Remy Ishak jual Minyak Wangi ciplak

Hai Bloggers, hari ini cuma nak beritahu je, pelakon yang hot ala-ala hero hindustan tu, " Remy Ishak", dia ada jual minyak wangi namanya Rumi, majlis pelancaran wanginya itu telah dilancarkan pada hari rabu lepas, maaf ya, baru tahu, kalo tahu boleh pergi dan buat liputan, tapi nak buat macam mana, keladi hanya blogger picisan, orang tak akan jemput pun,  okey majlis tu diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, 

so, korang rasa kalo beli minyak wangi Rumi ni berbaloi ke?

Remy Ishak jual Minyak wangi ciplak

Tak nak bercerita panjang berkaitan Minyak wangi yang dikatakan ala-ala baunya macam minyak wangi keluaran Che Ta, tapi telah disangkal oleh En Remy yang juga pemilik Syarikat RISA Team Global (RISA), mengatakan ia adalah satu kebetulan, tapi entahlah, bagi keladi produk minyak wangi ni kadang kala baunya sama je, tapi cuma branding, al maklumlah, keladi pernah nak terlibat dalam bisnes minyak wangi ni, kononnya nak keluar dengan brand minyak wangi nama sendiri tapi bajet tak cukup, kiranya memang mudah uolss, korang hanya plan dengan nama je, nanti kemudian letak jelah nama brand kat minyak wangi tu, dah jadi minyak wangi keluaran sendiri, tak payah nak fikir dan buat experimen bagai untuk cari formula dan pati minyak wangi lain daripada yang lain, itu pasallah bau minyak wangi keluaran artis-artis ni lebih kurang sama je, hello diorang tu ada nama, artis banyak duit pulak tu, confirm bau apa pun, tentu peminat fanatiknya akan beli, untung lah mereka jadi gertis, mudah untuk pasarkan produk, letak je label confirm, laku laris, berbalik pada minyak wangi Rumi  harganya pun dikira boleh dibeli oleh semua golongan iaitu RM49.90 je, dengan kandungannya 35ml.

Menurutnya lagi, Rumi dipilih untuk minyak wangi keluarannya berdasarkan nama wataknya menerusi  drama terbitan Astro iaitu Rumi dan Jawi.

Remy Ishak jual Minyak Wangi ciplak
Sumber Internet : Minyak wangi Rumi
Remy Ishak jual Minyak Wangi ciplak
Sumber Internet : Harga RM 49.90, Minyak Wangi Rumi



Read More...

5 langkah untuk menjadi umat islam luar biasa

Salam persaudaraan rakan-rakan bloggers yang keladi kasihi,

Nasib baik sempat pergi awal solat jumaat tadi, rasa tak rugi pulak pergi awal sikit ke masjid tadi, bukan kerana dapat makan kuih dan buah epal, tetapi dapat mendengar tazkirah ringkas, keladi tak pasti pulak ustaz tu daripada mana, sebab sampai je kat masjid tu, tazkirah pun dah bermula, jadi dengar-dengar gitu je!, yup...korang jangan pulak kata keladi ni ngada-ngada, pergi masjid awal pun nak riak!!!, bukan keladi nak riak tapi cuma keladi nak sampaikan ilmu tazkirah yang keladi dengar tadi, jadi kesimpulannya, tak rugi keladi retype semula segala apa yang keladi dapat, dan korang pun boleh mengambil ilmu tersebut untuk diamalkan. Maklumlah, bak kata ustaz dulu-dulu, ilmu sedikit kena amalkan, dan ilmu sedikit juga perlu disebarkan, tetapi penyebarannya perlu ilmu yang betul dan tak ditokok tambah yang bukan-bukan sehingga mengelirukan orang ramai. Jadi sebelum keladi taip semula ilmu-ilmu yang diterima tu, keladi nak kata, point yang dibawah bukan seratus peratus yang keladi dapat di masjid tadi, tetapi, keladi olah semula dan mendapat rujukan daripada internet, jika ada kesilapan atau maklumat yang perlu di perbetulkan, jangan lupa hantar di ruang komen ya,

Langkah menjadi umat islam yang sejati, boleh ke keladi cakap macam tu, hihihihi, tajuk tazkirah tadi adalah bagaimana kita dapat melangkah ke atas dunia ini dengan menjadi seorang muslim yang luar biasa dan seterusnya, langkah tersebut membawa kita ke kejayaan di akhirat, panjangkan tajuknya, kira tu yang keladi ringkaskan menjadi 05 langkah untuk menjadi umat islam yang luar biasa, jadi jom kita perhatikan satu persatu,


05 langkah untuk menjadi umat islam luar biasa

Niat

Niat , segala permulaan langkah bermula dengan niat kita, kita berkerja ada niat, kita belajar ada niat, kita berniaga ada niat, kita bersedekah ada niat, nak diringkaskan semua perbuatan kita bermula dengan niat, jadi apa yang ustaz cakap, yang keladi faham, niat yang baik akan memberi kebaikkan dalam kehidupan kita, dan niat yang buruk, mugkin akan memberi  keburukan pada perbuatan kita dan seterusnya akan menganggu kehidupan orang lain, jadi terpulang untuk kita, sama ada niat kita itu betul atau niat kita itu salah, maka sucikan hati dengan mengingati mati. 

