Sihir blog ?

Adakah aku terkena sihir?

Macam mana gua mau pulang ke pangkal jalan ni...siapa yang santau aku ni!!!

Mantap ko punya topik tu wahai tok keladi!!

Keladi blogger: Sihir dalam berblog 

Sihir blog?

Apa yang dikatakan dengan sihir blog tu,wahai en keladi macam seram je bunyinya, berdosa tau nak main ilmu hitam ni,

Ia sekadar pendapat dan pandangan dari tok keladi tau, 

Nak dijadikan cerita, dalam kehidupan seharian kita ni, memang banyak ilmu2 hitam digunakan dengan pelbagai tujuan, YA, pelbagai tujuan!!, kiranya yang TUA nak nampak MUDA, yang cantik nak tarik AURA, dan yang kaya, nak tarik lagi KAYA...semua tu semata-mata untuk kepuasa diri dengan melakukan SIHIR @ ILMU HITAM.

Amalan Sihir blog?

Tok keladi kita yang newbie blog ni nak kena pakai pelaris @ sihir ke untuk berjaya dalam dunia blog ni?....

YA, ko kena baca2 jampi2 serapah supaya pengunjung ko tak lari, dan blog ko dapat aura tersendiri dengan susuk atok ni..

Macam susah jew tok?

Ko nak berjaya ke tidak, ko nak dapat pendapatan daripada blog ke tidak, ko jual2 produk di blog, sampai la ni tak de orang nak beli, pengunjung apa tah lagi, ko sendiri jer yang baca...itu sebab ko kena guna sihir blog atok ni, ni atok bagi ayat2 di bawah jangan lupa ko amalkan....satu lagi ko kena bayar pengerasnya....nanti habis ko baca cara2 nya....aku bagitau...


Cara amalan sihir blog yang perlu dilakukan.

Bahan-bahan :

  • Talian internet, kalo nak free pergi kedai-kedai mamak, talian internet kena laju tau.
  • Confirm mesti ada "Smartphone", sekarg orang update guna benda ni jer, mudah, kat mana pun boleh kemaskini blog nanti..jangan ko ingat aku org lama tak tau guna benda alah ni!!!.
  • Blogspot ( mudah dicari ), jika tak de boleh guna wordpress atau sewaktu dengan nye@
  • Domain nama blog, nak lebih nampak power, sihir kita nanti jgn lupa ambik hosting, sebagai pengeras
  • Niche blog dijadikan bahan yang paling utama dalam japi serepah ni, jika ko tersalah dan melanggar pantang pada niche blog, ko taukan apa akibat nyer.
Cara-cara :
  1. Ko kena ambik masa dalam signup blog, jika ko sudah ada blog teruskan jer, 
  2. Gunakan niche blog korang yang tersendiri, rasanya niche blog korang masih tak berjaya kot, jadi baca point 3 untuk dapatkan ayat jampi untuk niche blog
  3. Ayat jampi serapah niche blog untuk nampak lebih power, ko kena cari blog-blog yang sama dengan niche ko, lepas tu ko tengok topik-topik yang mereka tulis, kemudian mudah nyer ko cuba buat sesuatu yang lebih kreatif dengan pengolahan topik tersebut..tapi AWAS, ko jangan langgar patang larang ini...iaitu "COPY and PASTE"....ko tau akibatnya dalam amalan sihir ni.
  4. Campurkan sedikit gambar yang related pada ko punya topik tu, nak lagi power dalam blog ko tu dan  lebih mudah untuk dapat aura, ko kena buat ataupun tambahkan kapsyen pada gambar tu...mudahnya benda alah tu di panggil "alt"...kat kedai-kedai internet biasanya banyak dijual...ko tulis jer apa itu "alt".
  5. Sihir kita ni sudah hampir siap, bahan utama @ niche blog sudah pun dicampurkan  dan sekarang ni ko kena gunakan domain untuk lagi ketat ko punya sihir nanti, tapi jika ko guna wordpress tak payah nak fikir2 pasal benda alah tu, tinggal ko bagi duit je, dan ko dapat lah benda tu,
Segala bahan untuk sihir blog ni telah didicampurkan, sekarang yang penting kerajinan ko dalam mengayat untuk blog ko tu, lepas tu setiap hari ko kena baca semula dan semak semula artikel-artikel yang ko tulis tu, kot2 ada yang tak kena, ya lah sihir ni kena berhati-hati supaya tak de orang tau kelemahan ko, dan yang tersangat penting ko kena amalkan setiap hari adalah membaca..membaca dan terus membaca...ko juga kena buat sedikit kajian tentang topik yang ko buat tu, sebab dalam dunia sihir blog ni, sentiasa berubah-ubah seiring dengan perkembangan teknologi, dan ilmu adalah yang utama, silap ko tuntut ilmu, silaplah jadi nya.

PERHATIAN : AMALAN INI PERLU DILAKUKAN KETIKA PEMIKIRAN KITA BERASA LAPANG DAN ENJOY, WAKTU TERBAIK ADALAH WAKTU PAGI SEBELUM SOLAT SUBUH DAN JANGAN LUPA PULAK SOLAT..

Tok keladi sudah bagi ilmu sihir yang ko perlu amalkan untuk berjaya dalam dunia blog ini, sekarang ko kena bayar pengerasnya, tok hanya minta ko terus berusha dan berusaha, dan terus ko lakukan promosi untuk ko punya blog tu, jangan lupa berdoa....tu jer tok minta pengerasnya, rasa tak mahal kot,


Dunia keladi blogger bersihir!!!

www.mrkeladi.blogspot.my


IKLAN DI DUNIA KELADI :

Buat duit dengan menulis


Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com