10 filem tercorot 2015

Tersuka tak sengaja!!
Tersuka baca entri keladi tanpa disengajakan..

Hello uollsss...netizen-netizen yang ku kagumi, blogku hanya untuk mu, entri kali ini merupakan satu sorotan di tahun 2015, bukan kisah percintaan ku dengan supermodel antarbangsa, dan bukan kisah lamaran seorang artis dilamar menteri kabinet, tetapi sorotan entri ini, keladi yang hot dan meletop ni akan listkan 10 filem tercorot 2015...

Aiyoyoyo!!,keladi hot dan meletop ni, ko cerita pasal filem,#berani ko jah!!
Blog ko ni pun antara yang tercorot tau di tahun 2015

Ada aku kisah!!!

Biasalah sesebuah filem yang gagal mencapai kutipan bukan hanya satu faktor je yang silap, mugkin filem akan datang mereka perlu post-moterm semula, dari segi promosinya, mugkin jalan cerita dan skripnya yang longgar serta gandingan pelakon yang tidak serasi atau tiada nilai komersial hingga gagal menarik perhatian penonton.

Diriku kaki kritik, keladiku kaku seperti pelakon kayu, hello..pengkritik hebat ku...sungguhpun keladi yang setaraf diva AA ni, bukan seorang penerbit drama ataupun filem tetapi ilmu perfilemen masih ada pada diriku ketika bergelar graduan mass com. Jadi, sikit-sikit tu bolehlah menganalisis apa sebenarnya kekurangan filem-filem tersebut.

10 filem tercorot

10 filem tercorot
MISI RAYYAN DAN DANIS: Jangan ambil rumah kami
Kutipan : RM12,754
Arahan Mohd Azaromi Ghozali
Pelakon : Azwan Kombos, Intan Ladyana, Sharisa Haris, Hanif Safuan, Muntaza Ghani, Firdaus Ghufran
Tarikh tayagan : 20 Ogos

10 filemm tercorot 2015
SELFIE SUARA KUBUR
Kutipan: RM90,494
Arahan : M Subash Abdullah
Lakonan : Mak jah, Kay Shan, Aiza Hussein, Sooriya Prakash
Tarikh Tayangan : 23 April

10 filem tercorot 2015
ABANG LENJEN
Kutipan : RM189,490
Arahan : Mohd Azaromi Ghozali
Lakonan : Farid Kamil, Fadlan Hazim, Intan Ladyana, Adiba Yunus
Tarikh Tayangan:16 April

BIASAN
Kutipan : RM20,348
Arahan : Sandosh Kesavan
Lakonan : Mas Khan, Lana Nordin, Jalaluddin Hassan, Emms Akma
Tarikh Tayangan : 12 November

KAPSUL
Kutipan : RM96,900
Arahan : Allahyarha Martias Ali
Lakonan : FaizalHussein, Zamarul Hisyam, Datuk Rahim Razali, Jue Aziz, Elly Mazlein, Irfan Khairi, dan Tun Dr Mahathir Mohammad
Tarikh Tayangan : 17 September

OH ! LA LA
Kutipan : RM36, 607
Arahan : Datuk Abdul Rahman Sallehudin
Lakonan : Syed Atiq, Nur Nazilah, Muhd Juhan
Tarikh Tayangan : 28 Mei

MIRIP
Kutipan : RM43, 371
Arahan : Jokin
Lakonan : Fezrul Khan , Ezzaty Abdullah, Reen Rahim
Tarikh Tayangan : 5 November

NOTA
Kutipan : RM80, 024
Arahan : Yasu Tanaka
Lakonan: Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan
Tarikh Tayangan : 13 Ogos

USOF WILCHA: MENGHONJANG MAKHLUK MUZIUM
Kutipan : RM139,543
Arahan: Mamat Khalid
Lakonan : Namron, Nasir Bilal Khan, Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Fara Dhiya
Tarikh Tayangan : 3 September

10 filem tercorot 2015
COVERINA
Kutipan : RM129, 721
Arahan: Khalid Nadzri
Lakonan: Pekin Ibrahim, Siti Elizad , Cat Farish
Tarikh Tayangan : 19 Februari


( Sumber : Statistik Perbadanan Kemajuan Filem Nasional ( FINAS )

Kutipan yang diterima oleh filem-filem diatas amat menyedihkan dan merugikan, tak balik modal derr!


Ikhlas daripada

Keladi

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com