Bagaimana untuk menarik trafik ke blog kita

"Ko bukannya artis popular yang penuh dengan kontroversi dan sensasi...!!!
Ko jangan nk berlagak blog ko tu ada orang nak kunjung, jika malas nak buat promosi!!!"

( dialog diatas bukan khayalan tau, tapi realiti, nadi untuk blog adalah pengunjung)



Pandangan dan pendapat seorang blogger picisan yang dahagakan ilmu berblog, sering kali, encik keladi akan katakan hidup dalam dunia blog ini yang merupakan nadinya adalah Trafik Blog...tak kiralah : 
  • Blog untuk tujuan peribadi
  • Blog untuk tujuan keseronokan
  • Blog untuk tujuan perkongsian
Confirmlah kan, kita buat blog untuk dibaca  oleh orang ramai, tambahan lagi blog tu untuk tujuan
  • Tambah pendapatan
  • Untuk berdakwah
  • Tutorial
  • Perniagaan
  • Perkongsian
  • Dan lain-lain yang sewaktu dengannya
Pokok pangkalnya perlu dapatkan trafik yang tinggi untuk blog kita terus bernafas.

Jika tidak bersetuju...buat2 bersetuju ya, kengkawan.

Jadi,

Bagaimana untuk menarik trafik ke blog kita?
  1. Artikel yang uniq dan berkualiti : ohh adakah ko mampu untuk menulis artikel yang berkualiti wahai tuan keladi...hanya mampu mengharap.
  2. Jumlah artikel : Perlu artikel yang banyak ke?, malas en keladi nak menaipnya, ( en keladi kalo malas jangan bina blog lah)..bukan artikel yang banyak memberi peluang untuk blog disenaraikan di enjin carian.
  3. Domain : adakah nama domain untuk www.keladionline.com, sesuai untuk menarik trafik bagi menceritakan dunia bloggers ni...ENTAHLAH ko jang!!
  4. Bertukar-tukar link : kita digalakan untuk bertukar2 link ke luar blog kita, ( en keladi perlu belajar lebih pasal backlink ini.
  5. "Alt" pada gambar : taukan nakbuat macam mana.
  6. Social networking: yang ini tak perlu diberitahu, cconfirm korang tahu...en keladi tahu pasal G+ jer...
  7. Tajuk artikel : yang ini korang dan encik keladi perlu lakukan, ketika menulis tajuk tu pastikan tajuk blog mahupun artikel anda itu mempunyai keyword sasaran didalamnya.
  8. Komen : perlu ke kita tinggalkan komen yang relevan pada blog-blog yang menggunakan plugin comment luv..perlu ke?
  9. Link or  baclink: link diantara artikel yang dihasilkan, pastikan ia related tau, jangan suka2 letak baclink.
  10. Google Adwords
  11. Forum: korang suka berforum, jangan lupa promote blog kita tau.
  12. Kekerapan menulis artikel : rajin2 lah menulis ya, pastikan pengunjung kita tak lari.
  13. Rajin dan terus berusaha....
  14. Blogwalking dan terus berblogwaking
  15. Tuntut ilmu dan terus mencari ilmu
Banyak lagi sebenarnya point yang boleh ditambah untuk meningkatkan lagi trafik di blog kita, encik keladi hanya mengariskan apa yang sedang dilakukan dalam menarik trafik yang lebih ke blog kita...

Jadi, cara korang pula bagaimana ya untuk menarik trafik ke blog ?

Tapi,

Jika ramai je pengunjung ke blog kita, adakah mereka akan datang semula ?

Entah ler kan....macam-macamlah nak bua kat blog ni....

Keladi blogger : Teknik SEO dalam berblog untuk menarik trafik terus ke blog kita


Ikhlas dari mr bloggers



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com