Halangan dalam berblog

Ohh!!...ye ker...blog ko ke tu...macam sampah...

hahahaha!!! kelakarnya...blog ko tu..

Macam blog budak-budak...

( Bukan untuk bermimpi tapi itu realiti)

Blog oh blogku..

Jom baca apa itu Lynk.my dan dengar cerita ada contest review Lynk.my 2015, masih ada masa untuk menghantar penyertaan anda...

Betul ke banyak sangat halangan untuk kita berblog?

Halangan dalam berblog
Keladionline: Rintangan dan halangan perlu dilalui untuk berjaya 

Masing-masing punya pengalaman lah ya, apa yang encik keladi telah lalui selama 4 bulan berblog adalah

  • Kekurangan masa untuk menaip, jika banyak sangat menghadap android nanti di sangka banyak berchatting pula
  • Idea untuk menulis, kekadang terfikir pula, apakah tajuk yang ingin di tulis dan bagaimana pula penerimaan pembaca nanti
  • Mentaliti kita terhadap blog sendiri, yup, kekadangan jika bandingkan blog orang lain terasa kerdil pula, cantiknya blog dia untuk dibandingkan dengan blog aku.
  • Kemalasan yang melanda pada diri sendiri, cukup besar tau halangan ini..
  • Semangat jatuh dengan kritikan rakan-rakan yang membaca blog kita.
  • Tidak cukup sumber maklumat dalam menghuraikan artikel, sebabnya malas untuk membaca.
  • Tiada kemahiran dalam berblog, gua budak baru belajar jika ada kesilapan mohon hulurkan bantuan.
  • Semangat hanya seketika..ini ada kaitan dengan point yang ke 4, sebab malas, semangat pun menurun.
  • Cemburu dengan blog yang lebih berjaya, banyak sangat iri hati dengan blog orang lain yang lebih baik, terus tak mau berblog
  • Masalah emosi dan moody...betul tu nak menulis perlu ada ketenangan, kalo asyik nak emosi je, confirm idea takut nak hinggap kat otak tu, kesannya...bye2 blog.
  • Pasangan tidak membenarkan untuk berblog, ohh yang ni mungkin pasangan tu rasa cemburu kot, lama sangat menghadap adroid takut berchating dengan orang lain la tu.
  • Kekurangan kemudahan, dari segi apa tu,yang dikatakan tak cukup peralatan untuk berblog...??mugkin internet kot, yang kadang kala slow sangat...tu yang menyebabkan point 4 dan dicampurkan pula dengan point 10, hadir sebagai halangan untuk berblog.
  • Ini point yang last daripada encik keladi, kekurangan ilmu berblog, yup memang betul...jika kita kurang ilmu dalam berblog akan terasa kesukarannya blog kita untuk diterima, tapi nak ke atau tidak blog kita perlu ada tarikan, jadi carilah ilmu sebanyak mugkin untuk berblog.
Sekadar perkongsian pandangan dan pendapat, kenapa ada halangan ketika kita berblog, tapi jika kita tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.


Terus berblog encik keladi sungguhpun terdapat halangan

Ikhlas daripada dunia keladi


Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com