Aku risau sangat lah...
Blog aku ni...sunyi sepi tak de orang kunjung...
Hari natal ni kan....lepas tu cuti...tak ada orang nak siggah ke blog aku ni ke!!!
Aku,blog dan hari natal
Public holiday lagi, seronok pula cuti-cuti ni, macam biasalah, ada masa banyak untuk kemaskini blog, dan harap rakan-rakan yang sambut hari natal ni, gembira bersama keluarga ya, maklumlah kita di Malaysia, sungguhpun kita tak dibenarkan mengucap selamat menyembut hari perayaan kaum lain, yang pasti kami tetap menghormatinya, lebih penting dapat cuti.
Aku, blog dan hari natal
Encik keladi masih bersedih la pasal blog ini,masih kurang pengunjungnya
Buruk sangat ke blog ni
Tak menarik ke blog ni
Kurang keistimewaan ke blog ni
Boring ke blog ni
Orang menyampah ke tengok blog ini
Adakah saya masih kurang ilmu SEO
Setiap perkara yang sukar mesti ada kebaikan yang kita akan terima tapi kesukaraan tersebut mesti diharungi dengan semangat, iltizam, usaha, doa dan tawakal.
Betul ke, encik keladi perlu
Terus bersemangat
Terus berusaha mencari ilmu
Terus beriltizam dalam berblog
Terus berdoa untuk kejayaan blog
Terus bertawakal dalam memajukan blog.
Perkara biasa, pada peringkat permulaan blog kita kurang di kenali, sebab itulah perlu berusaha lagi untuk memperkenalkan @ memperomosi blog kepada umum.
Blog tumbuh bak "cendawaan selepas hujan", maka
Perlu ada kelainan dalam berblog
Mesti memberi kebaikan dan keterujaan kepada pembaca
Pastikan blog kita mudah dijumpai
Yakin pada diri, blog kita akan berjaya
Terima pada kekurangan diri dan cari ilmu untuk memperbaiki
Teruskan usaha dalam mencapai cita-cita yang diimpikan
Harus ada ketenangan dan kesabaran dalam melalui rintangan ini
Wajib membaca dan mempelajari kaedah-kaedah yang terkini dalam berblog.
Aku bukan newbie lagi
Banyak kelebihan yang ada pada blog, maka manusia di muka bumi ini pun sudah mengetahui kelebihan-kelebihan dalam berblog, encik keladi ni start blog kira lambtlah kot, selepas ramai orang telah berjaya dalam berblog dan ramai orang telah menggunakan blog untuk pelbagai tujuan, cuba bayangkan jika blog encik keladi ni dihasilkan pada peringkat permulaan industri blog diwujudkan, confirm blog ni boleh di jadikan rujukan ataupun pencetus kepada blog yang lain, tapi hakikatnya, engkau mula setelah ramai yang telah ada blog, dan baca saja blog ko ni, confirm mereka akan kata " hebat sangat ke blog ko tu", blog aku lagi hebat tau".
Aku akan cari kehebatan dalam berblog
"Blue Ocean", adakah kita perlu menggunakan kaedah ini dalam berblog?, wajib guna, blog banyak di dunia ini, macam -macam corak dan ibarat warna-warni dunia blog, jadi mesti mencari kehebatan dalam berblog, Bagaimana untuk kita mencari kehebatan dalam berblog?, "Blue Ocean" dalam misi dan visi untuk kita hebat dalam berblog. Bayangkan kita berada ditengah lautan, ibarat buih-buih dilautan, bagaimana kita menonjolkan diri dan akan kelihatan kekal walaupun ombak dan pantai membawa kita, jawapan yang pasti hanya ada pada pemikiran dan idea yang kreatif
Blog aku mesti memberi kebaikan kepada pembaca
Betulah tu, zaman sekarang bukan macam dulu ya, ramai orang berlumba-lumba untuk mencari nama dan kelebihan dalam sesuatu perkara, jika ada nama, pasti mudah untuk dilakukan, sebab ia menjadi tumpuan orang ramai, maklumlah jika ramai yang bertumpu tu, confimlah kan pengiklan-pengiklan sangup membayar beribu-ribu untuk tujuan promosi, dan sekarang, encik keladi kamu mesti memberi kebaikan kepada pembaca blog ko tu, selepas dia membaca blog ko dan mereka akan kembali semula ke blog ko itu. Kiranya mereka mendapat kebaikan dan kelebihan lah kan dalam membaca blog ko tu, yang lagi pasti, mereka akan share artikel ko tu, untung badan, alhamdulilah, syukur...
Kesimpulannya,
Bukan mudah untuk mendapat kejayaan dalam sekelip mata, dan bukan mudah juga untuk kita mengharungi perjalanan blog ketika ramai manusia di muka bumi ini telah mempunyai blog dan telah pun berjaya, kamu mugkin hanya seorang newbie blog yang hanya dipandang sepi, dan mugkin juga suatu hari nanti kejayaan akan kamu perolehi dengan apa yang kamu impikan selama ini, dan tidak akan dipandang sepi lagi, jadi, teruskan berblog dan jangan takut pada kegagalan.
Ikhlas daripada
No comments:
Post a Comment