Azam tahun 2016 VS Azam blog tahun 2016

Kengkawan sekalian, keladi nak share sikit pasal azam tahun 2016 aka impian yang selama ini diidamkan, dengar ya,

#Ada aku kisah,

Keladi oii engkau tu sapa?

Artis popular 
Anak Datuk yang macam putra dikayangan
Seleberiti yang penuh dengan kontroversi
Takpun ko tu seorang ushawan produk kurus yang berjaya!!

Yang semua netizen vs rakan blogger perlu dengar azam ko tu

Hamba ini hanya insan biasa yang tiada apa...hanya mengharap belas ikhsan daripada rakan-rakan blogger
#bukan ko selalu berangan untuk jadi seorang wartawan hebat yang hot lagi meletop ke?

Jangan nak merepek dan merapu, nanti semua orang lari untuk membaca entri ini.

Keladi nak share kat korang semua tentang azam yang sentiasa keladi impikan, azam ini sebenarnya bukan untuk tahun 2016, tetapi untuk sepanjang kehidupan aku.

Alahai ko keladi, semua orang ada azam dan impian tapi tak kecoh pun, #dengarlah dulu

1
Impian untuk bergelar seorang pengacara popular mengalahkan pengacara yang ada sekarang ini, tapi aku sedar diri ini tak sehebat mereka, peluang juga seakan-akan jauh dalam hidupku dalam bidang ini, walaubagaimanapun hasrat untuk bergelar personaliti televisyen popular tetap ada, sungguhpun mugkin agak sukar memandangkan ramai bakat-bakat baru yang lagi hebat, 
#susahnya mungkin tak tercapai kot untuk tahun 2016

2
Aku mengimpikan untuk menjadi.......personaliti blogger seperti ben ashari..wahh klass ko keladi!!!, itulah sebabnya aku selalu berblog tapi ilmu blog aku masih tipis, dulu-dulu time student, pensyarah suruh buat assigment blog, ko main-main, la ni dah kertu baru nak belajar balik, itu pasallah ko selalu asyik terlepas peluang je!'
Tapi mampu ke aku nak sehebat dia, aku berblog baru 4 bulan, follower pun...alahai...itu pun sudah kira syukur 
Allahamdulilah syukur pada tuhan,nak dibandingkan dengan bro ben ashari..ambik ko!!beribu-ibu
Mampu ke aku capai impian ini?
#Mampu jika keladi tanamkan azam sedalam-dalamnya, dan sentiasa istiqamah dalam apa yang diimpikan

3
Aku juga impikan untuk menjadi usahawan berjaya seperti Dato Vida....ku puteh..ku puteh baru lah puteh, dan mugkin sehebat Dato Aliff Syukri...terlajak laris....hebatnya mereka,
Azam dan impian yang ini rasa boleh dicapai tapi macam sukar sedikit, memandangkan keladi ini agak malu untuk menjual sesuatu produk, rasanya perlu untuk mencari seorang mentor kot untuk permulaan  dalam bisnes ni
#azam dan impian ini boleh dicapai jika ada kemahiran tapi tak semestinya perlu modal yang tinggi untuk memulakan impian ini, mugkin hanya dengan modal yang kecil, kamu akan menjadi sehebat mereka yang susah bergelar jutawan, tanamkan azam untuk tahun 2016 ini, belajar sedalamnya tentang basic perniagaan ya.

4
Beli aset dan hartanah,
Keladi, apa beza aset dengan hartanah, bukan aset adalah hartanah ke?
Kejap!!!,jangan nak mencelah
Aku nak beli kereta untuk aset yang susut nilai tu dan dalam masa yang sama aku nak beli aset yang tiada susut nilai ...seperti Rumah, Tanah dan Emas.
Tapi
Itulah...aku ni asyik main-main je, tak pernah fokus untuk mendapatkan aset-aset yang tak ada susut nilai tu..
Di tahun 2016
Keladi mesti melangkah dan terus melangkah, tapi bagaimana ya...gaji bulanan cukup makan je
Nak buat 2@3 kerja macam ada seorang pak menteri cadangkan tu macam tak masuk akal je, lepas tu dengan gst lah..barang naik lah...nilai ringgit lah..entah apa lagi..tension aku dibuatnya
Apalah nak jadi dengan aku ni, tolong lah wahai pak menteri-pak menteri, jangan lah asyik nak menjerat leher kami yang sememangnya sudah lemas di negara sendiri
# Azam ini memang agak sukar sikit kecuali ko ikat perut, tak payah beli apa-apa,tak payah setiap bulan bagi ibu bapa, tak payah bayo PTPTN, pakai baju yang sudah pudar, pergi kerja naik basikal, nak hirup udara segar pergi ke tepi tasik dan bla..bla...bla...jika itu semua ko buat...confirm boleh beli..dan capai impian ko tu...tapi nanti ko akan dapat gelaran anak derhaka yang kedekut....
Ishhh!!..kena buat sesuatu ni, apa yang harus aku lakukan ya.

5
Impianku yang terakhir ni...boleh ke aku capai..nak jadi umat islam yang sentiasa mengutamakan solat dalam kehidupan, maklum lah keladi ni bukan baik sangat...kadang-kadang tu rasa malas untuk bersolat...nasib baik ingat dah tua bangke ni, ibarat rumah kata pergi kubur kata mari baru ada sikit rajin...tapi kadang kala ada juga rasa  malas...
#Impian ini harus diutamakan, sungguhpun azam no 1,no 2 no 3 dan no 4 tidak tercapai, sebab azam no 5 inilah yang membawa ko selama-lamanya ke arah yang lebih baik.

Keladi terus berazam untuk menjadi blogger yang lebih baik, #mampu ke ko dan selaras dengan itu, mugkin korang akan pening apa sebenarnya niche blog keladi ini
Yang pasti keladi nak jadi blogger
Selamat datang ke dunia keladi

Ikhlas daripada

Keladi


Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com