Blog ikutan

Blogger ikutan ke...blog ikutan?

Apa yang ikut dan apa yang diikut...wahai encik keladi...

Pendapat dan pandangan seorang blogger picisan, kembali bergema:

Uoalls...tau tak blog aku ni sudah ada peniru, habis isi dalam di tirunya !!

Hebat sangat ke blog ko tu encik keladi!!

(Upsss terjaga dari tidur, rupayanya ku bermimpi menjadi seorang blogger yang punya ramai  pengikut)

Realitinya aku hanya seorang blogger menggikut blog yang popular.

So,

Bagaimana untuk menjadikan blog kita sebagai blog ikutan ?

  • Mesti blog tersebut dikenali ramai
  • Mesti blog ada niche dan kumpulan sasar yang tersendiri
  • Mesti blog tersebut penuh dengan info dan maklumat yang diperlukan
  • Mesti blog tersebut hasil tulisannya seorang pakar dalam sesuatu bidang
  • Mesti blog tersebut adalah pemilik kepada seorang blogger yang sentiasa mempunyai idea yang baru dan segar dalam menunjukkan kreativiti.
Boleh ke hanya dengan 5 point blog akan ramai pengikutnya.

TAK JUGA!!! 

Hanya sekadar pandangan dan pendapat, tapi jika blog kita itu memang terbukti telah berjaya dalam mencapai status pencarian tertinggi dalam rangking alexanya dan blog tersebut menjadi tumpulan pengiklan-iklan dan seterusnya boleh menghasilkan pendapatan, SAH, akan ramai pengikutnya, maklumlah bak artis popularkan, sebab banyak media memberi reputasi kepada blog kita itu, jadi popularlah blog kita itu...

( hanya mengharap...mampukah encik keladi bergelar blogger berjaya??)

Untung jadi artis popular, tulis je blog, memang confirm ramai peminat yang serbu blog mereka tu....maka jadilah BLOG IKUTAN.

jadi,

Bagaimana dengan blog anda, sudah bersedia untuk menjadikan blog anda blog ikutan dan seterusnya menjadi blogger yang diikut?

Blog menjadi ikutan
Adakah jumlah pengikut menentukan kejayaan sesebuah blog

Ikhlas 

Seorang blogger picisan yang masih mengikut.



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com