Jom kenali aktiviti lasak di Malaysia

Hello readers
Hujung minggu yang bosan
Bosan ke
Dah ko terperuk je kat dalam bilik confirm rasa bosan
Cubalah jalan-jalan ke
Lepak-lepak di shopping complex
Pergi santai-santai ke
Ataupun
Cuba aktiviti lasak 

Waaarghhhh!!!aktiviti lasak?

Sakit badan dan urat aku nanti, 

Hem...tak tahu jangan nak buat andaian

...........Titik nokhta........

Dalam entri ini keladi nak kongsikan kepada korang tentang aktiviti sukan lasak, bagi mereka yang berminat tu,
Jom cuba!!!


Kayak Jeram


Jom kenali aktiviti lasak di Malaysia
Kredit kepada pemilik gambar 

Aktiviti berkayak ini dilakukan sama ada secara individu atau berdua memerlukan sesiapa saja mengerah kudrat melawan arus ganas bagi mengekalkan keseimbangan badan.
Aktiviti ini memerlukan peserta berhempas pulas merentasi alur sungai berbahaya yang berbatu dengan pelbagai rintangan tidak terduga.
Anda boleh merasai pengalaman aktiviti ini di Sungai Kenaboi, Kuala Kelawang, Negeri Sembilan.


Paragliding dan paramotor
(Luncur udara)

Aktiviti meluncur udara menggunakan payung terjun termasuk yang dilengkapi enjin sokongan ini antara aktiviti yang semakin memikat peminat sukan ekstrem.
Biarpun sangat ekstrem berikutan terawang-awang diudara, satu yang mengujakan apabila korang dapat lihat keindahan panorama alam semula jadi dari udara yang pastinya melenyapkan rasa takut.
Antara tempat untuk melakukan aktiviti ini ialah di Bukit Pahat, Kuala Kubu Bharu dan Bukit Jugra, Banting Selangor selain dari puncak Gunung Kinabalu, Sabah


Memanjat cerun berbatu
(Rock Climbing)


Gambar diambil daripada internet
Antara aktiviti sukan lasak yang bukan saja memerlukan keberanian, malah ketahanan badan dan aspek keselamatan paling tinggi.
Antara tempat semulajadi bagi anda melakukan aktiviti ini adalah di Batu Caves, Kuala Lumpur.


Menunggang ATV
(All-Terrain Vehicle)

Sumber Internet

Aktiviti menunggang ATV ini membolehkan individu menakluk cabaran lasak di laluan 'off road'
Antara cabaran ialah meredah laluan berlumpur, berpasir, mendaki bukit selain melintas anak sungai
Anda boleh mencuba aktiviti ini di ATV Adventure Park, Hulu Kelang , Kuala Lumpur.


Zorbing

Aktiviti rekreasi yang memerlukan seseorang itu diikat dalam sebuah bebola gergasi lutsinar berdiameter 3 meter
Anda boleh mencuba aktiviti ini di Tasik Titiwangasa, Kuala Lumpur, The Heritage Village, Seri Kembangan, Selangor, The Cruise, Tasik Putrajaya atau di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.


Flying Fox Zipline

Berbeza dengan aktiviti Flying Fox lain, Flying Fox Zipline membolehkan sesiapa saja melakukan aktiviti meluncur atas tali dalam jarak yang tinggi sambil menikmati pemandangan indah dengan mengambil gambar
Antara tempat paling menarik untuk melakukan aktiviti ini adalah di Bukit Tinggi Pahang
Tersenarai sebagai paling panjang di rantau Asia Tenggara, Flying Fox Zipline di Bukit Tinggi sepanjang 530 meter.
Selain itu, anda boleh mencuba pengalaman baru dengan meluncur dari pulau ke pulau yang lain di Tunku Abdul Rahman Marine Park yang terletak di Pulau Sapi, Kota Kinabalu Sabah.


Flyboarding (luncur air)

Aksi luncur air yang menggunakan sebuah enjin khas yang diletakkan di bawah kaki.
Tujahan air daripada enjin ini membolehkan sebarang pergerakan atas air dilakukan
Tersenarai sebagai aktiviti ekstrem, ia memerlukan latihan dan pengalaman untuk menggerakkannya.
Anda boleh mencuba aktiviti ini di Marina Putrajaya


Sky Diving ( Luncur Udara )

Aktiviti terjun payung bebas ini hanya boleh dilakukan menerusi pertubuhan yang didaftarkan
Tersenarai antara aktiviti ekstrem paling berbahaya, hanya beberapa lokasi dibenarkan untuk menjalankan aktiviti ini.
Antara kawasan yang dibolehkan untuk melakukan aktiviti sukan lasak ini ialah di Segamat, Johor, di Taiping, Perak selain terjunan dari pelantar di Menara Kuala Lumpur

Bungy Jumping ( terjun bungy )

Aktiviti yang memerlukan seseorang itu terjun dari kawasan tinggi dengan kedua-dua kaki diikat
Kebiasaanya, jarak ketinggian melebihi 20 meter atau bersamaan ketinggian bangunan sembilan tingkat.
Aktiviti ini terkenal di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah lain namun kini boleh dilakukan di Malaysia.
Anda boleh mencuba aktiviti ini di Sunway Lagoon Bungy Jump yang setinggi 22 meter.
Sebuah platform dibina di kawasan Extreme Park di Sunway Lagoon bagi membolehkan sesiapa saja mencuba aktiviti itu.


Cabaran berakit arus deras
(Water Rafting)

Cabaran berakit ini menggunakan kelengkapan bot getah untuk meredah arus deras sungai
Tersenarai sebagai aktiviti sukan ekstrem, ia mesti dilakukan dengan panduan peserta berpengalaman mengenai selok belok dan kemahiran berakit.
Selain kemahiran berakit, aspek lain kemahiran yang diperlukan adalah selok belok kawasan sungai yang menjadi tempat aktiviti berkenaan
Antara kawasan popular dengan aktiviti ini seperti di Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Sabah.





Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com