Blog sarang labah-labah

Blogku sarang labah-labah..

Arghhhhhhh!!

Berabuk, bersawang, entah2 ada hantu..

Takutnya...

Keladionline:kreativiti dalam berblog memberi semangat kepada kita untuk tidak malas berblog
www.mrkeladi@blogspot.my

Encik keladi nak bukak cerita sikit, maklumanlah time cuti hujung minggu inikan, banyak pula masa untuk menaip artikel di blog, nanti taklah jadi blogku ini sarang labah-labah.

Sarang labah-labah

Biasanya jika korang tengok rumah yang tidak berpenghuni lama, pasti akan dilihat suram bukan, nak2 time malam-malam..ieee takutnya ada hantu, jadi sama juga dengan blogkan, bila sudah lama tiada artikel baru pasti akan lari semua pengunjung.

Kenapa blogku jadi sarang labah-labah?

Ko baru sedar ke encik keladi, si blogger picisan!!

Nah ini sebabnya

  • Sudah bosan dengan blog
  • Tiada masa untuk menaip artikel
  • Tiada idea untuk dikongsi
  • Kecewa blog masih tiada trafik
  • Tiada daya penarik dan hilang semangat untuk berblog
  • Blog bercampur aduk
  • Malas, malas dan malas
So, ada aku kisah !!!, ujar seorang blogger picisan yang berlagak sombong.

Blogku bukan sarang labah-labah

Biasalahkan, macam encik keladi juga, permulaan join blog adalah untuk mencari pendapatan sampingan, tapi belum ada rezekikan, tengok orang yang berjaya tu, jelous pula, apakan daya saya seorang newbie blog picisan, kadang kala sebab itulah encik keladi ini berasa malas untuk berblog, macam tiada semangat untuk mencapai apa yang diinginkan dalam berblog dan hilang arah tujuan dalam berblog, motivasi untuk berblog hilang gara-gara blog ini masih kurang trafiknya, tapi,

wahai encik keladi, ko jangan jadikan alasan untuk tidak berblog lagi, ko perlu
  • Bangkit dan bersemangat
  • Berfikiran positif
  • Terus rajin mengupdate blog
  • Belajar daripada kegagalan
  • Sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada.
  • Cari ilmu, cari ilmu dan terus cari ilmu.
So,

Kenapa blog masih menjadi sarang labah-labah

JANGAN MALAS TAU!!

Pendapat dan candangan encik keladi adalah untuk perkongsian bersama tiada menceritakan kisah mana-mana pihak dan bukan juga untuk syok sendiri, ia boleh digunakan pada masalah yang sama dihadapi oleh korang semua, kitakan newbie, apa salahnya kita tolong menolongkan

Ikhlas daripada

Encik keladi blogger 


Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com