Rasullah S.A.W, bersabda dalam hadith : 

Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar Bin Al Khottob Radiallahuanhu, dia berkata : Saya mendengar Rasullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas ) berdasarkan apa yang dia niatkan. (HR Bukhari Muslim)

Mendoakan saudara seagama

Yang point ini memang keladi dah diajar sejak dulu lagi, time ustazah ajar ngaji dulu, sebelum mula ngaji Al-Quran, kami beramai-ramai mendoa kesejahteraan dan keselamatan semua umat islam di bumi ini, jadi bila dengar tazkirah tadi teringat pula amalan yang dilakukan ketika kecil tu, tapi tulah dah besar ini, sejujurnya, lama sudah tak mengamalkan perbuatan ini, paling tidak pun time ada majlis-majlis rasmi je, barulah berdoa untuk umat saudara seagama, lepas solat kebanyakkan doa untuk diri sendiri dan keluarga, hihihi, untuk perkongsian bersama, jom rakan-rakan kita doa akan keselamatan saudara seagama kita.

Dari Abu Darda ra, bahwasannya ia mendengar Rasullah S.A.W, bersabda : " Tiada seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata: Dan untuk kamu pula seperti itu". (HR. Muslim)

Miliki Ilmu

Point ini selalu diulang-ulang oleh Dr Azizan Osman, #Jangan korang kata tak kenal, ya kalo korang dengar motivasi beliau di youtube, memang banyak  beliau kata ilmu..ilmu....ilmu, sangat penting, jadi untuk menjadi umat islam yang luar biasa, ilmu tu sangat penting, 

Dan sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu atas orang yang ahli ibadah seperti keutama ( cahaya) bulan punama atas seluruh cahaya bintang. (H.R. Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majjah)

" Barang siapa menginginkan kejayaan dunia hendaklah diraihnya dengan ilmu dan barang siapa menghendaki kejayaan  akhirat hendaklah diraihnya dengan ilmu, barangsiapa ingin kejayaan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu" - Iman Syafii.

Mengubah diri sendiri

Ketentuan Tuhan yang menentukan segalanya, dan jika kita mahu kejayaan untuk diri kita, maka diri sendiri yang mesti mengubahnya, biasalah kan perkara ini kita dengar, tapi selalu je keladi salah kan nasib, huhuhuhuhu, selepas ni jangan asik nak salahkan nasib je, ubah, ubah, dan terus mengubah,

"Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai kaun itu sendiri yang mengubah nasib atau keadaan yang ada pada dirinya" ( QS Ar-Ra'd :11 )
Berdo'a

Yang ini paling penting dalam kehidupan kita, setiap perbuatan dan perlakuan kita perlu didahului dengan do'a, daripada kecik kot, keladi di ajar untuk berdoa, hihihihi, teringat waktu sekolah dulu, time paling banyak berdoa adalah time exam,wahhh bukan main lagi, belajar sikit je, impian gempak nak straight A's, last-last malas baca buku, berdoa berbakul-bakul kot,hihihihi, itu pengalaman time muda dan remaja, boleh ke buat macam tu....tapi yang pasti doa adalah senjata umat islam,

"Barang siapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa". ( HR Tirmidzi dan Hakim)

Lima point je yang keladi sempat dengar betul-betul dan  bersedia, yang lain tu, time datang entah tak berapa nak jelas sangat, tak apalah keladi type je point tu tanpa keterangan, semoga ia juga bermanfaat bukan untuk keladi, tetapi untuk semua yang membacanya,


  • Mengeratkan silaturahhim
  • Tawakal kepada Allah
  • Selalu bersedekah
  • sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang diterima
  • Istiqamah dalam perbuatan baik, dan bertakwa kepada Allah
Sedikit sebanyak ilmu yang keladi kongsikan ni, dapat diamalkan bersama, semoga kita menjadi umat islam yang luar biasa pada di dunia dan akhirat serta mendapat tempat disisi Allah S.W.T,




Read More...

Rahsia kutipan filem Ola Bola Cecah RM 12 juta selepas 18 hari tayangan

Rahsia kutipan filem Ola Bola Cecah RM 12 juta selepas 18 hari tayangan
sumber internet : filem Ola Bola memberikan kesan yang cukup besar kepada industri filem di Negara kita, bukan sahaja kaum cina sibuk bercerita pasal filem ini, tetapi nak ringkaskan cerita, seluruh rakyat Malaysia bercerita tentang filem ini.
www.keladionline.com

Go go go go go go goal............!!!!!!

Siapa tak tengok lagi memang rugi, ala filem Ola Bola tu, baik korang pergi tengok, tak sempat nak ke pawagam nanti tengok kat astro first yunk, 
tak rugi korang tengok filem ni

Go go go go go go go goal !!!!!!!!!

Filem sentuhan pengarah "box-office" The Journey, Chiu Keng Guan, Ola Bola , telah menarik keladi untuk ke pawagam, menonton filem tersebut, sejujurnya keladi nak beritahu kat korang, bila filem melayu keluar je, tak terlintas langsung keladi nak menterujakan diri untuk pergi melabur duit nak tonton filem-filem tersebut, hihihihihi,  maklumlah, biasanya filem daripada Malaysia ini tak banyak yang best, paling koman pun pasal kisah percintaan dan kasih sayang antara dua insan bercinta, dan yang sering menjadi hot adalah cerita seram-sejuk  yang dah nampak jalan cerita nya sama je, makin lama makin bosan pula,mula-mula memang teruja lah nak ke pawagam tengok filem tersebut, tapi kalo dah berkali-kali sama je jalan ceritanya, rasa rugi kot nak pergi tengok, lepas tonton, confirm menyumpah-yumpah pada diri sendiri.

