Kronologi RM 16 Juta Pamoga Qu Puteh TRW

28 Disember 2015

Presiden persatuan Bola Sepak Kelantan ( Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pertemuan dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida berhubung tajaan skuad The Red Warriors (TRW)

1 Januari 2016

Dr Vida menetapkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan sebelum bersedia menaja badan induk itu. Dua syarat itu ialah Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu dan nama pasukan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

2 Januari 2016

Agak sukar kafa untuk memenuhi  syarat Dr Vida supaya Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu. Ini kerana kafa bukan pemilik stadium dan andai syarat itu mahu dipenuhi, badan induk itu perlu mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapat persetujuan daripada Perbadanan Stadium  Kelantan (PSK)

2 Januari 2016

Penyokong TRW meminta Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty mengkaji semula dua syarat yang dikenakan keatas kafa sebelum bersedia menaja badan induk itu musim ini.
Presiden  TRW Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi berkata, syarat yang dikenakan jutawan kosmetik itu agak berat untuk diterima penyokong dan tidak mustahil turut sukar dipenuhi oleh Kafa mahupun Perbadanan Stadium Kelantan (PSK)

4 Januari 2016

Pengasas Vida Beauty  Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata, beliau akan tetap meneruskan dua syarat iaitu Stadium  Sultan Muhammad IV dicat merah jambu dan nama skuad kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ( TRW) walaupun penyokong tidak bersetuju dengan cadanganya itu.

5 Januari 2016

Kafa bersetuju secara lisan dengan dua syarat Dr Vida untuk menaja pasukan TRW musim ini, walaupun rundingan awal sudah dilakukan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Jaafar dengan jutawan kosmetik itu, kedua-dua pihak belum membuat persetujuan secara bertulis

5 Januari 2015

Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkemugkinan menukar tajaannya kepada pasukan lain iaitu gergasi Lembah Klang, Selangor, jika dua syarat yang ditetapkan olehnya sebelum ini tidak mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Kelantan

7 Januari 2016

Dr Vida menegaskan tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan tajaan RM 16 juta seperti yang diminta Persatuan Bola Sepak Kelantan ( Kafa )

8 Januari 2016

Pertemuaan diantara Dr Vida dan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkaitan penajaan skuad TRW RM 16 juta bagi tempoh dua tahun hampir terlaksana.

08 Januari 2016

Dr Vida dilantik serta merta menjadi Penasihat Kehormat Kafa, dengan perlantikan ini diharapkan Dr vida akan berperanan bukan sahaja dalam persatuan tetapi pasukan untuk TRW terus digeruni lawan pada masa akan datang

15 Januari 2016

Majlis menandatangi perjanjian membabitkan penajaan RM16 juta diantara Vida Beauty dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan ( Kafa) dan nama baru untuk pasukan bola sepak ini
Pamoga Qu Puteh TRW


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com