Azam tahun 2016 VS Azam blog tahun 2016

Kengkawan sekalian, keladi nak share sikit pasal azam tahun 2016 aka impian yang selama ini diidamkan, dengar ya,

#Ada aku kisah,

Keladi oii engkau tu sapa?

Artis popular 
Anak Datuk yang macam putra dikayangan
Seleberiti yang penuh dengan kontroversi
Takpun ko tu seorang ushawan produk kurus yang berjaya!!

Yang semua netizen vs rakan blogger perlu dengar azam ko tu

Hamba ini hanya insan biasa yang tiada apa...hanya mengharap belas ikhsan daripada rakan-rakan blogger
#bukan ko selalu berangan untuk jadi seorang wartawan hebat yang hot lagi meletop ke?

Jangan nak merepek dan merapu, nanti semua orang lari untuk membaca entri ini.

Keladi nak share kat korang semua tentang azam yang sentiasa keladi impikan, azam ini sebenarnya bukan untuk tahun 2016, tetapi untuk sepanjang kehidupan aku.

Alahai ko keladi, semua orang ada azam dan impian tapi tak kecoh pun, #dengarlah dulu

1
Impian untuk bergelar seorang pengacara popular mengalahkan pengacara yang ada sekarang ini, tapi aku sedar diri ini tak sehebat mereka, peluang juga seakan-akan jauh dalam hidupku dalam bidang ini, walaubagaimanapun hasrat untuk bergelar personaliti televisyen popular tetap ada, sungguhpun mugkin agak sukar memandangkan ramai bakat-bakat baru yang lagi hebat, 
#susahnya mungkin tak tercapai kot untuk tahun 2016

2
Aku mengimpikan untuk menjadi.......personaliti blogger seperti ben ashari..wahh klass ko keladi!!!, itulah sebabnya aku selalu berblog tapi ilmu blog aku masih tipis, dulu-dulu time student, pensyarah suruh buat assigment blog, ko main-main, la ni dah kertu baru nak belajar balik, itu pasallah ko selalu asyik terlepas peluang je!'
Tapi mampu ke aku nak sehebat dia, aku berblog baru 4 bulan, follower pun...alahai...itu pun sudah kira syukur 
Allahamdulilah syukur pada tuhan,nak dibandingkan dengan bro ben ashari..ambik ko!!beribu-ibu
Mampu ke aku capai impian ini?
#Mampu jika keladi tanamkan azam sedalam-dalamnya, dan sentiasa istiqamah dalam apa yang diimpikan

3
Aku juga impikan untuk menjadi usahawan berjaya seperti Dato Vida....ku puteh..ku puteh baru lah puteh, dan mugkin sehebat Dato Aliff Syukri...terlajak laris....hebatnya mereka,
Azam dan impian yang ini rasa boleh dicapai tapi macam sukar sedikit, memandangkan keladi ini agak malu untuk menjual sesuatu produk, rasanya perlu untuk mencari seorang mentor kot untuk permulaan  dalam bisnes ni
#azam dan impian ini boleh dicapai jika ada kemahiran tapi tak semestinya perlu modal yang tinggi untuk memulakan impian ini, mugkin hanya dengan modal yang kecil, kamu akan menjadi sehebat mereka yang susah bergelar jutawan, tanamkan azam untuk tahun 2016 ini, belajar sedalamnya tentang basic perniagaan ya.

4
Beli aset dan hartanah,
Keladi, apa beza aset dengan hartanah, bukan aset adalah hartanah ke?
Kejap!!!,jangan nak mencelah
Aku nak beli kereta untuk aset yang susut nilai tu dan dalam masa yang sama aku nak beli aset yang tiada susut nilai ...seperti Rumah, Tanah dan Emas.
Tapi
Itulah...aku ni asyik main-main je, tak pernah fokus untuk mendapatkan aset-aset yang tak ada susut nilai tu..
Di tahun 2016
Keladi mesti melangkah dan terus melangkah, tapi bagaimana ya...gaji bulanan cukup makan je
Nak buat 2@3 kerja macam ada seorang pak menteri cadangkan tu macam tak masuk akal je, lepas tu dengan gst lah..barang naik lah...nilai ringgit lah..entah apa lagi..tension aku dibuatnya
Apalah nak jadi dengan aku ni, tolong lah wahai pak menteri-pak menteri, jangan lah asyik nak menjerat leher kami yang sememangnya sudah lemas di negara sendiri
# Azam ini memang agak sukar sikit kecuali ko ikat perut, tak payah beli apa-apa,tak payah setiap bulan bagi ibu bapa, tak payah bayo PTPTN, pakai baju yang sudah pudar, pergi kerja naik basikal, nak hirup udara segar pergi ke tepi tasik dan bla..bla...bla...jika itu semua ko buat...confirm boleh beli..dan capai impian ko tu...tapi nanti ko akan dapat gelaran anak derhaka yang kedekut....
Ishhh!!..kena buat sesuatu ni, apa yang harus aku lakukan ya.

5
Impianku yang terakhir ni...boleh ke aku capai..nak jadi umat islam yang sentiasa mengutamakan solat dalam kehidupan, maklum lah keladi ni bukan baik sangat...kadang-kadang tu rasa malas untuk bersolat...nasib baik ingat dah tua bangke ni, ibarat rumah kata pergi kubur kata mari baru ada sikit rajin...tapi kadang kala ada juga rasa  malas...
#Impian ini harus diutamakan, sungguhpun azam no 1,no 2 no 3 dan no 4 tidak tercapai, sebab azam no 5 inilah yang membawa ko selama-lamanya ke arah yang lebih baik.

Keladi terus berazam untuk menjadi blogger yang lebih baik, #mampu ke ko dan selaras dengan itu, mugkin korang akan pening apa sebenarnya niche blog keladi ini
Yang pasti keladi nak jadi blogger
Selamat datang ke dunia keladi

Ikhlas daripada

Keladi


Read More...

My blog list


Bloglist
Impian semua blogger dalam mempromosikan blog mereka

Keladi nak cerita sikit kat kengkawan, time aku berblogwalking selalu dekat blog-blog yang diterjah, kebiasaanya mereka akan letak widget bloglist rakan-rakan seangkatan disebelah tepi blog , dan daripada widget itu lah aku perasaan mudah dan cepat untuk menerjah blog mereka seperti wartawan hiburan dahagakan gossip artis..

Kiranya dengan bloglist ini kita tau kan kerajianan seseorang bloggerian mengupdate entri mereka, maklumlah aku ini blogger hanya dipinggiran yang melukut di tepi gantang, jadi memang perlu berblogwalking di blog-blog yang aktif lagi mantap ni dan macam biasalah aku akan tinggalkan tapak kasut aku...."jangan lupa follow blog keladi".'.perkataan yang selalu aku gunakan ketika bersiar-siar di dunia blog

Keladi juga mahukan di bloglist

Itulah resam junior, perlulah sentiasa merendahkan diri untuk mengetuk pintu rumah-rumah senior dalam mempromosi diri....tak kenal maka tak tahu la kot, jadi dengan selambar aku mengatakan kepada bloggerian di Malaysia untuk bloglistkan blog keladi ni, # Wahh mantap ko keladi, jangan nak lagak diva AA yang tidak berpijak pada dunia yang nyata...tak pun ko jangan nak berlagak seperti wartawan lagak samseng yang suka bercerita pasal artis kawin lari.

