Cemburu dengan blog orang lain

"Setakat blog mcm tu, aku pown boleh buat!!"''... 

(berani sungguh ko punya statement tu)

Kenapa cemburu dengan blog orang lain?

Sebab :

  • Blog dia cantik, kemas, kreatif
  • Blog dia mengancam 
  • Blog dia tu hebat sangat
  • Blog dia tu ramai pengikut
  • Blog dia tu sentiasa ada hot topik
  • Blog dia tu banyak info yang berguna
  • Blog dia tu sentisa yang pertama
  • Blog dia tu memang berpotensi
  • Blog dia tu selalu je menang
Setakat tu je ke ko boleh 
"explain"...encik keladi oii..knapa cemburu sangat dengan blog orang lain!!



Cemburu dengan blog orang lain

Sekadar pandangan dan pendapat seorang blogger ibarat serangga kecil yang hinggap di daun keladi. Arena blog kiranya pada masakini memang terus diterima dan rasanya tidak akan ada penghujungnya, dan pastinya kerana ada penerimaan yang tinggi terhadap blog-blog maka terus bernafaslah blog-blog diseluruh dunia..

Maka,

Apa kaitannya dengan ko cemburu sangat dengan blog orang lain?

Upssss, maaf tok keladi ku sayang, gua terlari topik pulak!!.. Errk!! Tok keladi dan korang semua, betullah aku cakap tadi areana blog terus diterima sehingga macam tak ada penamatnya, dan wujudlah blogger-blogger baru yang akan memperjuangkan niche masing-masing, kesannya confirm..."blog aku lebih hebat daripada blog ko"

BIAR PERSAINGAN SECARA SIHAT

ko ni encik keladi!! Fikiran cetek sangat..aku sebagai tok keladi nak pesan kat ko dan korang semua blogger-blogger tak kira baru ke ataupun otai macam aku ni, biar arena blog ni bersaing secara sihat dan tak perlu kutuk mengutuk, caci maki dan hasad dengki, teruskan berbelog tak kira hujan ke..panas ke..petir ke..yang pasti IKUT KREATIVITI MASING-MASING...dan teruskan berblog, walaupun blog ko tu encik keladi tak ada orang nak baca tapi ko mesti terus bersemangat dan Jangan putus asa.

TAK PERLU CEMBURU LAGI

Tiada istilah cemburu ataupun tak nak baca mana-mana artikel yang ditulis oleh rakan-rakan blog yang lain, sebab dunia blog ni ada identiti tersendiri serta ada kebebasan dalam menghasilkan artikel yang terbaik untuk rujukan pembaca, jadi TAK PERLU CEMBURU LAGI, terus menyokong antara satu sama lain dan yang pasti encik keladi suka berblog walking...banyak idea dan ilmu baru nanti yang akan diperolehi, terima kasih daun keladi rakan-rakan bloggers!!!.

Encik Keladi nak simpulkan entry ini, sebelum korang naik cemburu dgn artikel ni..( wahhhhh berlagaknya !!), upssss salah taip, maaf ya!! Sebelum korang bobobosan, dengan hanya serangkai kata daripada encik keladi " JANGAN CEMBURU LAGI PADA BLOG ORANG LAIN, tetapi CEMBURULAH PADA SEMANGAT MEREKA YANG SENTIASA KONSISTEN DALAM BERBLOG.


Ikhlas daripada dunia keladi



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com