Wasabi Rice Wrap KFC kurang Sedap?

Nak makan dimana?

Hello pembaca-pembaca blogku yang dikasihi,

Ada ke peminat blog ko ni!!!

#entah lerr

Baiklah tak payah buang masa, hari sabtu jadi untuk permulaan segmen diblogku ini

Nak makan dimana?

Keladi nak ke KFC

Alahai tak de tempat lain ke, kfc  dah tak macam dulu, ayam berminyak, tak sedap, kurang umphhhh!!!!
Entah apa-apalah
Sangat mengecewakan

Hello pengkritik sekelian, tak semua KFC menyediakan ayam yang berminyak dan kurang sedapnya, jangan kerana nila setitik ko buat kesimpulan terhadap semua KFC di seluruh dunia

Aku tak nak cerita panjang pasal KFC yang agak mengecawakan tu

Tapi

Aku nak ke KFC sebab nak makan Wasabi!

wasabi rice wrap kfc
Wasabi Rice Wrap KFC



Aikkk!! Kat KFC ada wasabi

Ni KFC mana?

Kat Jepun ke

Taklah kat Malaysia

Lepas je aku tonton bultien utama kat tv3 tu, adalah iklan pasal KFC dengan resepi barunya itu, aku tengok iklan macam menyelerakan pulak, maklumlah, aku tak pernah pun makan wasabi, cuma pernah dengar jelah dan aku ada tengok wasabi kat supermarket tapi aku tak tau nak makan dengan apa.

Jadi,

Kesimplannya keesokan harinya aku terus ke KFC untuk dapatkan 

Wasabi Rice Wrap

aku tak pergilah pagi-pagi, nampak sangat macam menipu

Okey, sesampinya keladi di Restoran KFC, Sea Park, Petaling Jaya terus order kat kakak kaunter yang masam bercuka muka, hai kakak cubalah ko tu senyum sikit kat pelanggan-pelanggan, aku tau lah aku ni bukan artis popular yang hot.

Aku tinggalkan kisah pasal kakak kaunter KFC yang muka masam bercuka tu, malas nak cerita panjang

Niat hati nak makan Wasabi

Sambung cerita aku pasal nafsu makan terhadap wasabi, keladi ambil pakej combo, harganya RM 8.90, dapatlah kentang goreng dan air mountien dew, rasa kenyang dengan pakej ini untuk lunch, korang pun boleh je beli wasbhi wrap sahaja harganya hanya RM6.90

Wahhhh mampu milik..

Memang pun harga kesemua makanan di KFC, mampu milik,
Tak mahal sangat dan taklah murah sangat

Tapi awas yer

Makan hari-hari boleh jadi gemuk

Sambung semula pasal wasabi rice wrap, kiranya keladi berpuas hati dengan new resepi ini,ohh baru tau bila makan wasabi ni hidung macam terasa, entah ler, tak tau perkataan apa yang boleh ditaip, kalo korang nak tau, cuba jelah washbi rice wrap ni tak rugi kot

WASABI RICE WRAP KFC
Bungkusan Wasabi Rice Wrap KFC

WASABI RICE WRAP KFC
Sedap sangat ke?


wasabi rice wrap KFC
Wasabi oh wasabi



wasabi rice wrap kfc
Mana Wasabinya?

Tapi yang tak gemar wasabi tu, janganlah mengatakan ketidak sedapan pasal Wasabi Rice Wrap 

Cuba dulu baru tau


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com