Siapa engkau!
Pelakon pembantu popular
Artis baru yang tengah top dan hot
Doktor gigi berbadan sado
Supermodal kontroversi
Ataupun
Ko anak putra raja yang ibarat merak dari kayangan

Kenapa orang perlu bloglistkan blog ko yang hodoh ni!! Ibarat blog picisan yang paling corot di tahun 2015

Tak boleh tak mengapa uollss..hamba tahu blogku ini hanya sandaran, tapi yang pasti kita mesti rajin dan terus berblog tak salahkan...maaflah jika ada yang tersilap melangkah dan diterjah blognya oleh keladi, yang spam2 tupun kira halal jelah di tahun 2015

Tapi, di tahun 2016, blog ini perlu terus bernafas dan segar dengan idea-idea yang baru, selaras dengan misiku menjadi blogger popular yang hot lagi mantap sebaris dengan bro ben ashaari..

Uollsss jangan lari itu aku berangan je, dah kata me, blog and lifestyle, cofirm aku boleh merangkak ataupun berjalan di blog seperti gaya seorang superstar, jadi diriku sendiri

#ko kata nak cakap sikit, ini sudah nampak macam ko merepek dan merapu tak tentu pasal, macam tak ada arah tujuan..


Ikhlas daripada


Keladi

Read More...

10 filem tercorot 2015

Tersuka tak sengaja!!
Tersuka baca entri keladi tanpa disengajakan..

Hello uollsss...netizen-netizen yang ku kagumi, blogku hanya untuk mu, entri kali ini merupakan satu sorotan di tahun 2015, bukan kisah percintaan ku dengan supermodel antarbangsa, dan bukan kisah lamaran seorang artis dilamar menteri kabinet, tetapi sorotan entri ini, keladi yang hot dan meletop ni akan listkan 10 filem tercorot 2015...

Aiyoyoyo!!,keladi hot dan meletop ni, ko cerita pasal filem,#berani ko jah!!
Blog ko ni pun antara yang tercorot tau di tahun 2015

Ada aku kisah!!!

Biasalah sesebuah filem yang gagal mencapai kutipan bukan hanya satu faktor je yang silap, mugkin filem akan datang mereka perlu post-moterm semula, dari segi promosinya, mugkin jalan cerita dan skripnya yang longgar serta gandingan pelakon yang tidak serasi atau tiada nilai komersial hingga gagal menarik perhatian penonton.

Diriku kaki kritik, keladiku kaku seperti pelakon kayu, hello..pengkritik hebat ku...sungguhpun keladi yang setaraf diva AA ni, bukan seorang penerbit drama ataupun filem tetapi ilmu perfilemen masih ada pada diriku ketika bergelar graduan mass com. Jadi, sikit-sikit tu bolehlah menganalisis apa sebenarnya kekurangan filem-filem tersebut.

10 filem tercorot

10 filem tercorot
MISI RAYYAN DAN DANIS: Jangan ambil rumah kami
Kutipan : RM12,754
Arahan Mohd Azaromi Ghozali
Pelakon : Azwan Kombos, Intan Ladyana, Sharisa Haris, Hanif Safuan, Muntaza Ghani, Firdaus Ghufran
Tarikh tayagan : 20 Ogos

10 filemm tercorot 2015
SELFIE SUARA KUBUR
Kutipan: RM90,494
Arahan : M Subash Abdullah
Lakonan : Mak jah, Kay Shan, Aiza Hussein, Sooriya Prakash
Tarikh Tayangan : 23 April

10 filem tercorot 2015
ABANG LENJEN
Kutipan : RM189,490
Arahan : Mohd Azaromi Ghozali
Lakonan : Farid Kamil, Fadlan Hazim, Intan Ladyana, Adiba Yunus
Tarikh Tayangan:16 April

BIASAN
Kutipan : RM20,348
Arahan : Sandosh Kesavan
Lakonan : Mas Khan, Lana Nordin, Jalaluddin Hassan, Emms Akma
Tarikh Tayangan : 12 November

KAPSUL
Kutipan : RM96,900
Arahan : Allahyarha Martias Ali
Lakonan : FaizalHussein, Zamarul Hisyam, Datuk Rahim Razali, Jue Aziz, Elly Mazlein, Irfan Khairi, dan Tun Dr Mahathir Mohammad
Tarikh Tayangan : 17 September

OH ! LA LA
Kutipan : RM36, 607
Arahan : Datuk Abdul Rahman Sallehudin
Lakonan : Syed Atiq, Nur Nazilah, Muhd Juhan
Tarikh Tayangan : 28 Mei

MIRIP
Kutipan : RM43, 371
Arahan : Jokin
Lakonan : Fezrul Khan , Ezzaty Abdullah, Reen Rahim
Tarikh Tayangan : 5 November

NOTA
Kutipan : RM80, 024
Arahan : Yasu Tanaka
Lakonan: Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan
Tarikh Tayangan : 13 Ogos

USOF WILCHA: MENGHONJANG MAKHLUK MUZIUM
Kutipan : RM139,543
Arahan: Mamat Khalid
Lakonan : Namron, Nasir Bilal Khan, Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Fara Dhiya
Tarikh Tayangan : 3 September

10 filem tercorot 2015
COVERINA
Kutipan : RM129, 721
Arahan: Khalid Nadzri
Lakonan: Pekin Ibrahim, Siti Elizad , Cat Farish
Tarikh Tayangan : 19 Februari


( Sumber : Statistik Perbadanan Kemajuan Filem Nasional ( FINAS )

Kutipan yang diterima oleh filem-filem diatas amat menyedihkan dan merugikan, tak balik modal derr!


Ikhlas daripada

Keladi

Read More...

Sorotan entri tahun 2015

Mantap dan terus meletoop, katanya blog ini, #Kenapa ko ini suka angkat bakul sendiri !!!
Mana ada diriku ini masih ditakuk lama lama la, masih seorang penulis blog picisan yang hari-hari berangan-angan untuk menjadi seorang wartawan yang popular, #mampu ke ko dimaki dan dihamun orang,

Sorotan entri tahun 2015,

Jangan ko nak syok sendiri dalam berblog nanti pembaca-pembaca lari pulak, ko tu bukan artis yang menang awards berkali-kali, tak pun ko tu bukan pelakon siri drama Akasia yang kat TV3 tu, jadi perlu berpijak di Dunia yang nyata dan terus mencari satu kelainan serta kreativiti dalam berblog. tak payah nak syok sendiri lagi, pembaca pun sudah pandai menilai hasil karya kita, jadi kau perlu tanamkan azam yang terbaik untuk kemajuan blog ko itu.

