Bagaimana membina blog mesra seo ?

Sumber : internet
Tercabar diriku ini jika dapat tahu ramai di luar sana, si blogger 2  yang mampu menjana beribu-ribu ringgit hasil daripada aktiviti berblog.

Apa rahsia mereka ini ya..

Cantik sangat ke blog ko tu !!

Hebat sangat ke blog ko tu !!

( hello jangan sentap dengan penulisan ku diatas.........diriku hanya insan biasa)

Hebat ke, cantik ke blog kita, semua tu ditentukan  oleh bilangan trafik dan pembaca artikel yang disiarkan di blog kita, jika kurang sambutan macam manalah nak menjana pendapatan, betul atau tidak otai 2 blogger yang di sayangi..

Tapi

Memang saya hasilkan artikel yang menarik tanpa ada budaya palagiat ( copy and paste), memang unik artikel saya ini, tapi masih tiada pembaca dan tiada trafik yang datang singgah ke blog aku ni!"

Ok something wrong somewhere ??

En keladi bukan pandai sangat pasal blogger ini, masih terkial-kial untuk mencari niche blog yang menarik, gaya penulisan pula, masih tahap kurang memuaskan, apatah lagi untuk template....sendiri jawab lah..

So,

Kenapa ngada2 pilih niche blog macam ni, sedangkan en keladi ni kurang ilmu bab blog ? Kenapa gedik sangat nak selongkar topik ini??,

Sentap,

Soalannya,

Bagaimana membina blog mesra seo?

SEARCH
ENGINE
OPTIMIZATION

Jom kita cek it dot apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan belog kita ini, sangat mesra dengan SEO, dan setrusnya mudahlah mereka2 mencari topik yang kita tulis.


  1. Adakah kita seorang public figure yang sangat di kenali ( confirm en keladi bukan, jadi perlu usaha mempromosi blog dengan giat sekali
  2. Adakah artikel blog korang unik dan mengikut topik semasa ( jika en keladi punya topik dalam blog ini,macam malar segar, relevan sepanjang masa. Kira ada harapan lah kot blog ini untuk mesra ceo.
  3. Adakah anda mampu hasilkan artikel yang panjang?  Panjang tang mana tu!!!, jika bab2 mengutuk orang bolehlah kot untuk hasilkan artikel yang panjang tapi untuk mesra seo, artikel panjang tu mesti mempunyai info dan maklumat yang berguna dan bermanfaat, kiranya boleh membantu orang ramailah ..tak mau artikel caci mecaci, kot untuk menjadi ahli pemikir kononnya, last2 blog di banned oleh kerajaan Malaysia.
  4. Sasaran perkataan dan topik yang digunakan ( long tail keyword )adakah topik atau isu yang korang tulis mempunyai jumlah carian yang tinggi? Kebiasaannya jika terdapat isu yang sering di paparkan di media massa, time tulah si blogger2 akan mencari peluang untuk menulis juga topik  tersebut supaya mudah pencari maklumat menjumpai artikel yang di tulisnya di enjin carian. Maka, tidak rugi lah jika kita seorang  yang suka mengambil tahu hal dunia, tapi bukan orang yang kepoci tau.
  5. Adakah artikel korang mempunyai backlink yang berkualiti ?, backlink !!! Binatang apa tu? Jangan kata korang blogger jika baclinks pun tidak tahu, bukan propagnda, maaf semua,en keladi tahu korang semua, hebat2 belaka pasal baclinks ini, jika tak tahu cekitdot kat uncle google.
  6. Adakah blog korang tu selalu update ?, belong hantu...iee takut nyer!! Jagan mengedik en keladi oii..jadi untuk membina blog mesra seo, confirm perlu rajin menulis dan update, tidak mengapa jika belum mendapat gaya penulisan yang menarik, tapi lama-lama boleh kot jadi pakar..bak kata pepatah dahulu kala..alah bisa tegal biasa.
  7. Zaman sekarang orang guna smart phone untuk bersosial, maklum lah zaman teknologi canggih, maka blog kita semua ini mesti mesra mobile, hampir lebih 60 % trafik biasanya datangnya daripada smartphone, jadi jangan biarkan pembaca blog anda sukar untuk mengikuti hasil penulisan anda menggunakan smartphone.

Mudah bukan perkara yang telah kita semak @ cekitdot bersama, tapi yang pasti kita perlu terus fokus berkarya di arena blog, dan sentiasa mencari ilmu yang baru untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan seterusnya blog kita dapat menjana pendapatan seperti yang diimpikan. Waaaahhhlawei...jangan marah hanya sekadar penulisan biasa yang lahir dari pengalaman dan pembaca yang masih lagi kurang.



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com