Berbaloikah berhabis duit dengan blog

Memang berbaloi kot..

Apa yang berbaloi nyer tu..

Berhabisan duit dengan blog lah..

Maklumlah blog inikan perlu

  • Domain nama yang tersendiri
  • Mungkin lebih advance, siap ada hosting lagi ko!!
  • Reka bentuk yang menarik @ ada corak yang tersendiri
  • Template yang nampak lebih profesional
  • Siap ada logo untuk blog.
  • Artikel yang baik dan bermutu untuk semua.
  • Blog mesra SEO, katanya..
  • Promosi yang luar biasa.
  • Menganjurkan contest yang power.
  • Menubuhkan kelab blog sendiri.
  • Menganjurkan seminar-seminar berkaitan dunia blog.
  • Selalu beri hadiah untuk pembaca blog.
Itu saja ke encik keladi oii...ko labur berhabisan duit untuk blog picisan ko tu!" ( kata seorang pengkritik tetap yang tidak sedar diri)

Diatas tu hanya cadangan...bukan sudah buat pun...ko ni jah!!"''nak sergah orang tu tengok2 lah dulu oii...

Keladionline: blog mempunyai potensi dalam mencari sumber pendapatan sampingan

Berbaloikah berhabisan duit untuk blog?

Jawapannya...

Jika blog korang tu telah
  • Berjaya dalam mencapai jumlah trafik yang baik setiap hari.
  • Mempunyai peminat yang boleh dikatakan  macam seorang artis yang popular
  • Mempunyai jenama yang tersendiri
  • Menghasilkan artikel yang bermutu tinggi nilainya
Sangat berbaloi, jika blog korang mempunyai ciri diatas.

Tapi,  jika blog korang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah
  • Blog masih kurang trafiknya
  • Blog banyak copy and paste artikel orang lain
  • Masih tiada hala tujuan
  • Blog kurang mesra pembaca
  • Blog syok sendiri
  • Blog pemalas
Jadi rugilah jika melabur berhabisan duit, tapi blog masih kurang power kot, kiranya blog sudah menarik tapi ada...dot dot dot...( entahlah labu)..aduoi terasa pula gua.

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan, dan dimana ada kerajinan disitu pasti ada kejayaan.

Bagi pandangan dan pendapat encik keladi, blog biar ada ciri-ciri blog yang mempunyai mutu dan kualiti yang selaras dengan tujuan, memberi maklumat dan info yang berguna kepada orang ramai, ibarat sebuah program televisyenlah ya, jika kita letak seorang pengacara yang jelitawan atau rupawan sekalipun, tapi rancangan tersebut kurang pengisian, confirm tidak kekal lama, jadi sebelum melabur, lihat dahulu potensi dan kelebihan yang ada pada blog, tidak semestinya perlu melabur dan berhabisan duit, mugkin dengan cara kita mempersembahkan artikel yang bermutu dan berkualiti, walaupun blog tersebut free sekali pun, blog kita mugkin akan diterima umum.

(Blog ibarat ibarat pelaburan hartanah) 

Encik keladi



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com