Aku Malas untuk kemaskini Blog

Aku malas untuk kemaskini blog
Sumber : Internet, ( Keladionline : Bermalas-malasan ketika berblog)

"Boleh pulak ko kata malas nak update @ kemaskini blog ko yang serabut tu!"....

Tolonglah ya!!...Dulu tak ada blog gatal tangan nak ada blog....kini ko kata MALAS nak kemaskini blog.....yang rupa apa entah......aku pun sakit mata untuk membacanya!!

ENCIK KELADI yang bijaksana dan sini.....ko JANGAN nak bermalasan dalam berblog....kata nak jadikan blog sebagai " Kerjaya Sepenuh Masa"...masalahnya..baru jadikan blog kerjaya separuh masa sudah "give up" untuk berblog.


Aku Malas untuk kemaskini Blog


Perlu ke untuk kemaskini blog!!!

Sebagai blogger picisan dalam mengharungi cabaran ketika berblog yang penuh dengan lambakan blog-blog yang hebat, pastinya kita perlu mencari kelainan dalam berblog, Tapi Kenapa perlu kemaskini blog dan apa kaitannya dengan blog-blog yang hebat tu ?

Engkau jangan Malas untuk Kemaskini Blog

Maksud kemaskini ni bukan hanya ko lihat semula semua artikel-artikel yang ditulis, tetapi


  • Kemaskini blog ko tu, adakah templatenya masih sesuai lagi
  • Kemaskini blog ko tu, adakah warna yang digunakan sesuai, 
  • Kemaskini blog ko tu, adakah sesuai widget yang diletakkan di tepi, atas, dan bawah tu
  • Kemaskini blog ko tu, adakah iklan yang diletakkan ditepi tu sesuai lagi ke
  • Kemaskini blog ko tu, adakah tulisan dalam artikel mudah dibaca
  • dan yang pasti, Memang betul ko perlu lihat semula artikel-artikel yang ditulis, kot2 ada yang tersilap taip ataupun perkataan yang tak sepatutnya.

Aku Masih lagi Malas untuk Kemaskini Blog SEBAB TAK FAHAM LAGI..

Kenapa perlu kemaskini blog dan apa kaitannya dengan blog-blog yang hebat tu,

Biasanya blog-blog yang hebat tu pun tak semak semula ataupun meraka rajin pulak erkk!! untuk baca semua artikel-artikel yang dia tulis tu, jalan mudah  mereka hanya mengharapkan pembaca untuk mencari kesalahannya dan  komen kot untuk artikel yang dihasilkan tu !!

Betul ke tu!!..

Jangan kata mereka tidak semak semula artikel atau pun template blog, mereka semua sudah berjaya menarik trafik untuk datang ke blog mereka, sebab itu mereka selalu kemaskini blog supaya pengunjung-pengunjung tak lari, maklumlah sekarang ni lambakkan blog-blog yang sememangnya hebat-hebat telah pun wujud di Malaysia, maka mereka perlu mencari kelainan dalam berblog dan setiap artikel yang ditulis mesti memberi sesuatu kesan yang baik untuk pembaca,

Cuba engkau bayangkan encik keladi

  1. Memang artikel kita selalu dihasilkan tapi apa kesannya kepada pembaca
  2. Memang artikel kita penuh dengan gaya penulisan yang baik tapi apa yang pembaca dapat dengan artikel kita tu.
  3. Memang artikel kita itu sememangnya berguna untuk pembaca, tapi adakah ia terus relevan sepanjang masa.

ENCIK KELADI...engkau perlu bukak pemikiran ko tu, dan Jangan Malas lagi untuk Kemaskini Blog 


Tujuan kita berblog dan matlamat yang sebenarnya untuk kita berblog, 

  • Adakah untuk tujuan suka-suka
  • Adakah untuk tujuan kerja krusus @ assigment kolej
  • Adakah untuk tujuan mengisi masa lapang
  • Adakah untuk tujuan kepuasan diri
  • Adakah untuk tujuan berkongsi maklumat
  • Adakah untuk tujuan menambah pendapatan 
  • Adakah untuk tujuan MEMANG KITA MINAT UNTUK BERBLOG

Jadi, encik keladi ko sebenarnya 'Sign Up' blog ni untuk tujuan apa ya?

Aku Tidak akan malas lagi untuk kemaskini blog

Susah juga ya untuk berblog ni, bagi encik keladi, apa saja tujuan kita berblog mesti dalam hati ada tersirat untuk mencari pendapatan dalam berblog, tapi jika blog kita masih tiada pengunjung, Bagaimana pula kita mencapai hasrat yang tersirat itu, sungguhpun hasrat yang tersirat itu tiada dalam hati kita, tujuan berblog hanya sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang, kenapa kita coretkan di blog dan minta semua orang baca, segala yang kita tulis tu..kenapa tak buat je diari dan simpan baik-baik di bawah bantal!!!...( Maaf ya membebel kejap)

Itu pasalnya engkau jangan hanya pandai hasilkan karya tetapi biar karya ataupun artikel ko tu berguna untuk masyarakat, jangan hanya asyik kejar untuk tambah pendapatan saja ataupun untuk kepuasan diri tapi biar pembaca dapat berfikir dan menilai semula apa yang telah dibaca dengan hasil penulisan kita itu.

"Content is King", dalam menarik pengunjung singgah dan terus baca blog kita, fikirkan yang terbaik untuk isi cerita yang ditulis, sebab isi artikel yang menjadi utama dalam SEO ( Search Engine Optimization), sebab itu lah perlu untuk kemaskini blog kita itu.

Jadi,

Adakah perlu bermalasan lagi dalam mengemaskini Blog ?






Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com