Tak rugi rasanya tonton Ola Bola, tengok trademark si Blont palare @ Rahman, yang kononnya nak jadi pengulas bola sepak terbaik,.....Go go go go goal!!!!  menyebabkan keladi terus teringat-ingat bila menonton perlawanan bola sepak minggu lepas, ala yang piala sumbangsih tu,(  JDT Menang dan kalahkan Selangor), bukan perlawanan tu je, setiap kali terdengar pengulas sukan, mengulas pasal perlawanan bola sepak, teringat pulak trademark tu, memang mantap la, sehingga meninggalkan kesan kat pemikiran keladi, hihihihi, idea yang ditonjolkan dalam filem ini, ada isi tersurat dan tersirat, memang sampai messeage kepada penonton, itu sebabnya dalam masa 18 hari je tayangan filem ini telah mengutip sebanyak 12 juta, wow sesuatu pencapaian yang sangat boleh dibangakan oleh rakyat Malaysia.

Bukan terlalu nak memuji filem ini, walaupun filem ini bukan datang daripada arahan anak Melayu, tetapi tak ada langsung halangan untuk menonton filem ini, kita kan satu Malaysia, dan filem ini pun menunjukkan kita satu Malaysia, ada Cina, Melayu, dan India, dan kaum peribumi yang lain, sama-sama untuk meningkatkan imej dan nama negara di mata dunia. Maaf keladi katakan, mula-mula ternampak promosi tayangan filem ini kat astro, tapi keladi buat bodoh, tak terlintas langsung nak pergi tengok, sebab ingat tak best, bosan, dan banyak garapan idea yang meleleh, jangan mara tau,  yang buat promo pun orang cina, bukan raisis ataupun semangat perkauman tau, tapi ini memang realiti, kalo nak tengok filem,  kita akan pilih filem bukan berdasarkan jalan cerita tetapi tengok siapa pelakonnya, melayu ke cina!!!, dan lepas tu, tengok pelakonnya popular ke tidak  dan yang pasti pelakon tu juga, mesti hot dan menarik, tapi semua tu tak penting untuk filem Ola Bola ni, tak ada pelakon popular dan hebat pun filem ni tetap dapat sambutan, bukan daripada kaum cina saja, tetapi satu Malaysia kot tonton filem ni.

Alamak, termengarut pulak aku ni bercerita pasal filem ni, keladi nak share kejap dekat korang, keladi tengok filem ni pun dah 1 minggu selepas tayangan, lepas tu si sepupu keladi paksa ke pawagam untuk tonton filem ni, mula-mula terfikir jugak, ala best ke, tak bosan ke, tentu aku tidur nanti, hemmm, tak nak rugi aku pun kata, alang-alang ko dah ajak ni, baik ko belanja aku tonton filem ni, hahahahha, akhirnya, selamat duit aku, dalam hati pun kata ala tak rugi nanti, kalo pun cerita tu bosan sebab ada orang sponser, hihihihi, lastnya, lepas tengok filem ni, keladi boleh katakan tak rugi si sepupu keladi tu bayar RM 30 untuk tonton filem ini, keladi rasa nak tengok lagi tapi tunggu je lah kat Youtube, ataupun astro citra tu, huhuhuhu, maklumlah zaman inflasi kan, kena berjimat,

Itu Pengalaman keladi nak tonton Filem Ola Bola, memang peringkat permulaan tu berkira kot, tapi lepas tengok tak rugi kot....go go go go go go Goal !!!!!

10259321_990133564359124_8806907157068607819_n
sumber internet : sebahagian scene yang ditunjukkan didalam filem Ola Bola,
www.keladionline.com
Sinopsis Filem Ola Bola

Kisah Ola bola yang boleh keladi ceritakan setelah menonton filem ini, dengan paksa rela, hihihihi, kisahnya bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malasyia dalam suka bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninnggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir dengan menemui Eric wong, sesuatu yang mengubah tugasannya menjadi lebih menarik mengenai perjalanan pasukan bola sepak negara.

Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. walaubagimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan iaitu Malaysia ketika itu memboikot sukan olimpik di Moscow, maka harapan pasukan bola sepak ketika itu untuk beraksi dalam acara sukan tersebut punah sama-sekali.

Nak tau lebih lanjut, korang perlu tonton, sebab, banyak lagi perkongsian dan jalan cerita yang sangat menarik dan dikira boleh membakar semangat untuk terus berjuang, dan setiap watak yang ditonjolkan juga, mempunyai perwatakan yang berbeza dan tersendiri, jadi jom kita kenali nama-nama pelakon dalam filem ini,

foto sinar online, barisan pelakon Ola Bola
Nama-nama watak dan pelakon yang membintangi filem Ola Bola
  1. JC Chee sebagai Tauke
  2. Luqman Hafidz sebagai Ali
  3. Saran Kumar Manokaran sebagai Muthu
  4. Marianne Tan sebagai Marianne
  5. Haris Mohd Zainuddin sebagai Sanjeet Singh
  6. Eric Teng sebagai Eric Wong
  7. Katrina Ho sebagai Tan Siew Lee
  8. Bront Palarae sebagai Rahman
  9. Taufiq Hanafi sebagai Mohamad Abu
  10. Mark Williams sebagai Coach Harry
  11. Frankie Lee sebagai pengawal keselamatan stadium
  12. Said Sulaiman sebagai Keeper simpanan 

Kisah Team produksi Filem Ola Bola

Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru. Pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014, ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali didalam filem ini hasil gambar selfienya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan didlam resumenya, Pihak produksi telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pengambaran di stadium Merdeka. Filem ini menggunakan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, sebuah set fun fair telah dibina untuk filem ini.

Sambutan penonton terhadap Filem Ola Bola

Bagi keladi, filem ini memang terbaik, maklumat yang keladi terima daripada website wikipedia, sambutan yang menggalakkan telah membawa keuntungan besar pada kutipan jualan tiket filem ini, hanya 13 hari tayangan, kutipannya mencecah 8 juta, dan seterusnya meningkat 12 juta pada hari ke 18, filem ini ditayangkan.