Azam untuk tahun 2016,

Tapi entri kali ini, keladi cuma nak simpulkan perjalanan blog ini sepanjang tahun 2015, kiranya macam sorotan yang dibuat oleh media-media tempatan kitalah....(nak tiru kononnya),
permulaan perjalanan blog ini dikira memang sangat sukar bagi keladi yang sememangnya suka untuk menulis, tapi tiada kesempatan masa untuk menulis, maklumlah executive muda, itulah hakikatnya aku suka mengikut-ikut trend semasa, 

permulaan blog ini adalah pada bulan September 2015, post pertama yang dihasilkan untuk blog ini mengenai sesi memperkenalkan diri dan selepas itu entri berkaitan bagaimana blog boleh dijadikan medium untuk mencari duit dan ketika itu slogan yang digunakan Do it, Do it..duit online...tapi itulah..rasa niche semacam ini ada ke yang nak baca, susah tau zaman sekarang nak servive dalam keadaan persaingan blog yang sangat sengit, maklumllah potensi untuk blog sangat luas jika tahu kemahirannya. niche seperti ini bagi pandangan dan pendapat keladi, memang sukar untuk dikongsi kerana ramai blogger yang sudah bergelar otai lebih baik penerangannya, jadi Adakah benar-benar keladi mampu menarik pembaca untuk mengikuti penulisan blog dalam  niche ini...."Ukur baju di badan sendiri"

tapi, itulah mengenagkan blog yang kurang penerimaan, keladi pun tidak berdiam diri, dan cuba untuk membawa sesuatu yang menarik untuk dikongsi oleh pembaca, maka jadilah blog yang seperti caca-merba, aduhai....banyak sangat bersedih dengan blog, saya memang minat sangat dalam bidang penulisan, tapi takdir dan rezeki bukan didalam bidang ini, mugkin kita boleh merubahnya dengan usaha dan ilmu yang ada, hasil penulisan sebelum ini keladi tidak akan buang atau pun padam dalam blog ini, hal ini bagi melihat sendiri bagaimana perjalanan dan perbezaan keladi menulis ketika permulaan berblog dan mugkin blog ini boleh dijadikan kenangan ketika usia keladi sudah lanjut, dan mugkin blog ini akan kekal selama-lamanya, selepas ketiadaan saya di dunia.

Keladi terus bangkit dalam berblog, keladi terus melangkah dalam berblog sungguhpun templatenya berubah-ubah, aku perlu berubah dan terus bersemangat untuk mencapai cita-cita menjadi seorang blogger terkenal, #mampu ke, 

senarai dibawah merupakan entri-entri yang dihasilkan oleh keladi dalam tahun 2015, bagi tujuan perkongsian kepada semua, terima kasih kepada semua yang sudi membacanya





























Ikhlas daripada 


Keladi








Read More...

Hari ini, semalam dan selamanya masih berblog

Setelah lama bersedih hati....terus bangkit dengan...semangat baru,

Maklumlah hujung tahun ...time ni lah nak fikir pasal Azam baru...

Azam yang bertukar ganti!!!

Azam yang syok sendiri!!!

Azam yang letak kat dalam buku je...simpan baik-baik ya.


Sterotype sangat ko ni...

Sudah...mana diri kau, yang macam cacing kepanasan tu dalam berblog, keladi oii!!!

Bukan ko berazam sempena tahun baru ni, kononnya nak lagi gila2 dalam blogging ni..

# harus la.....

Nanti jika tulis macam budak-budak sekolah, confirm lari pembaca blog

Mantap sangat ke blog ko tu

Hebat sangat ke blog ko tu

Popular sangat ke blog ko tu

Hari ini, semalam dan selamanya aku berblog

Jangan dikata bosan ataupun boring dalam berblog....bukan masing-masing punya identiti dan kreativiti ke dalam berblog, 

Minat akan terus menguasai diri..jadi tak masa ke, malas ke, tak ada idea ke, dan semua sewaktu dengannya.......mesti terus berblog,

Tak faham aku dengan entri ko ni!!!

Hello keladi wer....wer... siapa yang kentut dia anak apek tua!!!!

Sentap ko punya statement...tak faham apa yang aku nak maksudkan dalam entri kali ini...cuba korang tengok balik tajuknya tu...dan terus faham-fahamkan

 #sedalam mana cintamu,

Hari ini, semalam dan selamanya

Hari ini kita berblog

Semalam kita berblog

Besok kita berblog


Dan selamanya kita berblog...

Teruskan berblog, walaupun malas menguasai diri....

Motiff!!!

Tak ada motif.....kan sudah kata misi. Visi, matlamat, target dan apa-apa yang sewaktu dengannya, untuk tahun 2016...keladi akan terus berblog, memang seronok berblog ni, minat keladi untuk menulis, tapi tak kesampian nak tulis novel, blog pun jadilah....# mula3...tu ingat nak jadi wartawan aktif bersukan yang suka menceritakan pasal kes ustaz ditangkap khlwat....wahhhh!! Hanya rekaan cerita, jangan diviralkan....tapi semua tu tak akan jadi kenyataan.....aku tetap...blogger picisan.

Dan selama-lamanya blog kita akan kekal..

Ikhlas


Keladi



Read More...

Cerita blog dan separuh masa

Hebat sangat ke blog ko tu...

Kenapa orang perlu tengok blok ko tu

Dan sibuk sangat ko dengan blog, bukan blog ko tu hanya separuh masa ke?..

Cerita blog dan separuh masa

Perjalanan blog masih diteruskan visi dan misi nya tapi macam biasalah, bukan nak mengeluh ataupun meraih simpati, blog ini masih juga kurang trafiknya dan pengikutnya, entah apa yang  silap...adakah aku masih

Kurang berblog walking

Kurang pengisian dalam blog

Kurang menarik perhatian pembaca

Kurang memberi sesuatu kepada blogger yang lain

Atau  ko bukan dilahirkan untuk menulis blog.


Ini cerita blog saya, suka,duka, sedih dan tawa ketika saya berblog dan adakah saya akan berhenti kerja dan berblog sepenuh masa dan bukan separuh masa?

Perjalanan blog ko tu masih hijau dan jambu muda, belum banyak santan lagi kot, ko tak payah nak ikut seperti bro ben ashari...dia tu ibarat selebriti blog Malaysia dan ko pulak ibarat blogger picisan.

Best sangat cerita di blog ini, sehingga orang teruja membacanya.

Sungguhpun masih baru dalam dunia penulisan, saya akan tetap teruskan, mugkin hari ini sedih dan suatu hari saya akan gembira gara-gara blog,

Semua orang mampu untuk mencapainya

Semua orang boleh berjaya

Semua orang akan harungi kesukaran

Semua orang juga akan menerima kegagalan

Dan mugkin semua orang juga akan meninggalkan setiap apa yang tidak dicapai

Cerita di blog ini dan aku berblog separuh masa

Jika dilihat pada penerimaan platfom blog di Malaysia, rasa memang banyak persaingannya, maklum lah medium ini juga memberi seribu satu keistimewaan, dan peluang, sekarang ini pula mugkin ada yang digelar

Suami sepenuh masa dengan blog

Isteri sepenuh masa dengan blog

Pelajar sepenuh masa dengan blog

Orang pencen sepenuh masa dengan blog

Sehinggalah akan wujud gelaran otai blogger sepenuh masa.

Jauh lagi ke perjalanan encik keladi untuk bergelar blogger sepenuh masa

Soalan yang sangat teruja, sebenarnya bukan senang untuk berhenti kerja dan lepas tu berblog secara sepenuh masa, kemudiannya kita perlu tanya kepada diri adakah

Blog kita sudah kukuh

Blog kita sudah menjana pendapatan

Blog kita sudah dikenali

Blog kita sudah mampu bersaing

Blog kita sudah dijadikan blog kegemaran

Blog kita sudah mempunyai pembaca tersendiri
Tapi hakikatnya, adakah kamu memang cukup ilmu dalam dunia blog.

