Hello pencari maklumat secara Online
terima kasih kerana korang terjumpa entri ini
Teruskan membaca entri ini tau,
Jangan lari, keladi tau korang tengah mencari cara bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan melalui online, maklumlah zaman sekarang ini, sudah tidak boleh dielakkan lagi, semua barang naik, rasa gerun pun ada, tapi gaji ciput je, cukup-cukup makan je,
itu pasallah sekarang ni ramai orang yang telah mencari formula dan cara-cara untuk menjana pendapatan melalui online, katanya mudah untuk berjual beli di online ni, tambahan pula, Encik Ahmad Maslan kita yang arif lagi bijaksana tu telah menyarankan kita untuk melakukan 2 kerja, dan mungkin perniagaan online boleh difikirkan, katanya.
Jika ramai ushawan yang berjual di dalam talian, tentu banyak persaingannya, dan of course barang tersebut belum tentu terjual, mana tak nye, kalo katakan keladi jual tudung, dan sekarang ramai pengusaha-pengusaha tudung menjual juga secara online, mana datang pembelinya nanti,
Waduhhhhh!!! mana tahan kok dengan situasi begini!!
Jadi berbaloikah kita menjalankan bisnes secara dalam talian?
Bagi keladi yang kurang gantengnya ilmu dalam menjana pendapatan melalui online, pokok bagi persoalan ada ke pembeli yang akan beli produk kita tu bukan yang utama, tetapi yang penting kita perlu fikirkan sejauhmana kemampuan kita untuk menjalankan bisnes tersebut
Korang rasa setuju ke pandangan keladi tu!
Biasalah dunia semakin terhimpit, dan dunia semakin terdesak kot, yorrrrler!!, dunia terus wujud dengan idea-idea yang baru, terutamanya dalam bidang teknologi komunikasi,
so, harus ke kita perlu berpandangan cetek seperti
"Ada ke pelanggan yang akan membeli produk kita secara dalam talian sebab ramai juga yang telah menjalankan bisnes online?"
jadi
abaikanlah anasir-anasir negatif tu, dan kita terus buat apa yang dirancang
...........................Titik Nokhta...............
Panjang pulak mukadimah si keladi tua dan ganyut ni, tak pe abaikan, sekarang yang penting keladi nak share kat korang, yang sememangnya mencari langkah dan cara menjana pendapatan tambahan melalui online,
sebelum keladi pergi panjang lebar, sebenarnyakan korang, keladi suka sangat mengikuti video si En. Irfan Khairi dalam youtube, banyak informasi dan tip yang sangat berguna dan boleh kita praktikkan dalam projek menjana pendapatan kita nanti, rasanya korang pun sudah tau, tak payah keladi nak cerita panjang lebar, nanti takut pulak tersilap taip, malu pulak rasanya, keladi dengan jutawan internet tu.
Baiklah jom kita kaji, langkah 3P yang disarankan oleh En Irfan Khairi dalam menjana pendapatan tambahan melalui online
Produk ( P)
Mencari produk yang betul-betul kita minat
maklumlah, lepas balik kerja tu, confirm penat, jadi jika kita jual atau melakukan sesuatu perkara tu, bukan berdasarkan minat, jawapannya, hanya sekerat jalan jelah, jadi apa yang kita minat tu, cuba cipta sesuatu kelainan, supaya produk kita tu, nampak unik dan ada keistimewaannya yang tersendiri daripada produk yang sedia ada
Hemmm, keladi tengah fikir apa yang menjadi minat keladi erkkk!
keladi suka bercucuk tanam, boleh ke keladi cari produk berdasarkan minat tu??
Platform ( P )
Platform = Tempat untuk kita memasarkan produk yang ingin dijual, dan kita tau menggunakan medium tersebut, yang ini saranan yang korang semua tau kot, dan lagi hebat daripada keladi, yang lebih malang keladi cuma tau guna blog je, media sosial yang lain macam agak ketinggalan pulak, tapi tak mengapa, dimana ada kemahuan disitu ada jalan,
dah orang tua-tua kata, usaha tangga kejayaan
jadi gunakan sepenuhnya kemahiran dalam berblog untuk memasarkan produk.
Promosi ( P )
P yang terakhir telah digariskan oleh En Irfan Khairi adalah, promosi, yang ini memang betul, jika tiada promosi bagaimana produk kita tu boleh diketahui umum, maka perlu promosi yang besar-besaran supaya kesan pembujukan tu sampai kepada pelanggan-pelanggan kita nanti,
jadi keladi kalo di blog ni bagaimana untuk mencari publisiti yang lebih supaya ramai orang yang datang ke blog?
Tak payahlah keladi nak cerita, sebab blog keladi ni masih kurang trafik nye, tapi yang pasti perlu cari kaedah promosi yang bekesan dalam mempromosi produk tu, sebab, tak semestinya, medium yang kita pilih akan memberi kesan keutangan yang besar, sebab kita mengikut cara mereka yang sudah berjaya secara membuta tuli, dan yang pasti cuba mencari sesuatu kelainan yang lebih kreatif dalam memperkenalkan produk kita itu nanti.
dan En Irfan Khairi pun mengajak kita yang berminat sangat untuk menambah pendapatan secara online dengan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh syarikat beliau IKSB
Tapi korang tak perlu risau, yang jauh tu,
sebab, tengok jer youtube dan sidang live di tanya IK Live, macam keladi selalu buat,
rasa sudah berbakul-bakul ilmu yang keladi pelajari
berkaitan medium online berpotensi dalam menajana pendapatan online daripada beliau, jadi tak salah rasanya keladi share pulak kat korang semua
Keladi ingin mencuba perniagaan online
dalam segmen hari selasa di blog keladi
*Jika ada pandangan dan pembetulan boleh hantar maklumat diruang komen, pandangan dan cadangan adalah amat bermakna untuk saya, entri ini ditulis adalah untuk segmen di blog keladi pada hari selesa, dalam untuk topik minggu depan apa ya yang menarik dalam bidang perniagaan ni, tunggu..
No comments:
Post a Comment