Ulasan dan kritikan terhadap filem Ola Bola 

keladi link kan ke blog-blog ataupun website-website yang menceritakan kisah kehangatan filem Ola Bola ni, supaya mudah korang buat rujukan nanti

Rahsia filem Ola Bola mampu menarik penonton daripada pelbagai kaum di Malaysia
  1. Tema dan jalan cerita yang menarik , menyingkap kisah perjalanan pasukan bola sepak negara pada era 80 an, untuk beraksi di sukan olimpik di Moscow, walaubagaimanapun, filem ini menunujukan kisah kehidupan dan semangat perpaduan adalah kunci utama dalam perjalanan filem ini. kirannya, jalan cerita yang mengimbau kehebatan skuad kebangsaan yang digeruni di peringkat antarabangsa, memang menjadi perhatian, sebab kita semua pasti ingin tahu apa yang berlaku.
  2. Memaparkan kisah lagenda bola sepak yang kita kagumi, bukan sahaja oleh kaum Melayu, tetapi seluruh kaum di Malaysia. Pada ketika itu, kita lihat pasukan bola sepak negara, terdiri daripada pelbagai bangsa, dan bukan saja, kaum melayu, tetapi semua kaum terbesar di Malaysia bergabung, dengan satu misi untuk terus berada di arena sukan antarabangsa.
  3. Kisah didalam Ola Bola juga, adalah inspirasi  berdasarkan pengalaman Dato Soh Chin Aun dan skuad Malaysia ketika misi kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow. Jadi, ia memang realiti yang berlaku sewaktu masa dulu.
  4. Semangat dan cinta akan tanah air, ditonjolkan dalam filem ini, yang lagi best, kita lihat semangat 1  Malaysia di setiap scene, mampu memberi kesan kepada semua kaum terbesar di Malaysia. Cuba lihat pada kehidupan watak utama Tauke, latar kehidupan keluarga beliau, dan pada watak Muthu pulak, bapanya seorang pengusaha buah kelapa, dan kisah semangat adik nya, sanggup bermalam di stadium merdeka, gara-gara ingin menonton perlawanan penentuan ke Sukan Olimpik di antara Malaysia dengan Korean selatan.  
  5. Latar belakang, dan suasana, era 80-an, dengan gaya rambut, Fun Fair, kawasan di stadium Merdeka dulu dan banyak lagi, digarap dengan sangat menarik dan mampu membuat penonton terus terpaku untuk melihat gelagat dan perwatakan ketika zaman tersebut.
  6. Pengarah filem ini juga bijak, menunjukkan rakyat Malaysia bersatu hati dalam menyokong pasukan bola sepak ketika itu, lihat je lah, bila ada perlawanan bola sepak ketika itu, semua kaum menunjukkan minat yang mendalam, dan sepakat sama-sama menyokong pemain, tak kira bangsa. Siap sanggup cari TV dan duduk beramai-ramai menonton aksi perlawanan bola sepak  ketika zaman tersebut.
  7. Lokasi pengambaran yang membuatkan penonton ternanti-nanti untuk terus mengikuti scene dalam filem ini, keladi pun tak nak terlepas lihat lokasi pengambaran dalam filem ini yang digarap cukup kreatif untuk memberi kesan seperti zaman era 80-an.
  8. Pengarah filem yang berpengalaman, point yang ini keladi nak kata, Chie Keng Guan, yang telah berpengalaman dan berjaya mengarap sesuatu yang menarik untuk filem 'The Journey", sehingga mencatat kutipan sebanyak RM17.16 juta, telah melakukan fenomena yang luar biasa untuk filem Ola Bola ini.
  9. Selain itu juga, peranan pelakon, sedikit sebanyak memberi kesan dalam penerimaan penonton, walaupun ada sebahagian pelakon baru, tetapi dengan populariti di Media sosial membuatkan pengikutnya tertunggu-tunggu aksinya didalam filem, dan disamping itu juga, kebanyakan pelakon memang hensem-hensem dan jelitawan, sapa tak nak tengok bro!!
  10. Pemasaran dan promosi filem daripada pelbagai sudut, wahhh yang ini bukan rahsia lagi, rata-rata kaum di Malaysia mengatakan tentang filem ini, jadi semua nak tengok sangat filem ini, apa yang menariknya tu, ringkasnya keladi nak kata promosi dan pemasaran filem ini memang merata tau, tambah pula, zaman media sosial, confirm sampai  maklumat ke semua orang.
Filem ini memang menarik, jom tonton temubual khas di channel ruang cari.info bersama-sama pengarah filem ini ( Link )

Semoga industri filem kita akan terus maju dan berjaya, seperti perjalanan kejayaan skuad bola sepak negara di era 80-an, Kita menang sama-sama, Kita kalah sama-sama!





Read More...

Pilih 3D boleh atasi warga Bangladesh

Putrajaya : Kementerian Dalam Negeri (KDN), bersedia mengurangkan jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sekiranya pekerjaan sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar mendapat sambutan rakyat negara ini.