JANGAN JADI BLOGGER SEPENUH MASA

Perjalanan blog kamu masih jauh dan sepatutnya kamu tidak boleh terus merasai kegagalan, selalu diingatkan persaingan blog masakini sangat hebat, ramai mereka yang mempunyai kelebihan tersendiri dan yang lagi best, ramai yang mempunyai keunikan dan kreatif dalam berblog.

Engkau tu bukan artis ataupun ahli politik popular yang sememangnya dicari.

Jadi,

Sebelum bergelar, cerita diblog ini adalah rekaan oleh seorang blogger sepenuh masa, perlu fikirkan tentang

Bagaimana untuk menunjukkan kehebatan kita dalam berblog

Bagaimana untuk mempromosikan blog

Bagaimana untuk memberi keunikan pada blog

Bagaimana memberi kelainan pada blog

Bagaimana untuk memberi kepuasan dalam berblog

AKU bukan dilahirkan untuk menjadi penulis blog

Ilmu dan kemahiran adalah yang utama, kemudian sifat kesabaran dalam mengharungi rintangan dan halangan, yang lagi penting iltizam dan semangat tidak mudah berputus asa dalam setiap kegagalan yang diterima perlu ada dalam diri untuk mencapai apa yang diinginkan.

Bersabar wahai encik keladi dan terus berusaha untuk apa yang dimpikan, dan mungkin suatu hari nanti...

Cerita diblog ini memang ditulis dan direka oleh seorang blogger sepenuh masa.


Ikhlas

Keladi




Read More...

Aku, blog dan hari natal

Aku risau sangat lah...

Blog aku ni...sunyi sepi tak de orang kunjung...

Hari natal ni kan....lepas tu cuti...tak ada orang nak siggah ke blog aku ni ke!!!

Aku,blog dan hari natal

Public holiday lagi, seronok pula cuti-cuti ni, macam biasalah, ada masa banyak untuk kemaskini blog, dan harap rakan-rakan yang sambut hari natal ni, gembira bersama keluarga ya, maklumlah kita di Malaysia, sungguhpun kita tak dibenarkan mengucap selamat menyembut hari perayaan kaum lain, yang pasti kami tetap menghormatinya, lebih penting dapat cuti.

Aku, blog dan hari natal

Encik keladi masih bersedih la pasal blog ini,masih kurang pengunjungnya

Buruk sangat ke blog ni

Tak menarik ke blog ni

Kurang keistimewaan  ke blog ni

Boring ke blog ni

Orang menyampah ke tengok blog ini

Adakah saya masih kurang ilmu SEO

Setiap perkara yang sukar mesti ada kebaikan yang kita akan terima tapi kesukaraan tersebut mesti diharungi dengan semangat, iltizam, usaha, doa dan tawakal.

Betul ke, encik keladi perlu

Terus bersemangat

Terus berusaha mencari ilmu

Terus beriltizam dalam berblog

Terus berdoa untuk kejayaan blog

Terus bertawakal dalam memajukan blog.

Perkara biasa, pada peringkat permulaan blog kita kurang di kenali, sebab itulah perlu berusaha lagi untuk memperkenalkan @ memperomosi blog kepada umum.

Blog tumbuh bak "cendawaan selepas hujan", maka

Perlu ada kelainan dalam berblog

Mesti memberi kebaikan dan keterujaan kepada pembaca

Pastikan blog kita mudah dijumpai

Yakin pada diri, blog kita akan berjaya

Terima pada kekurangan diri dan cari ilmu untuk memperbaiki

Teruskan usaha dalam mencapai cita-cita yang diimpikan

Harus ada ketenangan dan kesabaran dalam melalui rintangan ini

Wajib membaca dan mempelajari kaedah-kaedah yang terkini dalam berblog.


Aku bukan newbie lagi

Banyak kelebihan yang ada pada blog, maka manusia di muka bumi ini pun sudah mengetahui kelebihan-kelebihan dalam berblog, encik keladi ni start blog kira lambtlah kot, selepas ramai orang telah berjaya dalam berblog dan ramai orang telah menggunakan blog untuk pelbagai tujuan, cuba bayangkan jika blog encik keladi ni dihasilkan pada peringkat permulaan industri blog diwujudkan, confirm blog ni boleh di jadikan rujukan ataupun pencetus kepada blog yang lain, tapi hakikatnya, engkau mula setelah ramai yang telah ada blog, dan baca saja blog ko ni, confirm mereka akan kata " hebat sangat ke blog ko tu", blog aku lagi hebat tau".

Aku akan cari kehebatan dalam berblog

"Blue Ocean", adakah kita perlu menggunakan kaedah ini dalam berblog?, wajib guna, blog banyak di dunia ini, macam -macam corak dan ibarat warna-warni dunia blog, jadi mesti mencari kehebatan dalam berblog, Bagaimana untuk kita mencari kehebatan dalam berblog?, "Blue Ocean" dalam misi dan visi untuk kita hebat dalam berblog. Bayangkan kita berada ditengah lautan, ibarat buih-buih dilautan, bagaimana kita menonjolkan diri dan akan kelihatan kekal walaupun ombak dan pantai membawa kita, jawapan yang pasti hanya ada pada pemikiran dan idea yang kreatif

Blog aku mesti memberi kebaikan kepada pembaca

Betulah tu, zaman sekarang bukan macam dulu ya, ramai orang berlumba-lumba untuk mencari nama dan kelebihan dalam sesuatu perkara, jika ada nama, pasti mudah untuk dilakukan, sebab ia menjadi tumpuan orang ramai, maklumlah jika ramai yang bertumpu tu, confimlah kan pengiklan-pengiklan sangup membayar beribu-ribu untuk tujuan promosi, dan sekarang, encik keladi kamu mesti memberi kebaikan kepada pembaca blog ko tu, selepas dia membaca blog ko dan mereka akan kembali semula ke blog ko itu. Kiranya mereka mendapat kebaikan dan kelebihan lah kan dalam membaca blog ko tu, yang lagi pasti, mereka akan share artikel ko tu, untung badan, alhamdulilah, syukur...

Kesimpulannya,

Bukan mudah untuk mendapat kejayaan dalam sekelip mata, dan bukan mudah juga untuk kita mengharungi perjalanan blog ketika ramai manusia di muka bumi ini telah mempunyai blog dan telah pun berjaya, kamu mugkin hanya seorang newbie blog yang hanya dipandang sepi, dan mugkin juga suatu hari nanti kejayaan akan kamu perolehi dengan apa yang kamu impikan selama ini, dan tidak akan dipandang sepi lagi, jadi, teruskan berblog dan jangan takut pada kegagalan.


Ikhlas daripada


Read More...

Cinta, semangat dan blog

"Ko bercinta ke...apa yang bersemangatnya ko tu dan apa pulak kaitannya dengan blog,"

Tak faham aku dengan encik keladi ni...

Asik-asik nak memutar kata...

Cinta lah!!!Semangat lah!!!blog lah!!!

CINTA, SEMANGAT DAN BLOG

Hari ni 12 Rabiulawal 1437h, cinta kita pada junjugan besar Nabi Muhammad, semangat cinta kepada Rasullah s.a.w, lebih segala-galanya, walaupun kita cinta pada penulisan blog.

