Sajian filem hollywood 2016

Apa yang keladi nak tulis ini, kiranya untuk first entri ditahun 2016,
#kata nak jadi blogger yang popular lagi meletop ditahun ini, mampu ke ko nak berangan, confirm naik meluat orang membaca entri ko ni.

Baiklah keladi malas nak bercoleteh panjang, nak terus ke point yang sebenarnya, fikir punya fikir, keladi rasa untuk entri pertama ditahun 2016, keladi nak listkan filem-filem hollywood yang bakal ditayangankan pada tahun ini.
Pastinya pada tahun ini, industri perfileman Hollywood bakal menyajikan deretan filem hebat yang sudah tentu tidak mengecewakan penonton.
Jadi
Kiranya kenalah buat bajet untuk menonton filem-filem ini.

1
KUNG FU PANDA 3
Tarikh Tayangan : 29 Januari
Bapa Po muncul kembali dalam kehidupannya selepas menghilangkan diri untuk tempoh lama.
Anak-beranak itu kemudian memulakan perjalanan mereka ke sebuah tempat rahsia dan berkenalan dengan banyak panda dengan pelbagai watak.
Namun ancaman penjahat Kai menyebabkan Po berdepan cabaran besar apabila dia dikehendaki melatih semua panda mahir dalam seni Kung Fu.
Filem animasi ini masih mengekalkan pelakon suara utama seperti Jack Black sebagai Po, Angelina Jolie, Dustin Hoffman, Jackie Chan, Seth Rogen, Lucy Liu, David Cross dan James Hong

2
DEADPOOL
Tarikh Tayangan : 12 Februari
Watak Deadpool atau Wade Wilson Lakonan Ryan Reynolds pernah muncul dalam filem X-Men Origins : Wolverine pada 2009
Dengan pelakon sama Deadpool kini tampil dengan filemnya sendiri
Filem berdasarkan watak dalam komik terbitan Marvel Comics ini mengisahkan bekas anggota pasukan khas Operasi, Wade Wilson yang menjadi bahan kajian sebuah organisasi.
Berikutan itu, Wade memiliki kuasa luar biasa, namun berdepan masalah mental.
Menggelarkan dirinya sebagai Deadpool, Wade menjejaki lelaki yang memusnahkan kehidupanya.
Deadpool juga dikenali sebagai watak yang gemar membuat jenaka

3
CAPTAIN AMERICA: Civil War
Tarikh Tayangan : 6 Mei
Sekuel kepada Captain America : The Winter Soldier ini menyaksikan Steve Rogers lakonan Chris Evans kembali beraksi dan mengetuai pasukan Avengers.
Satu kejadian berlaku menyebabkan kerajaan campur tangan sehingga pasukan itu terbahagi kepada dua kumpulan yang dipimpin oleh Steve dan Tony Stark (Robert Downey,jr)

4
TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES: OUT OF THE SHADOWS
Tarikh Tayangan-3 Jun
Saksikan Megan Fox kembali beraksi dengan super hero kura-kura terkenal Raphael, Michelangelo, Donatello dan Leonardo menyelamatkan dunia dari ancaman Foot Clan
Dalam filem ini, mereka berdepan konflik dengan saintis organisasi T.C.R.I, Dr Baxter yang diupah oleh Shredder untuk menghasilkan mutan

5
FINDING DORY
Tarikh Tayangan : 17 Jun
Jika dalam finding Nemo pada 2003, Marlin dengan bantuan Dory mencari anaknya Nemo yang terpisah, dalam skuel ini giliran Dory pula mencari keluarganya.
Lebih menyukarkan keadaan, Dory mengalami masalah ingatan 
Dengan bantuan Marlin dan Nemo, Dory berusaha menjejak kelurganya dalam lautan yang luas

6
INDEPENDENCE DAY-RESURGENCE
Tarikh Tayangan : 24 Jun
Filem ini adalah sekuel kepada Independence Day yang ditayangkan pada 1996
Mengisahkan kehidupan manusia selepas peperangan dan kedatangan semula makhluk asing yang mahu menjajah bumi selepas gagal sebelum ini
Kecuali Will Smith, ia masih mengekalkan pelakon asalnya seperti Jeff Goldblum, Bill Pullman dan Judd Hirsch
Turut berlakon ialah Liam Hemsworth, Vivica A Fox dan Brent Spiner
Dalam filem epik ini, manusia menggunakan teknologi makhluk asing untuk melindungi bumi daripada ancaman luar
Namun, bagaimana manusia berlawan dengan makhluk asing yang sudah tentu memiliki teknologi jauh lebih canggih.

7
WARCRAFT
Tarik Tayangan : 10 Jun
Warcraft diadaptasi daripada permainan video ciptaan Blizzard Entertainment.
Peminat Warcraft kini dapat melihat karakter permainan, makhluk Orcs dan manusia bertempur demi memiliki kuasa mistik Azeroth
Filem arahan Duncan Jones ini dibintangi Travis Fimmel, Paula Patton , Ben Foster dan Dominic Cooper

8
X-mAPOCALYPSE
Tarik Tayangan :27 Mei
Dalam filem X-men : Days of future past pada 2014, X-men berjaya menyelamatkan manusia daripada di musnahkan robot Sentinels
Kali ini, barisan hero komik Marvel ini berdepan ancaman baru dari Apocalypse, mutan paling digeruni manusia pada zaman purba
Kecewa melihat manusia pada era moden, Apocalypse mula merekrut beberapa mutan termasuk Magneto untuk mencipta dunia baru
Namun, X-men kali ini tampil tanpa watak ikoniknya iaitu Wolverine lakonan Hugh Jackman.

9
BATMAN VS SUPERMAN : DAWN OF JUSTICE
Tarikh Tayangan : 25 Mac
Bagi peminat Batman, pasti ramai tidak sabar untuk menonton Ben Affleck sebagai Batmab dan Bruce Wayne.
Ada yang mengkritik Affleck tidak sesuai membawa watak Batman sebagaimana yang pernah dibawa oleh Michael Keaton, Val Kilmer, George Clooney dan Christian Bale sebelum ini.
Paling menarik dalam filem ini pastinya kerana aksi Batman dan Superman dalam sebuah filem
Bagaimanapun, berdasarkan trailer filem ini, kedua-dua 'super hero' ini tidak sehaluan dan melihat pihak lawan sebagai ancaman terhadap dunia
Filem arahan  Zack Snyder ini pada asalnya adalah sekuel kepada Man of steel. Turut muncul dalam filem ini ialah Wonder Women lakonan Gal Gadot
Seperti dalam filem Man of steel pada 2013, Henry Cavill kekal sebagai Superman dan Clark Kent.

10
ASSASSIN'S CREED
Tarikh Tayangan : 21 Disember
Biarpun tayangan filem ini masih lama lagi, peminat sudah tentu tidak sabar melihat karakter permainan video ini beraksi di layar perak.
Diarahkan Justin Kurzel, filem adaptasi permainan video popular ini dibintangi Michael Fassbender dan Marion Cotillard
Mengisahkan sebuah masyarakat rahsia yang digelarkan sebagai The Assassins berdepan dengan The Knights Templar
Menariknya, karakter baru , Callum Lynch dicipta khas untuk filem ini  dan dilakonkan oleh Fassbender





No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com