Utusan Malaysia, 16 Februari 2016, Sofian Baharum

Hai korang semua, terima kasih ya, sempat singgah blog keladi dan membaca artikel ini, sebagai pembuka bicara, keladi saja menyalin dan tampal cebisan berita di Utusan Malaysia, yang jadi hangat dan hot tu adalah cabaran kerajaan kita kepada rakyat Malaysia, Sanggupkah korang semua bekerja untuk sektor 3D tu, yang dikira agak Dangerous, lepas tu sah kerja tersebut juga mengelikan dan sangat Dirty dan yang terakhirnya korang nak ke berpanas dan berpeluh, panjat tinggi-tinggi bangunan tu, pastinya memang agak Difficult, jadi persoalan yang terus berulang pada minggu ini adalah, sanggupkah korang untuk sahut cabaran kerajaan tu, dalam menghalang kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Hello, jangan nak berlagak ya, ni cerita yang telah keladi sendiri alami, keladi pernah kerja sebagai crew di restoran KFC, time tu muda dan remaja uolss, nak pendekkan cerita, kerja crew restoran ni, nampak mudah tapi hakikatnya, memang sangat penat, mana taknya, melayan customer yang datang, macam-macam ragam, time tu keladi duduk kat cashier, dah ler kena berdiri sepanjang jam bekerja, lepas tu menghadapi emosi dengan customer pulak, entah lah, jadi makin tension, lepas tu, selepas seminggu berada di kaunter, supervisor suruh keladi tugas di bahagian punggut-punggut pinggan, kemas meja, dan merangkap basuh pinggan, wahhhh, kali ini lain pulak emosinya dan tekanannya, nampak mudah tapi, hanya yang Maha Berkuasa saja yang tahu, itu semua pengalaman keladi yang dikira bekerja bukan lah sangat dalam sektor 3D, tapi yang nak jadikan kesimpulannya, sepanjang keladi bertugas sebagai crew KFC tu, minda dan pemikiran keladi mengatakan, kerja tu hanya sebagai partime, dan aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk terus dapat kerjaya yang lebih relax, @ macam kerja kat dalam pejabat la!,

Itu ragam dan senario golongan muda kini, memang realiti wujud, keladi sendiri alaminya, bohonglah keladi nak katakan, bekas graduan sanggup bekerja sebagai tukang sapu, confirm paling koman pun bila dah habis belajar tu, sementara nak dapat kerja gomen @ pejabat, tentu pergi minta jadi crew kat restoran, dan dalam hati berkata, kerja untuk sambilan je, sementara nak dapat kerja yang lagi baik!, ragam terus meragam, yang lebih cetek pemikiran tu, kerja-kerja tu semua tak standard la, dah la penat, lepas tu tak tentu masa, jadi kuli batak, dan entah apa-apa lagi rungutan yang kita boleh kata pasal pekerjaan 3D tu, yeahhhhh!!! Malu tau nak buat kerja-kerja tu, tambah-tambah kita ni bekas graduan, Alamak!!, keladi tak kata kerja tu menjijikkan, tapi cuma nak kata, memang realiti kita anak muda ni, tak sanggup bekerja di dalam sektor 3D tu, keladi pun macam tu juga, malu, rasa tak ada standard, tak staraf dengan kelulusan dan entah apa lagi yang boleh kita katakan.

Pilih 3D boleh atasi warga Bangladesh

Cerita panjang lebar pula keladi, sengaja nak tulis panjang lebar, kot boleh cari makan sebagai penulis blog, nanti taklah kena kerja dalam sektor 3D tu, tak sanggup uolsss, hihhihihihi, okay, korang pasal isu ini, memang agak sensitif dan sering menjadi bualan dikalangan kita semua, ramai juga yang merungut dan mengatakan kerajaan ni gilalah nak bawa masuk 1.5 juta warga bangladesh, nanti entah apalah nak jadi kat Malaysia ni, pergi sana, nampak muka bangla, pergi sini, nampak lagi muka bangla, sampai lama-lama perempuan tempatan pun terpikat dan terpaut pada jejaka yang berbau badan tu, hihhihhi, gurau je, tapi itulah realiti, isu ini memang agak sensitif, dan tak akan selesai sampai lah kita semua sanggup bekerja di dalam sektor 3D tu, nak ke tak nak, orang Malaysia perlu menerima hakikat yang kita tak sanggup untuk bekerja dalam sektor 3D tu, ada yang kata, aku sanggup je, kalo tak cuba mana nak tau, wahhhhh berlagak !!, itu untuk beberapa hari je kata sanggup, lepas tu, sayonara.........taubat aku, tak nak kerja lagi...

Keladi nak salin dan tampal artiel yang dibaca di Utusan Malaysia, pasal masalah ini juga, selepas Datuk Seri Ahmad Hamidi mengesa rakyat tempatan khususnya golongan belia supaya lebih berani mengambil alih pekerjaan dalam sektor 3D bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, Dato Azlina Othman pula membuat kenyataan berkaitan rungutan yang sering beliau terima daripada majikan mengenai kesukaran mendapat pekerja tempatan dalam sektor 3D, contoh dalam sektor minyak dan gas, di kawasan Parlimen beliau iaitu Pengerang, kebanyakan pekerja merupakan warga asing kerana warga tempatan tidak mampu berdepan dengan persekitaran pekerjaan yang mencabar dalam bidang tersebut.

Dan, keladi ada baca juga di laman sosial kedaikopi.org, tajuknya "Yang kita tak mahu lihat akibat dari warga bangladesh memenuhi negara Malaysia" ( Link),  apa yang dipaparkan pada laman sosial tersebut adalah sebahagian kesan daripada sudut budaya dan sosial, mugkin daripada sudut ekonomi, satu perkara yang positif, kerana kita dapat menyelesaikan masalah tenaga buruh dalam menyiapkan projek dalam jangka masa yang ditetapkan, tapi kesan lain pula yang harus kita terima adalah masalah budaya dan ketidaksefahaman antara warga tempatan dan warga bangladesh, dan mugkin lebih parah pergaduhan akan berlaku, jadi, ini pula melibatkan faktor keselamatan penduduk disini, apa yang boleh dibuat, kita semua harus menerima hakikat ini, yang rakyat Malaysia tidak sanggup untuk berkerja dalam sektor 3D.