Seperti biasalah  public holiday hari ni banyak masa yang boleh di buat untuk meningkatkan lagi nama blog kita di persada blog Malaysia...#ayat klise, banyak juga sebenarnya perkara yang ingin dikongsi kepada semua, mugkin ketika ini encik keladi masih baru didalam dunia blog, tapi kerana Cinta, Semangat dan Blog, tetap aku teruskan walaupun terdapat rintangan dan halangan.

Dalam berblog ni, ada ke cabaran dan rintangan?

Sekarang dunia tanpa sempadan, dan walaupun tiada sempadan ia tetap ada cabarannya, semua manusia di muka bumi ini telah pun mengetahui kebaikan dan potensi dalam berblog, mugkin diluar sana pun telah merasai hasil penat lelah berblog, kiranya jika dilihat dalam kejayaan berblog, mugkin rasanya tak cukup satu entry untuk tulis kisah kejayaan mereka-mereka yang bergelar otai blog, tapi jika ada kelapangan nanti encik keladi pun mungkin akan berkongsi kisah kejayaan mereka di blog ini nanti.

Cinta, semangat dan blog

Sejauhmana perkembangan blog korang ya, jom kongsikan kepada encik keladi, jika boleh letak link di ruang komen saya dan Insyaallah encik keladi akan lawat nanti..jika ada kelapangan masa.

Apa menarik sangat ni engkau berblog encik keladi?

  1. Cinta
  2. Semangat
  3. Blog
Tiga perkara yang membuatkan encik keladi terus berblog.

Kenapa engkau asyik ulang-ulang tiga perkataan itu?
  • Kerana cinta sesangat kepada apa yang ingin dilakukan, maka timbullah minat dalam berblog.
  • Kerana bersemangat dalam meneruskan matlamat dan impian, maka, wujudlah sifat kerajinan, sungguhpun ia sesuatu yang amat sukar untuk dicapai.
  • Kerana blog, bakat kita boleh diasah dalam bidang penulisan, dan mugkin kerana blog juga masa yang terbuang sebelum ini dapat diisi dengan perkara yang berfaedah, jadi, kenapa tidak kita mempelajari ilmu dan mencari kemahiran dalam berblog, peluang dan potensinya sangat besar.

Sekadar perkongsian dan pandangan oleh seorang blogger, untuk mereka-mereka yang beragama islam....selawat dan salam keatas jujungan mulia kita sempena menyambut Maulidur Rasul..

Jom kita berselawat...


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ikhlas daripada 

Keladi


                    
Read More...

Aku Malas untuk kemaskini Blog

Aku malas untuk kemaskini blog
Sumber : Internet, ( Keladionline : Bermalas-malasan ketika berblog)

"Boleh pulak ko kata malas nak update @ kemaskini blog ko yang serabut tu!"....

Tolonglah ya!!...Dulu tak ada blog gatal tangan nak ada blog....kini ko kata MALAS nak kemaskini blog.....yang rupa apa entah......aku pun sakit mata untuk membacanya!!

ENCIK KELADI yang bijaksana dan sini.....ko JANGAN nak bermalasan dalam berblog....kata nak jadikan blog sebagai " Kerjaya Sepenuh Masa"...masalahnya..baru jadikan blog kerjaya separuh masa sudah "give up" untuk berblog.


Aku Malas untuk kemaskini Blog


Perlu ke untuk kemaskini blog!!!

Sebagai blogger picisan dalam mengharungi cabaran ketika berblog yang penuh dengan lambakan blog-blog yang hebat, pastinya kita perlu mencari kelainan dalam berblog, Tapi Kenapa perlu kemaskini blog dan apa kaitannya dengan blog-blog yang hebat tu ?

Engkau jangan Malas untuk Kemaskini Blog

Maksud kemaskini ni bukan hanya ko lihat semula semua artikel-artikel yang ditulis, tetapi


  • Kemaskini blog ko tu, adakah templatenya masih sesuai lagi
  • Kemaskini blog ko tu, adakah warna yang digunakan sesuai, 
  • Kemaskini blog ko tu, adakah sesuai widget yang diletakkan di tepi, atas, dan bawah tu
  • Kemaskini blog ko tu, adakah iklan yang diletakkan ditepi tu sesuai lagi ke
  • Kemaskini blog ko tu, adakah tulisan dalam artikel mudah dibaca
  • dan yang pasti, Memang betul ko perlu lihat semula artikel-artikel yang ditulis, kot2 ada yang tersilap taip ataupun perkataan yang tak sepatutnya.

Aku Masih lagi Malas untuk Kemaskini Blog SEBAB TAK FAHAM LAGI..

Kenapa perlu kemaskini blog dan apa kaitannya dengan blog-blog yang hebat tu,

Biasanya blog-blog yang hebat tu pun tak semak semula ataupun meraka rajin pulak erkk!! untuk baca semua artikel-artikel yang dia tulis tu, jalan mudah  mereka hanya mengharapkan pembaca untuk mencari kesalahannya dan  komen kot untuk artikel yang dihasilkan tu !!

Betul ke tu!!..

Jangan kata mereka tidak semak semula artikel atau pun template blog, mereka semua sudah berjaya menarik trafik untuk datang ke blog mereka, sebab itu mereka selalu kemaskini blog supaya pengunjung-pengunjung tak lari, maklumlah sekarang ni lambakkan blog-blog yang sememangnya hebat-hebat telah pun wujud di Malaysia, maka mereka perlu mencari kelainan dalam berblog dan setiap artikel yang ditulis mesti memberi sesuatu kesan yang baik untuk pembaca,

Cuba engkau bayangkan encik keladi

  1. Memang artikel kita selalu dihasilkan tapi apa kesannya kepada pembaca
  2. Memang artikel kita penuh dengan gaya penulisan yang baik tapi apa yang pembaca dapat dengan artikel kita tu.
  3. Memang artikel kita itu sememangnya berguna untuk pembaca, tapi adakah ia terus relevan sepanjang masa.

ENCIK KELADI...engkau perlu bukak pemikiran ko tu, dan Jangan Malas lagi untuk Kemaskini Blog 


Tujuan kita berblog dan matlamat yang sebenarnya untuk kita berblog, 

  • Adakah untuk tujuan suka-suka
  • Adakah untuk tujuan kerja krusus @ assigment kolej
  • Adakah untuk tujuan mengisi masa lapang
  • Adakah untuk tujuan kepuasan diri
  • Adakah untuk tujuan berkongsi maklumat
  • Adakah untuk tujuan menambah pendapatan 
  • Adakah untuk tujuan MEMANG KITA MINAT UNTUK BERBLOG

Jadi, encik keladi ko sebenarnya 'Sign Up' blog ni untuk tujuan apa ya?

Aku Tidak akan malas lagi untuk kemaskini blog

Susah juga ya untuk berblog ni, bagi encik keladi, apa saja tujuan kita berblog mesti dalam hati ada tersirat untuk mencari pendapatan dalam berblog, tapi jika blog kita masih tiada pengunjung, Bagaimana pula kita mencapai hasrat yang tersirat itu, sungguhpun hasrat yang tersirat itu tiada dalam hati kita, tujuan berblog hanya sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang, kenapa kita coretkan di blog dan minta semua orang baca, segala yang kita tulis tu..kenapa tak buat je diari dan simpan baik-baik di bawah bantal!!!...( Maaf ya membebel kejap)

Itu pasalnya engkau jangan hanya pandai hasilkan karya tetapi biar karya ataupun artikel ko tu berguna untuk masyarakat, jangan hanya asyik kejar untuk tambah pendapatan saja ataupun untuk kepuasan diri tapi biar pembaca dapat berfikir dan menilai semula apa yang telah dibaca dengan hasil penulisan kita itu.

