Perancangan Blog untuk tahun 2016, Gagal ?

Perancangan Blog untuk tahun 2016, Gagal ?

Blog keladi tengah sakit
ada masalah  pada bloglist, selalu je keladi update tapi entri yang terkini di update tu tidak tersenarai dalam bloglist pulak, hanya entri yang sama membeku di senarai bloglist rakan-rakan.

Blog keladi perlu rawatan secukupnya, aduhai keladi pulak sibuk dengan kerja yang bertangguh tak sempat nak godek-godek apa sebenarnya virus yang berada didalam blogku ini,
Siapakah yang boleh menolongku ini
terima kasih ku ucapkan,

Kita tinggal dulu pasal keluhan keladi berkaitan penyakit blog keladi tu, ada blogger yang lain kata ada masalah pada feedburner keladi, dan mugkin perlu di godek-godek lagi,
entahlah malas nak fikir panjang, keladi seperti biasa tinggalkan dulu, masalah ini dan teruskan berblog.

Apa kaitannya dengan perancangan blog untuk tahun 2016, dan gagal pulak tu, tahun 2016 ni baru je 3 minggu berlalu ?
Apa sebenarnya yang nak engkau cerita dekat pembaca-pembaca blog ni?

Hemmm, ayat yang aku tulis kat atas pun sudah nampak yang sebenarnya kepala aku dalam kekusutan, saya minat berblog, dan saya nak berblog, tapi perancangan yang aku buat untuk blog di tahun 2016, nampak macam nak gagal je!'

sebab dan alasan yang aku rasa perancangan tersebut gagal adalah

1.
Tiada masa untuk hasilkan artikel dan entri yang bermanfaat 

2.
Terlalu tertumpu pada topik yang kurang menarik

3.
Tiada daya tarikan yang eklusif dan menarik

4.
Tidak mendapat sambutan daripada rakan-rakan blog

5.
Terlalu banyak idea yang ingin ditulis sehinggakan tiada arahan tujuan, isi dalam entri lintang pukang

wow sebenarnya keladi nak gariskan dan taip banyak lagi penyebab-penyebab yang keladi rasakan perancangan blog untuk tahun 2016 akan gagal
tapi
sebenarnya korang tau ke apa perancangan keladi untuk blog di tahun 2016 ?

Perancangan keladi untuk blog pada tahun 2016 adalah,  setiap hari  ada segmen yang dibuat, contohnya, hari Isnin keladi ingat nak tulis berkaitan motivasi kerja, jadi segmen pada hari itu dinamakan Monday Blues, seterusnya, hari selasa, kononya nak buat segmen kewangan, segala berkaitan kewangan keladi kongsi pada hari selasa dan seterusnya pada hari-hari berikut akan ada segmen yang dibuat oleh keladi tapi masalah yang dihadapi, keladi taK BOLEH istiqamah dalam apa yang dirancang

Kesimpulannya perlu buat perancangan lain untuk kemajuan diri didalam dunia blog

tapi

Apakah perancangan terbaik untuk blog di tahun 2016 ?

hanya kerajinan yang boleh menjawab


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com