Cerita blog dan separuh masa

Hebat sangat ke blog ko tu...

Kenapa orang perlu tengok blok ko tu

Dan sibuk sangat ko dengan blog, bukan blog ko tu hanya separuh masa ke?..

Cerita blog dan separuh masa

Perjalanan blog masih diteruskan visi dan misi nya tapi macam biasalah, bukan nak mengeluh ataupun meraih simpati, blog ini masih juga kurang trafiknya dan pengikutnya, entah apa yang  silap...adakah aku masih

Kurang berblog walking

Kurang pengisian dalam blog

Kurang menarik perhatian pembaca

Kurang memberi sesuatu kepada blogger yang lain

Atau  ko bukan dilahirkan untuk menulis blog.


Ini cerita blog saya, suka,duka, sedih dan tawa ketika saya berblog dan adakah saya akan berhenti kerja dan berblog sepenuh masa dan bukan separuh masa?

Perjalanan blog ko tu masih hijau dan jambu muda, belum banyak santan lagi kot, ko tak payah nak ikut seperti bro ben ashari...dia tu ibarat selebriti blog Malaysia dan ko pulak ibarat blogger picisan.

Best sangat cerita di blog ini, sehingga orang teruja membacanya.

Sungguhpun masih baru dalam dunia penulisan, saya akan tetap teruskan, mugkin hari ini sedih dan suatu hari saya akan gembira gara-gara blog,

Semua orang mampu untuk mencapainya

Semua orang boleh berjaya

Semua orang akan harungi kesukaran

Semua orang juga akan menerima kegagalan

Dan mugkin semua orang juga akan meninggalkan setiap apa yang tidak dicapai

Cerita di blog ini dan aku berblog separuh masa

Jika dilihat pada penerimaan platfom blog di Malaysia, rasa memang banyak persaingannya, maklum lah medium ini juga memberi seribu satu keistimewaan, dan peluang, sekarang ini pula mugkin ada yang digelar

Suami sepenuh masa dengan blog

Isteri sepenuh masa dengan blog

Pelajar sepenuh masa dengan blog

Orang pencen sepenuh masa dengan blog

Sehinggalah akan wujud gelaran otai blogger sepenuh masa.

Jauh lagi ke perjalanan encik keladi untuk bergelar blogger sepenuh masa

Soalan yang sangat teruja, sebenarnya bukan senang untuk berhenti kerja dan lepas tu berblog secara sepenuh masa, kemudiannya kita perlu tanya kepada diri adakah

Blog kita sudah kukuh

Blog kita sudah menjana pendapatan

Blog kita sudah dikenali

Blog kita sudah mampu bersaing

Blog kita sudah dijadikan blog kegemaran

Blog kita sudah mempunyai pembaca tersendiri
Tapi hakikatnya, adakah kamu memang cukup ilmu dalam dunia blog.

JANGAN JADI BLOGGER SEPENUH MASA

Perjalanan blog kamu masih jauh dan sepatutnya kamu tidak boleh terus merasai kegagalan, selalu diingatkan persaingan blog masakini sangat hebat, ramai mereka yang mempunyai kelebihan tersendiri dan yang lagi best, ramai yang mempunyai keunikan dan kreatif dalam berblog.

Engkau tu bukan artis ataupun ahli politik popular yang sememangnya dicari.

Jadi,

Sebelum bergelar, cerita diblog ini adalah rekaan oleh seorang blogger sepenuh masa, perlu fikirkan tentang

Bagaimana untuk menunjukkan kehebatan kita dalam berblog

Bagaimana untuk mempromosikan blog

Bagaimana untuk memberi keunikan pada blog

Bagaimana memberi kelainan pada blog

Bagaimana untuk memberi kepuasan dalam berblog

AKU bukan dilahirkan untuk menjadi penulis blog

Ilmu dan kemahiran adalah yang utama, kemudian sifat kesabaran dalam mengharungi rintangan dan halangan, yang lagi penting iltizam dan semangat tidak mudah berputus asa dalam setiap kegagalan yang diterima perlu ada dalam diri untuk mencapai apa yang diinginkan.

Bersabar wahai encik keladi dan terus berusaha untuk apa yang dimpikan, dan mungkin suatu hari nanti...

Cerita diblog ini memang ditulis dan direka oleh seorang blogger sepenuh masa.


Ikhlas

Keladi




Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com