Majukan diri dalam berblog dengan teknik "PERAMPAS"

Keladi blogger: Fikirkan sesuatu yang kreatif untuk kita merampas pengunjung ke blog kita, www.keladionline.com

"Niche blog aku ni ramai yang sudah buat, jadi macam mana nak pancing pembaca untuk terus melekat dengan blog aku ni!"

Ko punya blog takkan ko tak tau kot, nak pikat pengunjung macam mana!


Majukan diri dalam berblog dengan teknik "Perampas"

Perkataan perampas tu, macam tak sesuai je encik keladi, apa yang nak dirampas tu, ini sekadar pandangan dan pendapat seorang blogger yang menggunakan teknik "Perampas" untuk terus memikat pengunjung ke blog kita.


Macam biasalahkan, pada post yang sebelum ini pun encik keladi banyak menyebut pengunjung trafik adalah nadi untuk blog kita terus bernafas, tambahan  pula blog kita tu adalah untuk mencari pendapatan, tak salah korang guna teknik perampas ni untuk berjaya, tapi "awas" ye jangan merampas kekasih orang sudah!!

Teknik "Perampas"

  • P : Promosi berterusan untuk blog
  • E : Emosi pembaca blog kita perlu          diberi perhatian.
  • R : Rujukan pada blog-blog yang ada diseluruh dunia, terutama blog yang sudah ada nama.
  • A : Ambil peluang dalam berinteraksi dengan blogger-blogger yang sudah berjaya dan dapatkan tip2 yang menarik daripada mereka
  • M : Malas bukan sifat blogger yang ingin berjaya, betul tak kengkawan, jangan malas dan teruskan menulis, sungguhpun blog masih tiada trafik.
  • P : Pembujukan dalam gaya ayat menulis perlu difikirkan secara kreatif, supaya pengunjung kita tu akan kembali semula membaca semua artikel kita.
  • A : Alihkan perhatian pengunjung dengan gambar, ataupun dengan sesuatu yang menarik, sebab sifat semula jadi manusia, memang suka yang cantik-cantik aje.
  • S : Sentiasa berusaha dan mencari ilmu-ilmu baru dalam memajukan diri dalam dunia blog ini, biasalahkan dunia tanpa sempadan katanya, jadi mungkin ada teknologi baru dalam berblog, maka ilmu lah jawabnya.
Blog terus bernafas, jika kita sentiasa rajin mencari teknik-teknik terkini untuk memajukan lagi kita didalam dunia blog, kita ni macam stesen televisyenlah ya, sentiasa mencari idea-idea kreatif dalam memikat jumlah penonton untuk terus setia.

Ikhlas daripada keladi blogger


Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com