Dengan blog juga ada yang telah berjaya dan menjadi popular.

Dan dengan blog ada yang kecewa dan kecundang..( jangan jadi seperti ini)

KATA-KATA SEMANGAT: jangan kecewa jika tiada yang berminat untuk membaca blog kita, kita sendiri yang menjadi peminat untuk blog sendiri

10 tip menjadi blogger yang berjaya


  1. Sikap yang negatif perlu dijauhi, ( tepuk dada tanya iman)
  2. Sikap yang positif perlu ada dalam diri, jika blog korang masih tiada pembaca setia, teruskan usaha dan jangan jadi alasan untuk korang tidak menulis, jadilah peminat untuk blog korang sendiri.
  3. Fokus perkara yang sedang kita lakukan, sangat penting untuk kita yang newbie dalam bidang ini, saya tahu mungkin korang bila berblogwalking dan bandingkan blog korang dengan mereka2 yang pakar dalam blog, akan terasa, teruknya blog aku ni, dan terus menukar niche blog, jadi macam tidak fokus, jika macam tu, tidak berjayalah blog kita nanti.
  4. Minat membaca, jika kita mempunyai minat membaca mudah bagi kita untuk menghuraikan sesuatu topik yang ditulis, selain itu juga, kita menjadi seorang yang sangat berpegetahuan, kredit untuk mereka yang rajin membaca.
  5. Kemahiran teknikal, wow, betul ke ni en keladi oii?'...saya tak pandai nak betul2kan komputer, android pun fail, entah apa2 je benda alah ni...jadi saya tak boleh jadi blog yang berjaya ke? ( maksud en keladi, korang mesti perlu ada kemahiran teknikal, walaupun sedikit, ya lah untuk menwujudkan blog kita mesra pembaca, perlu tahu caranya.
  6. Selalu berkongsi, jangan salah tafsir, berkongsi ilmu tau, yup jika nanti korang sudah berjaya menjadi blogger terhebat, jangan lupa untuk berkongsi ilmu tersebut, macam en keladi yang newbie ini sentiasa mencari cara bagaimana untuk menghebatkan diri dalam bidang ini.
  7. Seorang yang peramah, bukan seorang yang pemarah ya, ciri ini perlu ada, korang jangan sombong tau, sentiasa tunjukan minat untuk menjawab soalan daripada newbie yang sentisa dahagakan ilmu.
  8. Wujudkan rakaian komunikasi yang meluas, katak bawah tempurung bukan sikap blogger yang berjaya, mereka akan selalu mewujudkan rakaian diantara mereka yang berada dalam dunia blog juga 
  9. Berdisplin, blogger yang berjaya selalu menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan fitnah ( keyboard worrior), blogger popular mudah untuk diterima gelaran tersebut, korang buat satu topik @ niche blog yang boleh mencetuskan perasaan benci, sudah tentu blog tersebut ramai yang nak jadikan viral
  10. Jujur dalam menghasilkan penulisan, budaya copy & paste, sentiasa dielakan,

Tip diatas hanyalah sebahagian daripada tip-tip yang hebat untuk bergelar blogger yang berjaya.

Bagi en keladi, keikhlasan ketika menulis adalah yang menjadi keutamaan dalam berblog, sifat kesabaran dalam menulis ataupun menghasilkan topik yang berkualiti perlu di utamakan, memang pada permulaan blog ini dihasilkan untuk mencari pendapatan hasil berblog, tapi bagi en keladi perkongsian ilmu adalah yang penting, selagi en keladi melangkah dengan seribu satu teknik dan strategi untuk buat duit dengan blog, selagi itu lah perasaan negatif wujud dalam diri en keladi, jadi bagi en keladi tujan utama menulis adalah untuk mencari kemahiran yang ada, disamping itu untuk mengasah bakat dalam penulisan, Insyaalah

Do it
Do it
Buat duit dengan online

Akan menjadi blog yang berjaya suatu hari nanti.

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com