Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa

Keladionline.com : jika blog boleh menghasilkan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan kerjaya sepenuh masa, kenapa tidak kita memilih blogger sebagai kerjaya.

Setuju ke jika jawatan kerja kita adalah blogger ?

Ko kerja apa ?

Jawapan si blogger : jadi blogger

Binatang apa tu, gomen ke...??

What ever??..duduk goyang kaki..and I am a blogger...so what your problem??

( seperti biasa korang jangan ambil pusing dengan kenyataan diatas)

Jadi, persoalannya adalah...

Bolehkah kita memilih blog sebagai kerjaya?

Boleh jika....dan

Tak boleh jika...

( lu..fikirlah sendiri)

Bagi encik keladi jika ada kemahuan di situ mesti ada peluang, blog sebagai medium untuk mencari rezeki dan blogger adalah nama jawatan kita, tapi apakah yang harus kita lakukan untuk mendapat sumber pendapatan dan seterusnya kita boleh berbangga dengan jawatan kita itu.

Boleh ataupun tidak, semuanya terletak pada hasil kreativiti kita sendiri, contoh macam perniagaanlah, jika kita menjual sesuatu produk dan memberi sumber pendapatan yang cukup untuk kita, kenapa tidak kita memilih peluang tersebut sebagai kerjaya, tapi perlulah

  • Sifat kerajinan yang perlu ada
  • Sifat kesabaran
  • Sifat yang sentiasa ingin belajar
  • Sifat yang sentiasa fokus
  • Sifat yang sentiasa patuh pada masa
  • Sifat yang ingin sentiasa mencari peluang baru.

Takdir dan ketentuan ilahi memang sudah ada tapi jika kita minat pada sesuatu bidang kenapa tidak kita usahakannya sehingga kita berjaya, walaupun banyak rintangan dan halangan.

Jadi, korang setuju ke, blogger adalah jawatan korang.

Jangan dilihat hanya pada senario blog di Malaysia sahaja, cuba lihat di serata dunia, mugkin ada yang telah menjadikan blog sebagai medium mencari pendapatan secara sepenuh masa.

Kalo di Malaysia, adakah mereka hanya melihat blog hanya untuk berkongsi pendapat dan pandangan?

Tak juga, ramai pun sudah gunakan blog sebagai tempat mencari pendapatan..

  • Promosi barang @ produk guna blog
  • Promosi hasil masakan guna blog
  • Promosi testimoni pun guna blog

Jadi, boleh ke kata blog ni tak boleh cari makan.

Jawapannya cuma ada pada mereka yang benar-benar mahukan kejayaan dan hasil yang diinginkan.

En keladi masih menggunakan blog hanya sekadar mengisi masa terluang sambil berkongsi info yang berguna untuk semua.

Syok ke jadi blogger ?

Encik keladi



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com