Sebahagian contoh gambar yang di ambil di internet, untuk keladi tunjukkan kesan yang berlaku kepada sosiobudaya Masyarakat kita akibat daripada kedatangan warga Bangladesh.

Pilih 3D boleh atasi warga Bangladesh
Gambar ini diambil daripada internet, tapi wanita ni nampak macam warga indon je,
 www.keladionline.com
Pilih 3D boleh atasi warga Bangladesh
Sumber internet, harap bukan wanita tempatan, boleh juga macam warga indon, kat Malaysia pun wanita indon bersepah-sepah, jadi tak boleh kata, yang kedatangan warga bangladesh akan merosakkan budaya masyarakat dan wanita tempatan, www.keladionline.com

Kesimpulannya, Bagaimana untuk kita menghalang warga asing untuk terus berada di Negara kita, dan seterusnya, menikmati kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan?, jawapannya, memang tak terjawablah nampaknya, tak payah nak bising dan membebel panjang lagi, realiti yang harus diterima, kita semua memang tak sanggup untuk bekerja didalam sektor 3D, dan dalam masa yang sama kita juga tidak sangup untuk berhadapan dengan kemasukan 1.5 juta warga bangladesh yang sedang diwar-warkan oleh kerajaan tu, walaubagaimanapun, ia hanya angka siling bagi pihak kementerian, kemasukan mereka adalah tertakluk kepada permintaan serta keperluan semasa, Menurut statistik, KDN telah menerima 352, 981, permohonan daripada majikan untuk mendapatkan pekerja asing pada tahun lalu, dan pihak kementerian juga telah menerima kira-kira 400 permohonan sehari daripada majikan untuk mengambil pekerja asing. jadi tak perlulah kita untuk terus mengata dan membantah tanpa mengkaji dan yang lebih parah, kita pulak menuduh KDN mempunyai agenda lain dalam isu pendatang asing ini.

"sebab itu generasi muda perlu menanam sikap patriotik dan cintakan negara kerana dengan pendekatan itu mereka tidak akan membenarkan orang luar mengambil alih sektor pekerjaan di negara ini"


Langkah-langkah mengawal  kemasukan Buruh Asing dalam negara

  1. Peranan pihak berkuasa dalam menyekat kemasukan buruh asing
  2. Hukuman yang lebih berat bagi majikan yang mengajikan pekerja asing tanpa permit
  3. Galakan majikan untuk memberi dan membuka peluang pekerjaan separuh masa atau masa bekerja anjal.
  4. Menawarkan peluang lebih luas pekerjaan untuk orang kelainan upaya
  5. Mempromosikan industri intensif modal dan berteknologi tinggi untuk menggantikan intensif buruh.




Read More...

Cara mudah solat awal waktu

Hai rakan-rakan, kita bersua lagi dalam blog entah apa-apa ni, post entry kali ini keladi cuma nak berkongsi, perkara ini memang penting dalam kehidupan sebagai orang islam, yup bukan keladi nak jadi ustaz ya, tapi memang sangat penting untuk kehidupan kita sebagai umat islam dimuka bumi ini, iaitu Rukun Islam yang kedua, "Mendirikan Solat".

Rukun Islam ada 5

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat
  • Puasa pada bulan ramadhan
  • Mengeluarkan zakat
  • Menunaikan Haji
Jadi kiranya, jika kita tidak melakukan perkara diatas, makan terkeluarlah kita sebagai umat islam dimuka bumi ini, sekadar mengajak rakan-rakan untuk menilai semula rukan islam yang menjadi Ikrar kita kepada yang Maha Agong. 

Alamak keladi tak nak ceramah panjang, jadi bosan pula entri ini nanti, dan lari semua orang untuk membacanya, yang keladi nak kongsi adalah pada Rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat, hemmmm secara jujurnya, kehidupan keladi diatas muka bumi ini dah 29 tahun, kiranya lama tu, lepas tu tolak pulak umur sebelum akhil baligh ( 0 bulan - 12 tahun ) jadi keladi hidup dimuka bumi ini sebagai umat islam yang perlu patuh pada ikrar islam yang kedua itu adalah selama 17 tahun, dan dalam 17 tahun itu juga, belum tentu solat yang didirikan telah diterima Sang Pencipta, 

Jadi, sebenarnya, berapa lama solat kita telah diterima Yang Maha Berkuasa ?

Hanya iman yang akan menjawabnya

Alasan yang menjadikan kita tidak bersolat 
  1. Malas nak solat sebab sudah terbiasa dengan kehidupan tidak bersolat
  2. tidak solat sebab saya tidak tahu solat
  3. Rasa solat tu susah dan payah untuk melakukannya, sebab tidak tahu ilmu berkaitan solat
  4. Nanti orang kata berlagak alim pulak, kononnya nak jadi pak ustaz jadian
  5. Terlalu menyibukkan diri dengan hal-hal dunia yang dikira lagi penting
  6. Tidak menerima sebarang ganjaran yang boleh dilihat daripada sudut fizikalnya
  7. Solat dianggap tidak penting didalam kehidupan
  8. Terikut dengan rakan-rakan yang tidak bersolat
  9. Melambatkan solat, lama-lama terus terlupa untuk bersolat
  10. Selalu melakukan maksiat dan hati jadi kotor, lepas tu, hati pula berat untuk melakukan solat.
  11. Tiada galakan oleh orang sekeliling terutama Ibu Bapa, adik beradik, sepupu, sedara mara/ sedara seislam
Itu adalah sebahagian alasan yang dirasakan sendiri oleh keladi selama hidup 29 tahun sebagai umat islam yang wajib bersolat, tapi cuma keladi nak gariskan pada point yang ke-9, " Melambatkan solat, lama-lama terus terlupa untuk bersolat, dan lagi parah solat sudah habis waktu", jadi bagaimana untuk kita tidak lagi menjadi orang yang point ke- 9 tu. Keladi ada caranya, ini pun hasil daripada keladi berblogwalking untuk mencari ilmu tentang solat yang wajib kita lakukan ini, jom kita tengok tip ini, yang mesti kita ikuti supaya kita tidak melengahkan atau sengaja dan tidak tersenja kita pada rukun Islam yang ke-2 ini