"Content is King", dalam menarik pengunjung singgah dan terus baca blog kita, fikirkan yang terbaik untuk isi cerita yang ditulis, sebab isi artikel yang menjadi utama dalam SEO ( Search Engine Optimization), sebab itu lah perlu untuk kemaskini blog kita itu.

Jadi,

Adakah perlu bermalasan lagi dalam mengemaskini Blog ?






Read More...

Warna-warni dunia blog

Ko kaler kan lah blog ko tu...bagi warna-warni sikit....

Macam mana tu...nak kaler...blog...blog ni bukannya buku scrap!!!

  • Tak cantik ke blog aku ni
  • Tak kreatif ke blog aku ni
  • Tak menarik ke blog aku ni
  • Tak warna-warni ke blog aku ni
  • Tak ceria ke blog aku ni

Keladionline : Warna-warni dalam dunia blog, gambar hanya sekadar hiasan

Warna-warni dunia blog

Dunia blog ini penuh dengan warna-warninya, tidak kiralahkan apa sebenarnya tujuan kita berblog yang pasti masing-masing berlumba-lumba untuk mencurahkan kreativiti dalam berblog.

Wow...cantik sangat blog ko!!!!

Warna-warni ini bukannya khusus untuk blog kita berwarna-warni saja tau...tapi pasti untuk perjalanan blog kita tu adakalanya seronok...dan mungkin adakalanya tak seronok. Kira macam emosi kitalah ketika berblog, memang adakalanya sangat seronok dan teruja untuk menulis dan adakalanya...bosan jugak nak menulis tak ada idealah...

Wow!!! Hebatnya blog ko tu...

Warna-warni dunia blog kan, ada yang sanggup berhabis duit tau hanya semata-mata untuk blog, tapi balik modal ke ?..itulah dikatakan warna-warni dunia blog....janji ada kepuasan!!..apa cara sekalipun...kita tahu potensi dalam berblog ni, 

Oii!!..kenapa ko sedih sangat tengok blog ko tu..

Dah kata warna-warni blog, memang sahlah...banyak rencah dan garamnya, wahh, memang yang berbakat tu, akan teruslah kreatif dalam berblog dan yang kurang kreatif tu...telan air liur jer lah melihat blog orang lain...cantik dan penuh warna-warni..tapi aku cara dan citarasa sendirilahya dalam berblog, mungkin kita lebih menyerlah dalam penulisan...teruskan tuntut ilmu2 yang berguna untuk menyerlahkan blog kita.

Jelous aku tengok blog ko tu....

Janganlah cemburu dan iri hati pada blog-blog yang sememangnya cantik dan menarik...ramai gila yang akan kunjung..apa rahsianya tu...itulah dia warna-warni dunia blog. Kenapa tidak kita belajar ilmu sama seperti mereka yang telah pun berjaya.

Bestnya...ko boleh buat duit dengan blog..

Yang ini memang betul-betul warna-warni dunia blog, sebab ini jugalah telah wujudnya warna-warni dalam dunia blog....JANA PENDAPATAN MELALUI BLOG, engkau mampu!!!erkkk...jangan kata orang, teruskan jalan untuk menuju matlamat dan tujuan kita berblog..

Keladionlin: kreativiti dalam berblog mewarnakan lagi industri blog di Malaysia


Jangan lupa untuk mewarnakan dunia blog kita.

Blogger buka suka suka


Read More...

Mengisi masa lapang dengan berblog

Aku punya hobilah...suka hati aku lah...nak buat blog apa....tu aku punya hal ko jangan nak sibuk2...pasal apa ko busuk hati sangat...nak ganggu ketenteraman aku...!!!!

( seperti biasa dialog diatas memang sangat keji..hanya kiasan ya)

Blog korang untuk tujuan apa ya, 

  • Peribadi
  • Perkongsian maklumat
  • Kerja krusus korang
  • Promosi produk 
  • Suka-suka
  • Hobi menulis
  • Penyebaran ideologi
  • Untuk mencari pendapatan lebih
Entahlah macam-macam boleh buat daripada blog ni tau...itulah kebaikannya, tapi awas ya...benda baik bukan semuannya baik...ada yang sudah kena tangkap pun gara-gara ideologi nya  di blog...jadi sendiri mau ingat ya..nak kerja ranting dalam berblog...akhirnya...surat saman yang sampai..

JOM BACA : Viralkan blog anda

Saja suka-suka untuk berbelog..katanya nak mengisi masa terluang...

Encik keladi....bukan permulaan ko buat blog ini untuk tujuan CARI DUIT TAMBAHAN MELALUI BLOG ke...yang guna tagline do it do it duit online....tapi apa sudah jadi....Hangat-hangat tahi ayam ke.

tu dulu....kini keladi blogger bukan suka suka....

Memang mula-mula buat blog tulah ..tujuannya nak cari duit tambahan kononnya...last2 bankrup...blog x de orang lawat...la ni...ubah pulak....buat blog untuk tujuan suka-suka.......jadi boleh ke macam tu!!!

Blog aku suka hati aku lah!!!

Wahh mantap statement..

Hobi saya adalah berblog, jika tiada apa-apa yang nak dibuat saya akan menulis atau mengemaskini blog...blog ibarat nyawa kedua saya..

(Tu bukan karangan budak sekolah tau)

Mengisi masa lapang dengan berblog

Sibuk dengan kerjakan, blog ni pun bukan sumber pendapatan yang utama, jadi, memang aktiviti berblog jatuh no 2, jadi nak ke tidak...semangat menulis perlu diteruskan...



Read More...

Erti perjalanan sebuah blog

Bayangkan  blog ko yang di hasilkan selama ini, ibarat sampah oleh google...

Bayangkankan juga hanya buang masa jer selama ni ko tulis blog...memang tak de yang berminat untuk membacanya

  • Salah ke aku berblog
  • Salah ke aku nak berblog
  • Salah ke aku sungguh berblog
  • Salah ke aku minat berblog
  • Salah ke aku untuk terus berblog
"Erti perjalanan sebuah blogku"


Masa encik keladi kecik-kecik dulu..tak ada blog2 online ni...yang ada pun hanya buat secara manual..guna gam dan gunting jer...tu yang rasa syok nyer bila berblog...habis semua majalah-majalah diguntingnya..pantang jer nampak gambar artis yang diminat..jenj!!jeng!!!jeng!!!...mulalah tangkap lentok dan lepas tu...gambar tersebut jadi mangsa dalam acara gunting mengunting.

Apa benda alah tu encik keladi ??

BUKU SCRAP!!!


Keladionline:Kenangan sewaktu ketika dulu berblog secara manual

Habis jer mengunting dan menampal jadilah koleksi peribadi dan lepas tu hilang entah kemana...#telah hangus terbakar kot...tulah kesannya pasal cerita buku scrapku...bab2 buku scarp ni biasanya girl2 jer yang rajin nak menampal dan menghiasanya tu...tapi sorry to say untuk lelaki2 pilihan malaya...ada juga lah ya.ko jangan nak blame sesuka hati...lelaki punjaan ku juga ada buat buku scarp tau...mugkin bab2 menulis lirik lagu @ apa yg menjadi kegemarannya kot...

