Penggantungan Biasiswa JPA Untuk Pelajar Cemerlang?

Penggantungan Biasiswa JPA Untuk Pelajar Cemerlang?


Datuk Wee Ka Siong telah membangkitkan isu biasiswa JPA dibekukan dalam Mesyuarat Kabinet semalam berikutan  dalam beberapa aduan pelajar cemerlang
Sumber internet : www.keladionlie.com, 

Dalam pada keladi malas nak menulis blog, maklumlah minggu bisu katanya berblog pada minggu ini, tangan gatal pula untuk menaip  berkiatan  cerita kerajaan telah membekukan tajaan untuk Biasiswa JPA bagi pelajar yang cemerlang.

Waktu zaman keladi muda-mudi dulu, biasiswa inilah yang menjadi rebutan setiap calon lepas SPM, Matrikulasi/STPM dan sewaktu dengannya, maklumlah nak masuk U, time tu perlu struggle dan anak kampung macam keladi ini memang perlukan biasiswa, Jadi kiranya, biasiswa menjadi impian untuk direbut dikalangan pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, mereka yang dapat tu kiranya bertuahlah ya, memang menjunjung surat tu, kalo boleh nak mencanang satu kampung, maklumlah bila dapat biasiswa ini, bukan saja dapat penajaan untuk belajar nanti, tetapi mengikut firasat kami, bila dah dapat biasiswa dibawah tajaan JPA, confirm pekerjaan nanti terjamin.

Betul ke pekerjaan nanti akan terjamin jika kita dapat biasiswa JPA ini,

Tak pun, time tu budak-budak, asal ada sangkut paut dengan kerajaan, kononya mudah dapat kerja, tapi time tu juga zaman pengganguran besar-besaran, budak cerdik ke, budak 4 flat, budak terlebih aktif ke, si pelajar dekan ke, hemmmm semuanya jadi mangsa tanam anggur, jadi pelajar tajaan JPA ini tetap je akan menganggur, untungnya sebab kita ditaja oleh kerajaan untuk belajar, itu yang jadi keuntungan dan tak payah fikir untuk bayar balik duit penajaan tu. Untuk dipendekkan cerita lepas keladi habis belajar, nasibnya sama juga buka ladang anggur, tapi nasib baik rezeki menyebelahi keladi. Dapat juga kerja makan gaji, bak kata orang kolar biru, itu kisah keladi

Tapi sekarang ini,

 keladi baca di laman sosial yang kementerian telah menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk Ijazah dan bursari Kementerian Pendidikan bagi Program Pra-Universiti, jadi apa natijahnya nanti,
bagi keladi memang tak ada kesan keatas diri ini, kerana keladi sudah tua dan zaman berebut-rebut biasiswa pun sudah berlalu, jika tergerak dan gatal sangat nak sambung belajar pun guna jelah simpanan tu ataupun KWSP, tapi kesiannya nanti dekat adik-adik keladi nanti, yalah, kos sudah semakin meningkat, persaingan semakin tinggi, ramai yang cerdik dan pandai, jadi mugkin dengan pergantungan ini akan menjatuhkan semangat mereka untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

 Jadi apa kaitannya dengan biasiswa ni dengan semangat untuk sambung belajar?

Macam tergantung pulak cerita keladi inikan, sebenarnya, selain biasiswa pelajar-pelajar yang sedang mencari penajaan boleh je buat pinjaman dengan pihak PTPTN atau pun mungkin sekarang ini pihak bank juga ada menawarkan pinjaman pelajaran, yang jadi tak berminat adalah perlu pulangkan balik, ya, sampai ke anak cucu kot tak terbayar nanti, fikir punya fikir nanti samaada nak buat pinjaman ke untuk belajar ?, lepas habis study nanti confirm mereka akan cari dan paksa membayar pula walaupun, gaji time tu cukup-cukup makan je, memang biasiswalah yang menjadi rebutan.

Kenapa keladi nak melalut ni, #saja nak panjangkan entri,

Malas keladi nak cerita panjang nanti takut pula di banned oleh kerjaan Malaysia, tapi sejujurnya keladi katakan hanya boleh kesian kepada mereka-mereka yang tidak akan dapat meresai biasiswa kerajaan lagi lepas ini, dan kesian juga kat kita-kita yang membayar cukai bagai nak gila ni, mana perginya duit-duit cukai tu, setahu keladi JPA pun telah membekukan pengambilan pekerja sejak tahun 2011 lagi, jadi apakan daya kitalah jadi mangsa, dan adakah kerajaan Malaysia benar-benar tak ada duit?, tepuk dade tanya kat pak menteri ya.

Baiklah sebenarnya isu ini memang ada yang tak gembira terutamanya pada mereka yang betul-betul cemerlang dan memerlukan biasiswa untuk menyambung pelajaran, tapi, saja keladi nak katakan korang jangan bersedih dan terus bersemangat untuk meneruskan pengajian, dan ada rezeki yang menanti, dulu-dulu ustazah keladi kata, orang yang menutut ilmu ni Fiisabilillah, berjuang di jalan Allah, jadi jangan patah semangat untuk terus berjuang, mugkin ada biasiswa lain yang boleh di mohon.

BERITA SEPENUHNYA BOLEH DIBACA DISINI

Penggantungan Biasiswa JPA Untuk Pelajar Cemerlang?


Secara kesimpulannya, tak payah lah keladi nak menghuraikan cerita panjang lebar, takut ada yang tak puas hati nanti, cuma apa yang diharapkan ekonomi kita akan terus berkembang dan nilai mata wang kita akan terus mengukuh dengan kadar inflasi yang tidak akan terus meningkat, dan doa kita untuk yang terbaik bagi ekonomi Malaysia,  yang pasti kita mengharapkan sesuatu yang terbaik juga daripada pihak kerajaan.









No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com