Monday Blues : Nilai yang perlu ada dalam pekerja

Hello pembaca blogku yang sudi singgah sebentar di entri ini
Terima Kasih ya,

Seperti biasa
Hari ini, blog keladi akan buka segmen yang bertajuk 
Monday Blues

Upssss!!!, segmen ini untuk blog ini je, belum buka penyertaan kepada rakan-rakan blogger yang lain, maaf ya, mugkin akan datang keladi akan minta korang join sekali dalam perbincangan ini,
dan boleh menambah follower

#Monday Blues

Tetapi

Keladi megharap sangat

Korang boleh turut serta dengan menghantar komen-komen yang membina dan positif dalam bidang kerjaya, andai ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi kepada pembaca, harap boleh linkkan artikel korang tersebut di ruang komen entri ini,


Terima Kasih sekali lagi ya,

..................Titik Nokhta...........

Baiklah, untuk segmen Moday Blues kali ini keladi nak gariskan nilai-nilai yang perlu ada dalam setiap pekerja.

Maklumlah kadang-kala, motivasi kita ini tak selalunya kekal, 
aura positif tu tak semestinya akan ada dalam diri kita sentiasa, kekadang tu boleh hilang, emosi bekerja pun terganggu
dan akibatnya, mulalah malas nak buat kerja
kerja pun jadi bertangguh
banyak kerja yang disiapkan sambil lewa
Kualiti kerja kurang
tertekan dengan bebanan
dan yang lagi teruk
marah-marah tak tentu pasal
tambahan jika pekerjaan kita tu banyak deal dengan pelanggan
habislah jika moody!!!

Jadi Bagaimana nilai ini perlu ada dalam diri pekerja dan kita akan sentiasa mendapat aura positif ketika kita bekerja?

keladi ambil nilai ini daripada seminar yang keladi telah hadir minggu lepas, dan rasanya tak rugi jika keladi kongsikan kepada korang semua

Jom Kita tengok nilai-nilai tersebut

MONDAY BLUES : NILAI YANG PERLU ADA DALAM PEKERJA
Nilai kerja yang perlu ada dalam pekerja

1
EXPERTISE

Mahir dalam bidang kerja yang dilakukan, 
ohhh macam mana tu, adakah kerja yang kita lakukan hanya boleh dibuat oleh orang yang betul-betul mahir?
Saya ni fresh graduate, tak ada peluanglah macam tu, nak touch kerja
ayoiiii, tolong lah saya nak belajar, kalo tak belajor macam mana nak mahir

otak jangan kolot!!!

Mahir dalam apa yang dilakukan, maksudnya, kita buat kerja tersebut setiap hari, takkan ler selama-lamanya tak pandai-pandai, 
contohnya

ko buat kerja itu sudah hampir 2 tahun tapi kualiti masih ditahap freshie...so sendiri mau ingat lah beb,

Mahir itu perlu, semakin lama kita lakukan sesuatu kerja itu, semakin mahirlah kita dengan apa yang dilakukan. 

Jadi

Bila rasa ada mahir dalam kerja kita pun mudah untuk melakukan kerja,dan rasanya akan ada semangat untuk buat kerja, sudah tentulah kualiti kerja kita pun meningkat,

Bagi mereka yang dah expert tu jangan pulak berlagak dengan pekerja yang baru...perlu
tunjuk ajar ku sifu...

2
INTEGRITI

ohhh...yang ini rasanya tak perlu di ceritakan panjang lebar kot,
korang pun sudah tau
nilai integriti dalam kerja yang perlu ada dalam diri kita

tau ke apa maksud integriti tu?

jap ya...jangan blame diriku dan kata 
alah...ko tu berlagak alim je, kononya nak jaga keberkatan rezeki
berpura-pura depan bos
poyo je...kononnya datang awal....
pekerja cemerlang lah kononya
haikkk tuihh!!!!

Hello...jangan nak mengutuk tak tentu pasal ya,

kita tau kerja kita, kita tau peraturan yang telah di buat oleh syarikat kita bekerja,
jadi 
Kenapa kita tak nak ikut dan melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan

Mana sifat integriti kita dalam bekerja?

Korang dah tau maksud integriti tu

saja keladi kiaskan maksud integriti

dalam ayat diatas tu

3
BEST PEOPLE

Orang terbaik 
adalah 
pekerja terbaik

apa maksud ko tu?