Yang best untuk dijadikan cerita...dalam berblog manual ni....semua rajin pula  menulis dairi harian..dan nak pendekkan cerita...lepas je habis menulis...dairi tu letaklah di bawah bantal...kononya rahsialah tu tapi...silap letak malu beb...mana taknya...tulah yang ditulis kisah-kisah...#malas untuk sharelah sebab.....privasi and cofindential....tapi confirm boleh jadi gaduh tau.

Keladionline : kini berblog secara online, satu dunia boleh membaca dan mugkin boleh menjana pendapatan menerusi blog

Zaman sudah berlalu...

Kini tiada lagi Dairi hatiku ...

Kini semua dairi online ku...tambahan pula.... untuk cari duit...dah tak de rahsia lagi...lepas ni

Daripada blog manual gunting dan tampal...dan kini blog online...copy and paste....semuanya ada suka dan duka...ada riang dan tawanya....

Erti perjalanan sebuah blog

Apa sebenarnya yang ko nak maksudkan ni encik keladi?

Lah...aku duk cerita pasal dulu-dulu punya blog....ko boleh tanya balik....apa yang aku maksudkan....??

Itulah realitinya yang dunia blog ni memang sudah lama wujud...cuma disebabkan revolusi teknologi ia terus berubah seiring dengan peredaraan masa..

Jadi kenapa nak bersedihkan...dengan keadaan blog yang masih kurang diterima, teruskan usaha....itulah yang dikatakan erti perjalanan blog....adakalanya seronok dan adakalanya tak seronok...

Erti perjalanan  blog Encik keladi..



Read More...

Perlu ke menang untuk contest blog

Wow...topik yang pedas kot...

Mampu ke ko tulis hot topik macam ni...

Macam nak mengampu...

Tak pun nak tarik perhatian untuk menang...


Itu jangan dikira....biasalah semua orang nak menang kan.....

(Lepas ni naik menyampahlah orang dengan blog en keladi ni)

Perlu ke menang untuk contest blog

Sekadar pendapat dan pandangan daripada encik keladi yang sememangnya seorang picisan blogger, Yup, perlu untuk menang tapi jika tak berjaya pun tak mengapa, usaha dan istiqamah dalam berblog perlu untuk kita jadi setaraf otai blogger yang berjaya di arena blogging

Jangan rasa sedih encik keladi teruskan berblog, 

Bayangkan jika kita menang dalam sesebuah contest untuk blog....

  • Confirm dapat hadiah...yang best sangat  dapat duit kot.
  • Berbaloi dengan usaha yang digunakan untuk  mempromosi link blog itu.
  • Berhasil selama ini apa yang dipelajari
  • Blog dapat nama...dan nanti banyak kunjungan
  • Blog terus dikenali dan dikenali
  • blogger jadi glamour
Jangan ko hidup dengan awang-awangan....itu adalah fantasi ya.

Tapi itulah hakikatnya, untuk menaikkan lagi nama blog kita, perlu join contest, tapi tak perlu risau menang ataupun kalah yang pasti usaha dan terus berusaha untuk memajukan lagi blog kita ke arah yang lebih baik.

Jadi, jom kita memantapkan lagi blog....


Perlu ke menang untuk contest blog
Keladionline:Kemenangan  dalam sesebuah contest bukan pengukur untuk blog kita berjaya, tapi usaha yang berterusan adalah penentu kejayaan yang sebenar.


Iklas daripada dunia keladi...www.mrkeladi.blogspot.my





Read More...

Halangan dalam berblog

Ohh!!...ye ker...blog ko ke tu...macam sampah...

hahahaha!!! kelakarnya...blog ko tu..

Macam blog budak-budak...

( Bukan untuk bermimpi tapi itu realiti)

Blog oh blogku..

Jom baca apa itu Lynk.my dan dengar cerita ada contest review Lynk.my 2015, masih ada masa untuk menghantar penyertaan anda...

Betul ke banyak sangat halangan untuk kita berblog?

Halangan dalam berblog
Keladionline: Rintangan dan halangan perlu dilalui untuk berjaya 

Masing-masing punya pengalaman lah ya, apa yang encik keladi telah lalui selama 4 bulan berblog adalah

  • Kekurangan masa untuk menaip, jika banyak sangat menghadap android nanti di sangka banyak berchatting pula
  • Idea untuk menulis, kekadang terfikir pula, apakah tajuk yang ingin di tulis dan bagaimana pula penerimaan pembaca nanti
  • Mentaliti kita terhadap blog sendiri, yup, kekadangan jika bandingkan blog orang lain terasa kerdil pula, cantiknya blog dia untuk dibandingkan dengan blog aku.
  • Kemalasan yang melanda pada diri sendiri, cukup besar tau halangan ini..
  • Semangat jatuh dengan kritikan rakan-rakan yang membaca blog kita.
  • Tidak cukup sumber maklumat dalam menghuraikan artikel, sebabnya malas untuk membaca.
  • Tiada kemahiran dalam berblog, gua budak baru belajar jika ada kesilapan mohon hulurkan bantuan.
  • Semangat hanya seketika..ini ada kaitan dengan point yang ke 4, sebab malas, semangat pun menurun.
  • Cemburu dengan blog yang lebih berjaya, banyak sangat iri hati dengan blog orang lain yang lebih baik, terus tak mau berblog
  • Masalah emosi dan moody...betul tu nak menulis perlu ada ketenangan, kalo asyik nak emosi je, confirm idea takut nak hinggap kat otak tu, kesannya...bye2 blog.
  • Pasangan tidak membenarkan untuk berblog, ohh yang ni mungkin pasangan tu rasa cemburu kot, lama sangat menghadap adroid takut berchating dengan orang lain la tu.
  • Kekurangan kemudahan, dari segi apa tu,yang dikatakan tak cukup peralatan untuk berblog...??mugkin internet kot, yang kadang kala slow sangat...tu yang menyebabkan point 4 dan dicampurkan pula dengan point 10, hadir sebagai halangan untuk berblog.
  • Ini point yang last daripada encik keladi, kekurangan ilmu berblog, yup memang betul...jika kita kurang ilmu dalam berblog akan terasa kesukarannya blog kita untuk diterima, tapi nak ke atau tidak blog kita perlu ada tarikan, jadi carilah ilmu sebanyak mugkin untuk berblog.
Sekadar perkongsian pandangan dan pendapat, kenapa ada halangan ketika kita berblog, tapi jika kita tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.


Terus berblog encik keladi sungguhpun terdapat halangan

Ikhlas daripada dunia keladi


Read More...

Contest review lynk.my 2015

Keladionline : Malaysia URL Shortener
Bagus sangat ke

Contest review Lynk.my 2015 

Berani betul ko encik keladi, ayat ko tu sentap!!! dibuatnya, 

Gila ko tak bagus!!! contest ni lah yang paling MELETUP untuk tahun 2015 ni,

Sentiasa bersama Lynk.my di url blog anda!!

Ehh!! kejap, Tok keladi, apa sebenarnya lynk.my tu erkk, apa kaitannya dengan URL ( Uniform Resource Locotar)?

