Berpagi-pagi dalam mencari rezeki

Alhamdulilah, sampai saja di Ofis terus online di Android

Hari ini Jumaat !!!

Segmen Tazkirah di Keladi Blog

Mudahnya bila kita kata, perlu berpagi-pagi dalam mencari rezeki

yang terbaik adalah datang daripada diri kita sendiri dan keburukan juga datang daripada kesilapan yang kita lakukan, walaubagaimanapun kedua-dua itu adalah daripada ketentuan ilhai

Jadi

Adakah kita hanya perlu berserah kepada takdir dan ketentuan ilahi?

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog keladi, terima kasih uolss, yang singgah sebentar disini,

Untuk segmen tazkirah kali ini, sengaja, keladi pilih tajuk 

Berpagi-pagi dalam mencari rezeki

Maaf ya keladi bukan nak kata, keladi ni seorang yang alim dan kuat beribadah, tetapi keladi akui, sifat kelemahan dan kekurangan diri sentiasa ada, dan setiap masa juga keladi seperti semua sifat manusia yang akan melakukan dosa, dan diakhirnya akan bertaubat seketika.

Itulah resam hidup, adakala iman kita sentiasa berada di tahap maksimum dan adakalanya ia akan berkurangan dan terus alpa dengan nafsu keduniaan

Alamak, keladi sudah melalut panjang pula,
keladi sebenarnya nak cerita pasal
Berpagi-pagi dalam mencari rezeki
tapi terlajak sudah

Jom kita tengok sabda nabi ini dahulu

Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan."
Betul tu, jika kita sentiasa berfikir untuk berpagi-pagi, ia adalah permulaan yang baik untuk keseluruhan hari pada hari tersebut

aduhh!!, gua terpusing-pusing pulak berbicara berkaitan
Kita semua perlu berpagi-pagi dalam mencari rezeki

..................Titik Nokhta............

Kenapa ni, masih kaku dan idea terus buntu pula rasa untuk menyiapkan artikel ini, secara jujurnya, untuk menjadi seorang pendakwah bukan mudah, nampak saja senang, beritahu, je perlu buat ini dan perlu buat itu, lepas tu ambik pengalaman orang lain untuk dijadikan contoh dan lagi best cari artikel-artikel yang ditulis oleh pak ustaz kat blog tu, kita pun paste kat blog kita,

Macam itu ke seorang pendakwah jadian yang kononnya pandai berbicara?

Hello, keladi sedaya upaya tak nak menjadi seorang pendakwah jadian seperti mereka-mereka yang hanya memenuhi ruang entri blog mereka dengan hanya menyalin bulut-bulut artikel orang lain

Sememangnya, ustaz kita kata, sampikanlah ilmu walaupun satu huruf dan ustaz kita pula kata, umat islam perlu menyebarkan kebaikan, jika tidak mampu cegah keburukan melalui hati, tapi cara teguran seperti itu adalah selemah-lemah iman.

Tetapi

Takanlah untuk menyiapkan artikel berbentuk kebaikan untuk semua, kita pun nak salinan artikel orang lain, tiada cara tersendiri pula nampak untuk mengajak orang ramai kearah kebaikan.

Idea diminda saya terus buntu dan kaku untuk menyiapkan artikel berbentuk tazkirah, dan peluang ini juga keladi perlu gunakan untuk menjadi seorang insan yang boleh menyebarkan sesuatu kebaikan kepada saudaranya, dan juga dirinya sendiri.

Sejujurnya keladi katakan, segmen tazkirah bukan semata-mata untuk saya memenuhi ruang segmen di hari jumaat tetapi, kenapa tidak, sehebat dan serajinnya kita berblog, kita selitkan sedikit unsur dakwah dan mengajak rakan-rakan kita kearah kebaikan, mugkin hari ini, besok atau lusa, tuhan akan menjemput kita, tetapi hasil penulisan kita di blog mugkin akan kekal selama blog kekal di medium online. Mugkin agak sukar keladi katakan untuk menyiapkan artikal berbentuk tazkirah untuk insan yang biasa seperti keladi, haruskah aku copy dan paste je, artikel orang lain?

Itu adalah satu penipuan kepada Allah S.W.T

"Jadilah seorang umat manusia yang berguna, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain"

Adakah keladi terus kekurangan idea dalam menulis artikel ini?

Tidak

cuma keladi nak beritahu, disebabkan artikel ini ditulis diwaktu pagi, dan keladi terus gerak ke tempat kerja awal, tambahan pula hari ini adalah penghulu segala hari, jadi tuhan telah menganugerahkan keladi untuk terus menulis dan itulah untungnya

Berpagi-pagi dalam mencari rezeki


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com