Sorotan entri tahun 2015

Mantap dan terus meletoop, katanya blog ini, #Kenapa ko ini suka angkat bakul sendiri !!!
Mana ada diriku ini masih ditakuk lama lama la, masih seorang penulis blog picisan yang hari-hari berangan-angan untuk menjadi seorang wartawan yang popular, #mampu ke ko dimaki dan dihamun orang,

Sorotan entri tahun 2015,

Jangan ko nak syok sendiri dalam berblog nanti pembaca-pembaca lari pulak, ko tu bukan artis yang menang awards berkali-kali, tak pun ko tu bukan pelakon siri drama Akasia yang kat TV3 tu, jadi perlu berpijak di Dunia yang nyata dan terus mencari satu kelainan serta kreativiti dalam berblog. tak payah nak syok sendiri lagi, pembaca pun sudah pandai menilai hasil karya kita, jadi kau perlu tanamkan azam yang terbaik untuk kemajuan blog ko itu.

Azam untuk tahun 2016,

Tapi entri kali ini, keladi cuma nak simpulkan perjalanan blog ini sepanjang tahun 2015, kiranya macam sorotan yang dibuat oleh media-media tempatan kitalah....(nak tiru kononnya),
permulaan perjalanan blog ini dikira memang sangat sukar bagi keladi yang sememangnya suka untuk menulis, tapi tiada kesempatan masa untuk menulis, maklumlah executive muda, itulah hakikatnya aku suka mengikut-ikut trend semasa, 

permulaan blog ini adalah pada bulan September 2015, post pertama yang dihasilkan untuk blog ini mengenai sesi memperkenalkan diri dan selepas itu entri berkaitan bagaimana blog boleh dijadikan medium untuk mencari duit dan ketika itu slogan yang digunakan Do it, Do it..duit online...tapi itulah..rasa niche semacam ini ada ke yang nak baca, susah tau zaman sekarang nak servive dalam keadaan persaingan blog yang sangat sengit, maklumllah potensi untuk blog sangat luas jika tahu kemahirannya. niche seperti ini bagi pandangan dan pendapat keladi, memang sukar untuk dikongsi kerana ramai blogger yang sudah bergelar otai lebih baik penerangannya, jadi Adakah benar-benar keladi mampu menarik pembaca untuk mengikuti penulisan blog dalam  niche ini...."Ukur baju di badan sendiri"

tapi, itulah mengenagkan blog yang kurang penerimaan, keladi pun tidak berdiam diri, dan cuba untuk membawa sesuatu yang menarik untuk dikongsi oleh pembaca, maka jadilah blog yang seperti caca-merba, aduhai....banyak sangat bersedih dengan blog, saya memang minat sangat dalam bidang penulisan, tapi takdir dan rezeki bukan didalam bidang ini, mugkin kita boleh merubahnya dengan usaha dan ilmu yang ada, hasil penulisan sebelum ini keladi tidak akan buang atau pun padam dalam blog ini, hal ini bagi melihat sendiri bagaimana perjalanan dan perbezaan keladi menulis ketika permulaan berblog dan mugkin blog ini boleh dijadikan kenangan ketika usia keladi sudah lanjut, dan mugkin blog ini akan kekal selama-lamanya, selepas ketiadaan saya di dunia.

Keladi terus bangkit dalam berblog, keladi terus melangkah dalam berblog sungguhpun templatenya berubah-ubah, aku perlu berubah dan terus bersemangat untuk mencapai cita-cita menjadi seorang blogger terkenal, #mampu ke, 

senarai dibawah merupakan entri-entri yang dihasilkan oleh keladi dalam tahun 2015, bagi tujuan perkongsian kepada semua, terima kasih kepada semua yang sudi membacanya





























Ikhlas daripada 


Keladi








Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com