Hello semua,
Berblogwalking lagi
Sambil-sambil berblogwalking, keladi hot lagi meletop ni ada teropong sikit,
Apa yang ko teropong tu keladi?
( Ko jangan nak menyampuk wahai bayanganku yang selalu berperasangka buruk)
tak de, korang-korang semua, keladi cuma nak jentik satu isu yang meluap-luap minggu lepas dan menjadi bualan dikalangan netizen yang sememangnya aktif berputar-putar membaca isu yang agak kontroversi dan isu yang dijentik tu menjadi viral pulak dikalangan mereka.
Wahai!!! Keladi yang kononya macam pembaca berita yang hot lagi kaku, jangan nak mencurah api dekat minyak tanah dan jangan nak jadi batu berapi yang tak pasal-pasal di saman oleh orang nanti, gara-gara tersilap kata,
#Sebelum keladi nak share kat korang-korang semua, izikan hamba memohon maaf, supaya tiada yang berkecil hati pasal penulisanku yang anggap leser tak seberapa, kononnya macam kiah propa yang kat Galaksi Tv 9 tu,
Keladi!!!!! ko tak payah nak berceloteh panjang....cepat lah...aku malas nak baca panjang apa yang ko bebelkan tu,
Maaf tersengaja tapi tertulis
Ahmad Maslan dan 2 kerja
Ceritanya macam ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, dia telah menjentik rakyat-rakyat jelata Malaysia dengan isu yang agak kontrovesi,
Oiiii apa yang hot nyer tu!!!
Saranan En Ahmad Maslan tentang kita rakyat marhaen agar melakukan 2 kerja demi menjana pendapatan lebih dalam keadaan ekonomi yang tidak tentu hala@ caca merba ni.
"Hello tuan Ahmad Maslan, ko tu ahli politik VS ahli perniagaan kot, bolehlah ko keluarkan kenyataan tu, yang kami rakyat Marhaen ini, bekerja dahlah lebih 12 jam, nak tambah dengan 1 lagi kerja, bila masa pulak nak duduk kat rumah, dan macam idea ko tu tak masuk akal!".
Sabar nah!! keladi
Upsss...terleser pulak penulisan aku ni, #isu ini mendapat bantah tau, majoriti tidak bersetuju dengan idea bernas si Ahmad Maslan ni.
Jap, keladi nak ulang siaran bait-bait kata yang dicadangankan olehnya, bagi mereka yang masih belum tau tu, jom kita baca kuat-kuat.
![]() |
Berniaga online tau untuk tambah pendapatan |
" Rakyat Malaysia seharusnya memulakan perniagaan secara dalam talian ( online ) untuk mendapatkan pendapatan tambahan."
Upsss...wahai netizenku yang dikasihi, sebenarnya, Adakah kita perlu mengamuk dengan kenyataan si Ahmad Maslan ni?
Mugkin Ahmad Maslan ini orang dah menyampah dan benci dengan provokasinya sebab tulah setiap apa yang keluar daripada mulutnya, idea tu bernas tapi meluat orang mendengarnya.
Rupanya, dia mensarankan rakyat Malaysia untuk menceburi bidang Usahawan Online yang sememangnya sangat berpotensi dalam menambah pendapatan, kenyataan itu dikeluarkan olehnya pada satu majlis bersama usahawan Johor, dan untuk memperbetulkan tajuk berita televisyen mengenai "Kerajaan menggalakkan melakukan dua kerja"
Jadi, sebenarnya Bernas ke ideanya tu?
Jika diikutkan ahli nujum si keladi tua yang ganyut ni, idea ini memang bernas tapi takkan lah semua kot rakyat nak ceburi usahawan online yang diwar-warkan tu, jika ada kemahuan disitu ada jalan, tapi tak semua berjaya, dan yang sanggup menempuh onak dan duri dalam bidang ini je yang memampu berjaya, tapi suratan takdir telah tertulis dan tak semua orang dikurniakan bakat dalam usahawan online ni, ehmmm..tapi ilmu boleh dicarikan.
Okey, keladi ikut saranan si Ahmad Maslan ni, tapi Encik Ahmad Maslan, sanggup ke ko beli barang-barang online yang dijual oleh kami, dan sanggup ke ko promosikan produk-produk kami yang dijual di internet ni,
Bukannya hari ini kita menjual di internet besok dah dapat beribu-ribu
Itu tak benar kot!!!
perlu lalui dengan GST nyer, dengan kuasa internet yang sangat lemah di Malaysia ni, lepas tu jika semua orang berjual-beli di Internet mudahlah korang-korang Pak Menteri mencari idea untuk menangguk di air yang keruh, nanti confirmlah lah ada yang dinaikkan, nak bukak blog pun kot-kot akan datang perlu dapatkan lesen untuk buat blog, untunglah korang, semua perlu dibayar
Sanggup ke ko hari-hari datang ke Kedai Online keladi ni
# Tak Kuasa Makk!!!
Entahlah, jika nak bising pun tak ada bergunanya, buatlah demostrasi besar-besaran, buatlah ceramah entah apa-apa, dan perang habis-habisan terhadap kerajaan dengan isu-isu lapuk
Tapi
Kesannya, tetap rakyat merana dalam zaman kenaikan kos sara hidup yang meningkat
Ahmad Maslan, Blog dan 2 kerja
Itu kisah Ahmad Maslan dengan Idea 'Kemaslanannya', tapi korang semua jika difikirkan juga, kenapa keladi buat blog, apa tujuan sebenarnya keladi berblog, dan kenapa beria-ia sangat nak meletop dalam berblog ni,
dah Ahmad Maslan kata kena buat banyak-banyak kerja, terutamanya gunakan potensi online untuk menambah pendapatan, jadi aku berbloglah,
Moga-moga si Ahmad Maslan singgah ke blog picisan aku ni,
Mampu ke dia nak baca penulisan ko tu,
Pesanan dan saranan keladi yang dianggap tak menjentik sesiapa kot, kerja menambah pendapatan menerusi online ini bukannya kerja mudah dan perlu usaha dan kesabaran, susah juga untuk memulakan perniagaan menerusi online, tapi cuma nak ingat jelah, kita ikut idea 'Kemaslanannya' , jangan sampai kerja yang utama diabaikan, ibarat "yang dikejar tak dapat yang dikindung, keciciran".
Ikhlas daripada
Keladi
No comments:
Post a Comment