Lynk.my adalah salah satu website yang digunakan untuk memendekkan link url kita, jika korang sebelum ini tahu tentang Google URL Shortner, Bitly, Adfly, TinyUrl, dan sebagainya tapi dengan Lynk.my ia adalah "URL shortener N0. 1 di Malaysia"

Mudah je nak faham tentang lynk.my ni, lihat contoh dibawah


Akan bertukar dengan menggunakan Lynk.my menjadi

  • http://lynk.my/oSdMi

"Jom gunakan sistem ini untuk memendekkan link blog/entri kita, memang berbaloi!!!"

KLIK DISINI untuk langkah pertama anda bersama Lynk.my,

Tapi,

Apa sebenarnya fungsi sistem Lynk.my ini dicipta, takkan nak pendekkan URL saja kot!!!

Upsss...hangat sangat ke Lynk.my ni!!!

  • Jika URL tu sudah dipendekkan, mudahlah korang untuk mengingatnya dan mudah kot untuk di "paste" ke laman sosial yang lain. 
  • Korang boleh sembunyikan tajuk link dalam kempen promosi terutama pada link yang berkonsepkan affiliate ataupun promosi yang korang tak nak tau, link tu sebenarnya adalah untuk pengiklanan.
  • Dan, yang paling best sangat Lynk.my ni, korang boleh mempelawa pengguna internet yang lain untuk sama-sama menggunakannya, jika ada rezeki, untung korang nanti.

Ada lagi ke kelebihan di Lynk.my ni, 

STOP!!!,

Tok keladi tak habis lagi nak cerita pasal Lynk.my ni,

  • Lynk.my ni PERCUMA untuk pendaftaran, tak ada kos yang tersembunyi tau.
  • Walaupun free, korang tetap boleh menjana pendapatan melaluinya tetapi korang perlu "Sign Up" sebagai Publisher dulu dan mestilah perlu rajin mempelawa pengguna-pengguna internet untuk bersama-sama mengunakan sistem Lynk.my.
  • Lynk.my ni pula selamat digunakan sebabnya, ia menggunakan "Smart Filtering". Dimana lynk pet, Mr BotBot bertugas sebagai mengawal selia agar tiada trafik yang tidak diketahui seperti "web spider" menyamar sebagai pengguna.
  • Jika ada rezeki korang nanti, pembayaran akan dibuat terus ke akuan bank kita tanpa melalui paypal, cek dan sewaktu dengannya. Jadi perlu lah sentiasa kemaskini akaun lynk.my korang tu tau...

Encik keladi, ko masih was-was ke dengan sistem ini?

Masih tak faham jugaklah, bagaimana jika encik keladi nak promosikan produk ataupun service di Lynk.my, boleh ke?

Lynk.my memang boleh, "Sign up" je sebagai Advertiser dan bayar yuran  hanya serendah RM10, jangan bimbang Mr botbot akan mempastikan bukan robot yang mengklik iklan anda itu, tapi benar-benar pengguna internet. Potensi pemasaran tersebut mugkin akan  tinggi jumlah penerimaannya jika dibandingkan dengan khidmat sistem yang lain dan mugkin lebih mahal. 

"Wahh!!!!sungguh hebat"....

Ada lagi ke yang menakjubkan tentang Lynk.my ni Tok keladi oii..

  • Maaf!!! tertinggal pula point yang membuatkan korang terus teruja, di Lynk.my ada sistem Trafik Monitar untuk melihat secara terperinci tentang statistik, peratusan visitor states, graf dan juga jumlah klik pada link anda. Jadi kiranya korang mudahlah untuk melihat perkembangan link korang tu nanti.

CONTEST BERSAMA Lynk.my 2015

  1. Dengar cerita hadiah yang ditawarkan sangat lumayan, jumlah keseluruhan RM4000 tu..
  2. Telah berlangsung semenjak 27 Oktober sehingga 27 Disember 2015 nanti, nasib baik Tuan hassrulhassan, publish kat blog dia, kalo tak melepas nak join contest ini.
  3. Boleh menggunakan pelbagai platform blog tetapi mesti rakyat Malaysia, dan hanya satu blog saja untuk penyertaan ini, dan jika ada banyak blog tu, tolonglah pilih 1 blog sahaja yang dikira bombastik untuk contest ini.
  4. 3 kategori yang boleh disertai iaitu Top SEO, Top Creative dan Top LynkUNDI.
  5. Untuk sertai contest ini korang perlu daftar dahulu di Lynk.my (mesti ada username dan email korang yang  aktif)
  6. Mudah sangat jika korang nak join "contest review Lynk.my 2015", hanya buat satu artikel berkaitan Lynk.my dan contest ini, kemudian terus ikut syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.
  7. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris saja tau, jika agaknya korang asyik guna pakcik google translate..baik pakai je Bahasa Melayu, sebab pihak penganjur tidak menetapkan gaya penulisan pun,  jadi mungkin bolehlah korang gunakan loghat negori masing-masing, tak ke kreatif namanya tu.
  8. Lebih teruja lagi korang perlu memerahkan idea yang terbaik dalam mempersembahkan artikel yang unik dan asli berkaitan Lynk.my ini.
  9. Tak nak budaya "Copy and Paste" tau, nanti jika di kesan, penyertaan korang tu diblok.
  10. Selepas siap artikel yang unik lagi menarik tu, hantarkan email ke contest@lynk.my dengan subjek/tajuk "Join contest review lynk.my"
  11. Jika memenuhi syarat penyertaan, nanti pihak penganjur akan menghantar CONTEST ID dan akan digunakan untuk Top LynkUNDI, jadi korang bolehlah minta rakan -rakan untuk menggundi korang.
Contest review Lynk.my 2015
Kategori dan hadiah yang telah ditawarkan dalam "Contest Review Lynk.my 2015"


KLIK DISINI untuk melangkah sebagai juara di Lynk.my

Keladi blogger bersama Lynk.my

Bercerita semula mengenai sistem untuk memendekkan URL dengan Lynk.my, sejujurnya adalah sesuatu ilmu yang baru untuk saya, dengan menggunakan Lynk.my, ia sangat mudah hanya "Sign Up" dan aktifkan link yang diterima di email, langkah pertama sebagai pakar menjadi kenyataan, YUP....anda adalah pakar jika anda terus bersama Lynk.my

Sistem lynk.my mempunyai banyak kelebihan terutama bagi mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan dan sistem ini juga berguna untuk usahawan online dalam mempromosi jualan ataupun service.

Keladi blogger dan Contest review Lynk.my 2015



KLIK DISINI : untuk mengundi encik keladi dalam "Contest Review Lynk.my 2015"
  • Takut pulak nak join contest bersama Lynk.my tu.
  • Berdebar pulak nak join contest bersama Lynk.my ni.
  • Rasa cuak pulak nak join contest bersama Lynk.my itu.
  • Seram sejuk pulak rasa nak join contest bersama Lymk.my tu.
"Tok keladi dan korang semua jangan lupa tekan butang diatas, UNDI anda sangat bermakna untuk Encik Keladi...terima kasih daun keladi ya!!"

Ramai bloggers yang otai lagi mantap join "contest review Lynk.my 2015" ini, ada ke harapan untuk menang, tapi yang pasti menang ke kalah ke, Lynk.my terus bersama dunia keladiku.


Ikhlas daripada keladi bloggers








Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com