Pekerja yang cemerlang adalah dikalangan orang yang mempunyai sikap yang terbaik

ehhh!! macam tak logik pulak!!

pekerja cemerlang tak semestinya dia cemerlang pada kerja

mugkin 

dia seorang kaki bodek

dia seorang kaki ampu

Bagimana boleh dikatakan pekerja terbaik datang daripada orang yang baik?

Maksudnya disini adalah

walaupun kita ini tidak dipandang kerja yang dilakukan oleh pihak atasan tetapi kita tetap melakukan tugasan tersebut dengan cemerlang

sebab kita adalah orang yang baik

Cuba kita ni seorang yang busuk hati

iri hati

kaki ampu

dan 

sewaktu dengannya

adakah kita bersungguh dalam melakukan kerja jika tiada apa-apa pujian atau penghargaan yang diberikan?

Kesimpulannya, perlu menjadi orang yang terbaik

4
SAFETY FIRST

Aikk!!!...ada kaitan ke dengan kerja ke

kenapa perlu utamakan keselamatan?

kerja kitaorang duk kat dalam ofis jer
 hello keladi yang tua dan ganyut ni
apa kaitan keselamatan dengan meningkatkan motivasi kerja

Yup perlu diutamakan

Keselamatan di tempat kerja

Pergi dan balik kerja

jangan asyik bekerja je, lihat apa yang dirasakan boleh mengakibatkan kemalangan,

contohnya lahkan,

Tangga ataupun lantai di ofis tu boleh mengundang kemalangan

Jika berlaku kemalangan kita tergelincir ke

terjatuh ke, confirm akan beri impact pada kerja kita nanti

jika sudah sakit bagaimana untuk menjalankan tugas dengan sempurna?


5
PERFORMANCE

yang ini korang sudah tau kan, bagaimana untuk meningkatkan prestasi kita ketika bekerja, takkan lah sudah lama bekerja asyik dengan tahap memuaskan je, bila nak sampai cemerlang nya,

entah ler ko keladi

dalam berblog ni pun perlu ada pencapaiannya

dan tunjukkan prestasi dan persembahan yang terbaik barulah blog ko tu akan diingati dan diterima

jika dalam bekerja pun, perlu sentiasa bersemangat dan buat yang terbaik

6
CUSTOMER FOCUS

ohhh....yeahh!! yang ini sangat penting
terutamnya memang tempat kerja kita tu,yang utamanya adalah berurusan dengan pelanggan
jadi perlu menjaga nama baik syarikat kita
supaya tak ler nanti akan menjadi buah mulut dikalangan pelanggan
dan ini akan memburukkan lagi nama syarikat yang kita bekerja tu, jika tingkah laku dan penerimaan kita terhadap mereka seperti acuh tak acuh je
jadi 
sentiasa beri yang terbaik dan menjaga mutu dan kualiti terhadap service yang kita berikan untuk pelanggan syarikat kita
jika ramai pelanggan yang suka terhadap sercive yang diberi, tak rugi mugkin hujung tahun, dapatlah bonus.

7
TEAMWORK & COLLABORATION

tak payah kata apa-apa, kerjasama dan kerja dalam pasukan adalah utama dalam semua perkara yang kita lakukan, maklumlah kita ni manusia, memang mugkin pada diri kita rasa hebat dan boleh buat sendiri kerja-kerja tersebut, tapi pernah tak kita terfikir andai kerja yang kita ingin lakukan tidak boleh dilakukan ketidakcukupan tenaga, jadi memang perlu bantuan daripada rakan setugas yang lain, masing-masing ada kemahiran dan bakat
takkan semuanya kita nak sapu kot
nampak sangt membodek
dan yang penting pengkhususan kerja kan lebih memberi kegembiraan kepada kita, taklah kita tertekan dengan kerja yang terlalu banyak
nasib baik ada yang akan menolong kuranglah stress tu.

Habis setakat 7 point je yang keladi bagi, sebenarnya, setiap point tu korang boleh oleh sendiri dengan cara fahaman korang, yang keladi ulaskan tadi adalah pemahaman keladi sendiri, ketika seminar tersebut taklah diulas seperti apa yang keladi taip, cuma apa yang keladi faham, kongsilah kat korang,
asalkan korang faham

jangan lupa, ada yang menarik dan dikira boleh dikongsi

hantar komen ya

nanti keladi baca 

Segmen Monday Blues


keladi








Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com