Cara Mudah solat awal waktu

cara mudah solat awal waktu
Sumber Internet : Solat adalah yang utama dalam kehidupan, tapi selalu kita terlupa dan senga melupakannya, 
  1. Latih diri hentikan kerja tanpa alasan : Jika kita sedang sibuk melakukan kerja dan mendengar   azan , terus hentikan kerja yang sedang dilakukan itu, tanpa apa-apa alasan
  2. Tetapkan 'reminder' waktu solat dalam android kita : Gunakan perisian atau aplikasi "reminder" waktu solat", Pasang aplikasi waktu solat, al-quran, Zikir, dan kompas arah kiblat di smartphone.
  3. Solat berjemaah dimasjid : Solat berjemaah di masjid adalah salah satu cara efektif untuk solat pada awal waktu, sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun surau.
  4. Tampal peringatan diatas meja kerja : Tulis peringatan dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja kita seperti petikan hadis, dan dengan cara ini kita akan sedikit bermotivasi untuk melakukan kewajiban ini
  5. Berkawan dengan mereka yang tidak lewatkan solat : Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat, contohnya jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama
  6. Jadikan solat adalah polisi utama anda : letakkan solat adalah perkara yang penting/ utama dalam segala perkara, Niat, Azam dan Tekad dalam hati, Solat adalah segala-galanya
  7. Waktu solat sebagai Panduan Temujanji : Jika mahu berjumpa dengan prospek ataupun  pelanggan, tetapkan masa sebelum atuapun selepas waktu solat.
Jadi, kita sudah tahu bagaimana untuk tidak melambatkan atau melewatkan solat, tunggu apa lagi jom kita sama-sama mendirikan solat, ooo ya, terlupa pula keladi nak kongsi kepada rakan-rakan, biasalahkan orang selalu akan kata, "Engkau tu berlagak alim je, hari ini buat besok dah hilang pulak, pagi jadi malaikat dan entah petang pula jadi syaitan pulak!, hahahah, jangan marah sebagai perkongsian, keladi juga macam tu, kekadang motivasi tu selalu tinggi, iman selalu okay, tapi kadang-kala hemmmm, terasa bosan pula, dan iman semakin berkurangan, confirmlah tingkat iman semakin kurang, solat pun kadang-kala tak buat, jadi alang-alang keladi tulis berkaitan solat, baik keladi share sikit pasal bagaimaan untuk kita terus beristiqamah dalam mendirikan solat, huhuhu memang payah tapi mudah ustaz kat TV9 yang keladi ikuti selalu tu, dia suruh sentiasa ikuti majlis ilmu, insyallah semangat kita pada agama akan kekal, tertidur pun tak mengapa, asal kita ada niat untuk terus suburkan ilmu dan berada didalam majlis ilmu, lama- kelamaan, ada sedikit iman dan cahaya dihati kita nanti.

Rakan-rakan jom kita sama-sama mengerjakan solat diawal waktu, kerana solat tu sangat penting tau, bukan untuk kita aje, tetapi untuk semua


kitakan islam, kenapa nak lupakan rukun islam yang kedua tu!


Read More...

Apakah kebaikan air alkali untuk kesihatan kita?

Hai, salam sejahtera semua, semoga korang sihat-sihat belaka..

Bercakap pasal sihat ni, keladi cuma nak share pasal air alkali...apa itu air alkali?

Air alkali adalah air yang mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Air beralkali juga penyumbang utama kepada kesihatan yang baik kerana ia menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan.

Apakah kebaikan air alkali untuk kesihatan kita?
Sumber internet, air zam-zam adalah sejenis air alkali yang terbaik di dunia, www.keladionline.com

Kebaikan dan khasiat air alkali

  • Membantu meningkatkan tahap kesihatan badan dan penawar kepada masalah kesihatan.
  • Meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan.
  • Menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan, tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air.
  • Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul.
  • Membantu dalam mengurangkan berat badan.
  • Pengambilan air minuman alkali merupakan antara yang terbaik dalam kalangan pelbagai jenis minuman air.
Contoh air bersifat alkali: air zam-zam

Petua untuk membuat air alkali untuk diet yang sihat
  1. 3 sudu serbuk teh untuk direndam ke dalam satu gelas air panas.
  2. Selepas 5 minit, tapis dan campurkan bersama air perahan limau nipis sebiji.
  3. Minum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
Read More...

Pilih pasangan hidup, adakah penampilan dan harta diutamakan?

TIP MEMILIH PASANGAN HIDUP

  1. Agama
  2. Berpendidikan
  3. Latarbelakang keluarga
  4. Berharta
  5. Rupa paras

Salam sabtu semua, yang sedang bercuti tu, keladi ucapkan selamat berhujung minggu ya, terima kasih singgah ke blog keladi..

Jika korang yang belum berkahwin tu, bagaimana korang akan pilih erkk pasangan untuk sehidup semati nanti, adakah penampilan dan harta yang perlu diutamakan?

