Nasib baik sempat pergi awal solat jumaat tadi, rasa tak rugi pulak pergi awal sikit ke masjid tadi, bukan kerana dapat makan kuih dan buah epal, tetapi dapat mendengar tazkirah ringkas, keladi tak pasti pulak ustaz tu daripada mana, sebab sampai je kat masjid tu, tazkirah pun dah bermula, jadi dengar-dengar gitu je!, yup...korang jangan pulak kata keladi ni ngada-ngada, pergi masjid awal pun nak riak!!!, bukan keladi nak riak tapi cuma keladi nak sampaikan ilmu tazkirah yang keladi dengar tadi, jadi kesimpulannya, tak rugi keladi retype semula segala apa yang keladi dapat, dan korang pun boleh mengambil ilmu tersebut untuk diamalkan. Maklumlah, bak kata ustaz dulu-dulu, ilmu sedikit kena amalkan, dan ilmu sedikit juga perlu disebarkan, tetapi penyebarannya perlu ilmu yang betul dan tak ditokok tambah yang bukan-bukan sehingga mengelirukan orang ramai. Jadi sebelum keladi taip semula ilmu-ilmu yang diterima tu, keladi nak kata, point yang dibawah bukan seratus peratus yang keladi dapat di masjid tadi, tetapi, keladi olah semula dan mendapat rujukan daripada internet, jika ada kesilapan atau maklumat yang perlu di perbetulkan, jangan lupa hantar di ruang komen ya,
Langkah menjadi umat islam yang sejati, boleh ke keladi cakap macam tu, hihihihi, tajuk tazkirah tadi adalah bagaimana kita dapat melangkah ke atas dunia ini dengan menjadi seorang muslim yang luar biasa dan seterusnya, langkah tersebut membawa kita ke kejayaan di akhirat, panjangkan tajuknya, kira tu yang keladi ringkaskan menjadi 05 langkah untuk menjadi umat islam yang luar biasa, jadi jom kita perhatikan satu persatu,
05 langkah untuk menjadi umat islam luar biasa
Niat
Niat , segala permulaan langkah bermula dengan niat kita, kita berkerja ada niat, kita belajar ada niat, kita berniaga ada niat, kita bersedekah ada niat, nak diringkaskan semua perbuatan kita bermula dengan niat, jadi apa yang ustaz cakap, yang keladi faham, niat yang baik akan memberi kebaikkan dalam kehidupan kita, dan niat yang buruk, mugkin akan memberi keburukan pada perbuatan kita dan seterusnya akan menganggu kehidupan orang lain, jadi terpulang untuk kita, sama ada niat kita itu betul atau niat kita itu salah, maka sucikan hati dengan mengingati mati.
Rasullah S.A.W, bersabda dalam hadith :
Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar Bin Al Khottob Radiallahuanhu, dia berkata : Saya mendengar Rasullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas ) berdasarkan apa yang dia niatkan. (HR Bukhari Muslim)
Mendoakan saudara seagama
Yang point ini memang keladi dah diajar sejak dulu lagi, time ustazah ajar ngaji dulu, sebelum mula ngaji Al-Quran, kami beramai-ramai mendoa kesejahteraan dan keselamatan semua umat islam di bumi ini, jadi bila dengar tazkirah tadi teringat pula amalan yang dilakukan ketika kecil tu, tapi tulah dah besar ini, sejujurnya, lama sudah tak mengamalkan perbuatan ini, paling tidak pun time ada majlis-majlis rasmi je, barulah berdoa untuk umat saudara seagama, lepas solat kebanyakkan doa untuk diri sendiri dan keluarga, hihihi, untuk perkongsian bersama, jom rakan-rakan kita doa akan keselamatan saudara seagama kita.
Dari Abu Darda ra, bahwasannya ia mendengar Rasullah S.A.W, bersabda : " Tiada seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata: Dan untuk kamu pula seperti itu". (HR. Muslim)
Miliki Ilmu
Point ini selalu diulang-ulang oleh Dr Azizan Osman, #Jangan korang kata tak kenal, ya kalo korang dengar motivasi beliau di youtube, memang banyak beliau kata ilmu..ilmu....ilmu, sangat penting, jadi untuk menjadi umat islam yang luar biasa, ilmu tu sangat penting,
Dan sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu atas orang yang ahli ibadah seperti keutama ( cahaya) bulan punama atas seluruh cahaya bintang. (H.R. Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majjah)
" Barang siapa menginginkan kejayaan dunia hendaklah diraihnya dengan ilmu dan barang siapa menghendaki kejayaan akhirat hendaklah diraihnya dengan ilmu, barangsiapa ingin kejayaan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu" - Iman Syafii.
Mengubah diri sendiri
Ketentuan Tuhan yang menentukan segalanya, dan jika kita mahu kejayaan untuk diri kita, maka diri sendiri yang mesti mengubahnya, biasalah kan perkara ini kita dengar, tapi selalu je keladi salah kan nasib, huhuhuhuhu, selepas ni jangan asik nak salahkan nasib je, ubah, ubah, dan terus mengubah,
Yang ini paling penting dalam kehidupan kita, setiap perbuatan dan perlakuan kita perlu didahului dengan do'a, daripada kecik kot, keladi di ajar untuk berdoa, hihihihi, teringat waktu sekolah dulu, time paling banyak berdoa adalah time exam,wahhh bukan main lagi, belajar sikit je, impian gempak nak straight A's, last-last malas baca buku, berdoa berbakul-bakul kot,hihihihi, itu pengalaman time muda dan remaja, boleh ke buat macam tu....tapi yang pasti doa adalah senjata umat islam,
Lima point je yang keladi sempat dengar betul-betul dan bersedia, yang lain tu, time datang entah tak berapa nak jelas sangat, tak apalah keladi type je point tu tanpa keterangan, semoga ia juga bermanfaat bukan untuk keladi, tetapi untuk semua yang membacanya,
"Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai kaun itu sendiri yang mengubah nasib atau keadaan yang ada pada dirinya" ( QS Ar-Ra'd :11 )Berdo'a
Yang ini paling penting dalam kehidupan kita, setiap perbuatan dan perlakuan kita perlu didahului dengan do'a, daripada kecik kot, keladi di ajar untuk berdoa, hihihihi, teringat waktu sekolah dulu, time paling banyak berdoa adalah time exam,wahhh bukan main lagi, belajar sikit je, impian gempak nak straight A's, last-last malas baca buku, berdoa berbakul-bakul kot,hihihihi, itu pengalaman time muda dan remaja, boleh ke buat macam tu....tapi yang pasti doa adalah senjata umat islam,
"Barang siapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa". ( HR Tirmidzi dan Hakim)
Lima point je yang keladi sempat dengar betul-betul dan bersedia, yang lain tu, time datang entah tak berapa nak jelas sangat, tak apalah keladi type je point tu tanpa keterangan, semoga ia juga bermanfaat bukan untuk keladi, tetapi untuk semua yang membacanya,
- Mengeratkan silaturahhim
- Tawakal kepada Allah
- Selalu bersedekah
- sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang diterima
- Istiqamah dalam perbuatan baik, dan bertakwa kepada Allah
Sedikit sebanyak ilmu yang keladi kongsikan ni, dapat diamalkan bersama, semoga kita menjadi umat islam yang luar biasa pada di dunia dan akhirat serta mendapat tempat disisi Allah S.W.T,
No comments:
Post a Comment