Tazkirah di Keladi Blog : Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat

Hello rakyat-rakyat seluruh dunia sekelian!'

dan 

Salam bagi mereka yang beragama Islam!'

Keladi ko ingat blog ko ni international, satu dunia faham apa yang ko tulis tu?

Hello pengkritik tetap yang tak mampu nak kat apa-apa, ini blog keladi, suka hati akulah nak sapa sesiapa,, lantaklah mereka-mereka yang tak faham

Blog ini untuk orang yang faham je,

Mungkin dekat dunia ada yang tahu  

Bahasa Kebangsaanku

Jadi

Biarkanku ucapkan salam satu dunia

Dalam

Bahasa Melayu

Tapi

Bahasa kedua tu penting juga ya!!

Keladi ko jangan nak merepek dan merapu lagi

apa sebenarnya yang ko nak story dalam entri ini?

Hari Jumaatlah, keladi bukan nak kata diri ini ustaz ataupun pakar motivasi, tapi secara jujurnya setiap umat didalam dunia ini perlu menjadi pendakwah, sungguhpun dia tidak mampu berdakwah untuk orang lain, tapi diri sendirikan ada.

Hebat sangat lah ko ni, 

Errkk!! bukan nak tunjuk alim ya, maklumlah manusia ni kadang-kala suka berfikiran negatif terhadap isu-isu yang dianggap islamik

asal orang tu melakukan solat je, di panggil ustaz

asal orang tu rajin je ke Masjid di panggil Pak Imam

asal orang tu bawa Quran, lain je di pandang

errkkkkk, maaf keladi sudah beralih topik pulak, jangan lari yang pembaca yang budiman, keladi sebenarnya nak bukak topik berkaitan Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat

Keladi buat salingan sikit tadi berkaitan cara pandangan manusia terhadap mereka-mereka yang sudah beralih kepada cara kehidupan yang lebih islamik ni

Mulai Tahun 2016, apa kata saya dan semua manusia kat dunia ini berubah terhadap anasir-anasir negatif tu, andai ada rakan-rakan kita yang telah kembali ke panggal jalan kita terus doakannya untuk terus kekal pada kebaikannya itu


..........................TItik Nokhta..........................

Sambung semula topik utama kita, Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat, 

Aduhai, bosan sangat lah nampaknya topik yang ko bawak ni, 
semua orang sudah tahu apa yang kutamaan dan keistimewaan hari jumaat

Tolonglah ya, pembaca-pembaca blog ko ni akan lari dan tidak akan kembali untuk membaca blog ko semula

Hello, pengkritik yang ku kagumi, dan korang jangan lari tau untuk baca topik ini, keladi tau topik ini agak biasa didengari, mugkin jika korang ada topik yang lebih mencabar untuk keladi simpulkan di blog ini, beritahu ya, diruang komen tu, kot keladi boleh cuba simpulkan, jika ada keladi tersilap ke aya-ayat yang di copy atau di taip, mohon untuk perbetulkan, maklumlah keladi adalah insan biasa yang menumpang kasih kat pembaca-pembaca blog, siapa keladi tanpa korang...

ehwahhh! ehwahh! ehwahh!
Jangan nak meraih simpati
teruskan tazkirah ko itu

Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat

Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:

Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam

Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.

Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.

Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.

Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”


                                                         Hari Bagi Kaum Muslimin

.
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid
 mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang 
mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)


Penghulu Segala Hari
.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan
 ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata,“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)

........................Salam Hari Jumaat yang penuh Barakh....................

Keladi ambil maklumat daripada sumber internet ya, jika korang nak baca selanjutnya boleh terus menerjah ke blog-blog yang memberi tazkirah berkaitan hari jumaat yang penuh dengan kemuliaan ini.

Keladi tahu hari ini adalah penghulu hari, 

Keladi tahu hari ini juga, Allah akan memakbulkan doa kita

Keladi tahu hari ini, amalan baik yang dilakukan akan dilipat gandakan

Keladi tahu, hari ini kita perlu banyak bersedekah dan berzikir

dan

Semua orang tahu hari ini adalah kemuliaan hari bagi umat islam

tapi kadang-kala Kenapa kita buat tak tau je, kenapa juga keladi hanya sibuk untuk mengejar kebendaan dunia sehingga terlupa, sesuatu yang bernilai pada hari kemuliaan ini

Entri ini sekadar paduan dan pedoman untuk kita sama-sama menjadi umat yang terbaik di dunia dan di akhirat

Doa untuk keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia

Amin




No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com