Bagaimana menghasilkan artikel yang menarik untuk blog?

Sumber : Internet

Soalan cepuk gangsa yang perlu di jawab..

Hebat sangat ke artikel ko tu??

Blog setakat sendiri jer yang baca, ada hati nak tulis artikel yang menarik !!!

Mampu ke ko??

Motiff!!

Korang jangan risau caci maki diatas asalkan kita tahu apa yang ingin dihasilkan dalam  blog kita nanti, bagi en keladi menghasilkan artikel memang mudah tapi sejauhmana penerimaan artikel yang ditulis dan dapat memberi manfaat untuk semua  adalah perkara pokok yang perlu difikirkan ketika hendak menulis.

Bagi en keladi, blog di anggap sebagai kulit kita, dan kandungannya adalah nyawa blog, dan topik serta tajuk yang dipilih sebagai akal fikiran. Jadi jatuh bangun blog kita ibarat diri kita sendiri.

So,

Bagaimana menghasilkan artikel yang menarik?

Perlu lihat pada diri kita juga, apa yang terbaik yang pernah dilalui dan perkara yang buruk yang pernah diterima.

Korang yang sedang baca artikel ini pasti berasa, diriku ini sedang meroyan

Apa yang sedang ko tulis ni en keladi oii..

Gua mau tulis tip menghasilkan artikel yang bagus, jom ikuti ien...


  1. Minat terhadap topik yang ingin ditulis, contohnya, jika kita tahu serba sedikit pasal penanaman buah anggur di kawasan suhu biasa, jadi bolehlah kita melakukan experimen, kemudian jika berjaya ke @  fail ker, korang jangan risau asalkan ia berguna untuk mereka yang berminat dalam topik kita itu.
  2. Topik ringkas tapi cara pengolahan juga memberi kebaikan untuk kita ketika menulis blog, kiranya cara kita mengolah ayat dan ayat tersebut boleh memberi inspirasi kepada pembaca juga sudah dikira berjaya pada artikel kita itu.
  3. Mempunyai fakta dan maklumat yang diperlukan, YA, kita bukan seorang pemikir tapi jika kita mampu hasilkan artikel berserta info yang diperlukan oleh orang ramai, menampakkan kebijakkan kita dalam topik tersebut...tapi jangan auta tau..@ palagiat hasil karya orang lain.
  4. Melakukan sedikit soal-selidik serta ada kajian yang dibuat sendiri, mampu ke ko en keladi oii...haruslah, perlu ada kajian untuk topik yang kita pilih, confirm ia dapat diguakan oleh adik2 kita nanti ketika membuat assigment, so kita perlu rajin sikit dalam mengunyah sesuatu topik tu, terutama yang ingin menjadikan blog sebagai kerjaya.
  5. Semak semula dan baca berkali-kali artikel yang telah dihasilkan sebelum publish kepada orang ramai. Setuju ke korang dengan point 5 ni, en keladi kalo menulis memang tenyeh jer, tak kira ejaan lintang pukang, lepas tu malas pulak untuk buat semakan semula, tapi bila point 5 ni dirasakan sangat perlu, jadi lepas ini tiada lagi kesalahan ejaan ya.
  6. Info grafik @ statistik, wahh macam mana pula jika blog kita itu kisah peribadi, perlu ke point tu, en keladi, jangan sempitkan minda, cara kreativiti lah oii...contohnya jika kita cerita pasal kuncing, cuba kita letak jenis2 kuncing yang ada di Malaysia, so dari situ kita sudah nampak kajian yang telah dilakukan.
  7. Jangan terlalu banyak menceritakan keburukan orang lain, YA, jika kita ambil topik gossip..tak kisah lah artis ke, public figure ke, golongan vvvip ke, tapi sebagus mana artikel kita tu, confirm tak ke mana, tak de faedah pun, buat dosa jer nanti.
  8. Mengambil contoh atau pengalaman sendiri, yang ini memang mudah, kita sudah lalui sesuatu perkara, jadi kenapa tidak kita berkongsi kepada orang ramai.
  9. Mesti ada kepakaran dalam topik yang kita pilih, jika tiada kepakaran tetapi kita minat untuk menulis topik tersebut, jadi tak salah kita lakukan point no 4, banyakkan membaca berkaitan topik tersebut.
  10. Fokus, fokus dan terus fokus, kadang-kadang sedang syok kita menulis, tak perasan pula macam tiada kesinambungan pula dalam artikel tersebut, jadi jangan lupa tau guna kan teknik....Pendahuluan.....isi.....penutup

Korang  rasa artikel ini bagus ke?, 

Tapi,

Apa-apa pandangan dan pendapat korang, amat dihargai untuk en keladi menjadi seorang blogger yang berjaya.


Jom lawat saya di www.mrkeladi.blogspot.my



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com