Bagaimana gaya penulisan yang terbaik untuk blog


Keladionline : penulisan di blog bukan untuk di semak oleh guru bahasa. 

  • Ehh..!!! aku sudah kata korang jangan hendak berlagak sangat dengan cara korang berblog
  • Ak tak kish pon ko nk ckp ape, yg pasti belog ak cntik.
  • Blog, ohh, belog, sangat menguji saya ketika bereksperimen dengan blog.
  • Maksud sebenarnya bagi blog adalah satu medium yang digunakan dalam memberi maklumat yang berguna kepada umum.

( sebahagian contoh gaya bahasa yang digunakan didalam blog)

Adakah perlu diberi keutamaan pada gaya bahasa ketika menulis blog ?

Gaya bahasa

Hanya sekadar pandangan dan pendapat daripada encik keladi, bagi saya gaya bahasa serba sedikit membawa personaliti blog kita, kadang-kala gaya penulisan blog nampak macam kurang ajar, tapi penerimaan blog tersebut jauh lebih ramai daripada blog yang dikira gaya dan penulisan yang sopan, jadi siapa nak menjawabnya?

Identiti blog

Blog perlu ada identiti tersendiri, ohh yer ker encik keladi, blog ko ni bukan meniru cara gaya bahasa otai-otai ker..

#ko jangan nak menuduh sebarangan!!!

Penarikan

Selain niche blog yang menarik berserta template yang agak mengagumkan, gaya penulisan yang baik juga menjadi daya penarikan untuk blog kita terus diikuti.

Jadi,

( lu fikirlah sendiri...gaya bahasa dalam berblog juga adalah salah satu kreativiti si blogger untuk menarik lebih ramai menyukai blognya itu)

Tapi,

Bagaimana sebenarnya gaya penulisan yang terbaik untuk blog?

  1. Bosan : jangan jadikan pembaca blog anda berasa bosan
  2. Tidak faham : jangan buat pembaca blog anda kurang faham apa yang korang tulis
  3. Santai : biar cara penulisan yang santai, sebab pembaca sekarang ini banyak sumber 2 maklumat untuk dibaca bila dia baca kita punya article..rasa relax pula nanti.
  4. Seolah-olah kita berbual dengan pembaca, ( bagaimana tu encik keladi?)
  5. Biar padat dan ringkas, macam harian metro...saja promosi...jgn marah ya.
  6. Penggunaan perkataan yang tidak sepatutnya harus dielakkan, tapi ada cara yang tersendiri untuk menyampaikan mesej yang agak keterlaluan....bukan mengalak tapi untuk pembelajaran.
  7. Ikut kreativiti, mugkin loghat negeri boleh difikirkan.
  8. Blog macam karangan budak sekolahlah, boleh ke?..ikut kreativiti sendiri ya.
  9. Penulisan berbunga-bunga, ohh tidak, korang perlu ingat, jika blog korang tu kisah percintaan bolehlah menggunakan kata2 puitis yang berbunga-bunga, tapi jika blog kita niche nya tentang "mencari duit dengan blog"..takkanlah nak berbunga2..kot...ikut kreativiti tau.
  10. Bombastik, kononya kita pandai sangat dalam berbahasa, tapi jadi tertanya2 pula pembaca kita nanti maksud perkataan tersebut, tapi jika ingin buat juga pastikan kita tahu caranya dan ikut kreativiti.

Gaya penulisan yang terbaik di dalam blog, 

Apa pula pendapat dan pandangan korang?

www.mrkeladi@blogspot.my


Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com