Promosi blog

Promosi dilakukan untuk memberitahu kepada umum tentang blog kita
www.keladionline.com

Si blog picisan sudah bergema..berlagak bagus, kononnya nak bukak cerita pasal promosi blog, tapi blog nya sampai lah ni tak de orang baca !!!

Hello encik perfect...encik keladi nak cakap sikit...jangan nak menuduh sebarangan, tak de orang baca...habis gua yang selalu baca ni..bukan orang ke??

Sungguhpun blog encik keladi ini hanya blog picisan sekadar berkongsi rasa, tetapi gua tetap melakukan promosi, 

Penting sangat ke promosi ini?

Wahai encik sombong, ko tu bukan artis popular, jadi jangan nak perasan orang  akan cari blog ko tu, so, kita senasiblah..

Tujuan promosi blog :-

  • Artikel yang dihasilkan tu untuk siapa
  • Blog tersebut digunakan untuk apa
  • Iklan-iklan di dalam blog tu, untuk apa
  • Jualan yang dilakukan didalam blog, untuk siapa
So, kenapa masih malas untuk lakukan promosi, wahai encik keladi.

Jangan jadikan blog ini syok sendiri, ya, 

Maaf encik keladi tulis bagaimana untuk promosi blog anda untuk semua.

Jika korang nak promosi blog, jom ikut cara ini
  1. Laman sosial 
  2. Laman sembang
  3. Singnature email
  4. Blog walking
  5. Link blog
  6. Jadi penulis jemputan
  7. Join group @ kelab blog
  8. Menyertai seminar2 yang dianjurkan otai blog.
  9. Menyertai contest blog, walaupun banyak kali gagal
  10. Buat logo blog dan sentiasa pamerkan dimana-mana
  11. Selalu menyebut tagline blog
  12. Konsisten dalam menulis
  13. Aktif memberikan pendapat dan pandangan sambil menyebut2 nama blog.
  14. Cuba lakukan spam cara baik..
  15. Wujudkan kumpulan blog sendiri
  16. Menganjurkan contest blog
  17. Beri hadiah kepada pembaca blog yang setia
  18. Belajar daripada otai blog. 
  19. Sentiasa mempersiapkan diri dengan mempelajari teknologi baru.
  20. Gunakan video blog ataupun youtube
Mampu ke encik keladi oii, sebenarnya, perlu tahu juga, tujuan kita mengasilkan blog ini, jika untuk suka-suka, tidak perlulah promosi secara gerilla dan jika blog kita tu memang untuk cari makan, apa salahnya kita laburkan duit sikit untuk activiti promosi..

Jom lawat ke blog saya juga di keladicoklat.wordpress.com

Encik keladi
........

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com