Cinta, semangat dan blog

"Ko bercinta ke...apa yang bersemangatnya ko tu dan apa pulak kaitannya dengan blog,"

Tak faham aku dengan encik keladi ni...

Asik-asik nak memutar kata...

Cinta lah!!!Semangat lah!!!blog lah!!!

CINTA, SEMANGAT DAN BLOG

Hari ni 12 Rabiulawal 1437h, cinta kita pada junjugan besar Nabi Muhammad, semangat cinta kepada Rasullah s.a.w, lebih segala-galanya, walaupun kita cinta pada penulisan blog.

Seperti biasalah  public holiday hari ni banyak masa yang boleh di buat untuk meningkatkan lagi nama blog kita di persada blog Malaysia...#ayat klise, banyak juga sebenarnya perkara yang ingin dikongsi kepada semua, mugkin ketika ini encik keladi masih baru didalam dunia blog, tapi kerana Cinta, Semangat dan Blog, tetap aku teruskan walaupun terdapat rintangan dan halangan.

Dalam berblog ni, ada ke cabaran dan rintangan?

Sekarang dunia tanpa sempadan, dan walaupun tiada sempadan ia tetap ada cabarannya, semua manusia di muka bumi ini telah pun mengetahui kebaikan dan potensi dalam berblog, mugkin diluar sana pun telah merasai hasil penat lelah berblog, kiranya jika dilihat dalam kejayaan berblog, mugkin rasanya tak cukup satu entry untuk tulis kisah kejayaan mereka-mereka yang bergelar otai blog, tapi jika ada kelapangan nanti encik keladi pun mungkin akan berkongsi kisah kejayaan mereka di blog ini nanti.

Cinta, semangat dan blog

Sejauhmana perkembangan blog korang ya, jom kongsikan kepada encik keladi, jika boleh letak link di ruang komen saya dan Insyaallah encik keladi akan lawat nanti..jika ada kelapangan masa.

Apa menarik sangat ni engkau berblog encik keladi?

  1. Cinta
  2. Semangat
  3. Blog
Tiga perkara yang membuatkan encik keladi terus berblog.

Kenapa engkau asyik ulang-ulang tiga perkataan itu?
  • Kerana cinta sesangat kepada apa yang ingin dilakukan, maka timbullah minat dalam berblog.
  • Kerana bersemangat dalam meneruskan matlamat dan impian, maka, wujudlah sifat kerajinan, sungguhpun ia sesuatu yang amat sukar untuk dicapai.
  • Kerana blog, bakat kita boleh diasah dalam bidang penulisan, dan mugkin kerana blog juga masa yang terbuang sebelum ini dapat diisi dengan perkara yang berfaedah, jadi, kenapa tidak kita mempelajari ilmu dan mencari kemahiran dalam berblog, peluang dan potensinya sangat besar.

Sekadar perkongsian dan pandangan oleh seorang blogger, untuk mereka-mereka yang beragama islam....selawat dan salam keatas jujungan mulia kita sempena menyambut Maulidur Rasul..

Jom kita berselawat...


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ikhlas daripada 

Keladi


                    

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com