Kengkawan saja je keladi nak kongsi topik yang agak hangat juga diperkatakan tu, maklumla topik alam rumahtangga sebelum dan selepas ini memang tak akan habis sampai bila-bila kot, ada saja masalah dan isu yang di perkatakan dalam media cetak mahupun media elektronik, bukan tu je kat mana-mana pun ada je isu ini diperbualkan. Tapi kiranya topik macam ni tak akan basi kot, sebabnya, memang ia berada dalam kehidupan kita semua. Hari ini kita single, entah esok lusa kita berpasangan, dan hari ini kita berpasangan entah esok lusa kita bercerai, itulah dia rantaian kehidupan yang pasti hanya tuhan saja yang tahu.

Korang dah baca ke harian metro hari ini  yang tajuknya jodoh plastik tu, ingat apa tadi isi dalam topik tu, rupanya pasal pemilihan pasangan hidup di kalangan muda-mudi masakini, laporan tersebut di tulis oleh wartawan HM dan namanya Iskandar Shah Mohamed, jika yang belum baca pergi selak muka 4&5,

Pilih pasangan hidup, adakah penampilan dan harta diutamakan?
Harian Metro, sabtu, 13 Februari 2016, pasangan hidup yang menjadi rebutan bukan saja cantik tetapi, akhlanya juga perlu cantik, www.keladionline.com
"Pasangan perlu cantik, kacak dan kaya, itulah kriteria utama golongan muda masa kini untuk berkahwin, bukan lagi faktor seperti kesetiaan, latar belakang agama atau persefahaman. Kecenderungan ini dikatakan menjadi punca peningkatan kes cerai di negara ini,"
Keladi teringat pulak cerita-cerita kat drama di TV tu, biasalah orang kaya lelaki terpaut kasih dan cinta pada perempuan biasa, tak pun si lelaki kaya dipaksa berkawin dengan perempuan yang bukan pilihan dan daripada golongan biasa, itu senario dan jalan cerita yang ada dalam drama tempatan kini, entah la kalo keladi nak ceritakan sinopsis pasal  cerita tersebut, hemmm tak tercerita kot, maklumlah cerita macam tulah yang selalu dapat rating yang tinggi dalam jumlah tontonan nya.

Mungkin juga faktor terpengaruh dengan drama tempatan kot yang menyebabkan untuk memilih pasangan hidup kini perlu seorang yang kacak dan berharta, faktor akhlak tu kiranya jatuh entah nombor berapa, sebab, kat dalam drama tu juga, kebiasaannya watak lelaki kacak dan berharta tu mesti seorang kaki perempuan dan terlampau sosial, jadi dengan alasan dia akan kembali ke pangkal jalan, menjadi sebab untuk memilih pasangan hidup berdasarkan paras rupa dan harta. Tapi akhirnya, indah khabar daripada rupa, tak sampai berapa bulan, dapat lah gelaran janda.

KAJIAN UPM DEDAH PASANGAN UTAMA PENAMPILAN DAN HARTA BILA PILIH JODOH

Pilih pasangan hidup, adakah penampilan dan harta diutamakan?
Poket berisi dan wajah yang tampan dan jelita bukan ukuran untuk kebahagian dalam mencari pasangan hidup, www.keladionline.com

Hasil kajian yang dijalankan timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran 

Kajian yang beliau jalankan :

Jumlah responden : 1000 individu bujang ( 500 lelaki, 500 perempuan)
Umur : 19 hingga 25 tahun
Masa kajian : 6 bulan, tahun 2015
Hasil kajian: kebanyakkan responden memilih rupa paras serta harta dalam memilih pasangan bakal dikahwini. 

  • Cantik atau kacak
  • Berkulit cerah
  • Bertubuh tinggi
  • Kaya
Statistik Jabatan kehakiman Syariah Malaysia, menunjukkan lebih 274,000 pasangan bercerai di seluruh negara sejak enam tahun lalu, termasuk 38,035 kes dari Januari hingga Ogos tahun lalu. Seramai 156 pasangan islam bercerai setiap hari dan rata-rata kes perceraian membabitkan pasangan muda dengan usia perkahwinan tidak sampai lima tahun.

Kesimpulannya, tak kawin orang kata, dah kawin pulak macam-macam hal yang timbul, jadi mudahnya banyak-banyakkan jelah berdoa semoga pasangan  tu bukan saja kacak dan cantik, tetapi sentiasa menjaga hubunganya dengan Allah.
Read More...

Budaya Kafir perlu ke ikut?

Bulan Februari ke?
wahhh.....nak beli hadiah apa errk? untuk aweks ni,

Hemmm, nak bagi bunga ke?

ataupun dot dot dot dot...

Hello keladi, engkau dah gila ke apa ni!

Hari kekasih mana boleh sambut

Engkau dah hilang kewarasan nak sambut Valentine tu

tau ke sejarah hari yang diharamkan tu, jangan ko nak ikut-ikut BUDAYA KAFIR!!!


Assalamualaikum W.B.T, kepada kengkawan yang sudi singgah ke blog keladi ini, yang singgah sementara pun dikira sangat bertuah untuk keladi, maklumlah blog picisan yang tak seberapa ini, ada juga yang sudi tinjau.

Daripada dialog diatas, keladi nak kongsi kepada rakan-rakan diluar sana, tentang budaya barat yang telah menjadi ikutan anak-anak muda masakini, Yupssss, keladi hanya berkongsi cerita je tau, bukan untuk memperli ataupun mengajar sesiapa, sejujurnya juga, keladi pernah lalui zaman remaja, dan kini keladi melalui zaman dewasa, yang banyak mematangkan pemikiran dan tindakan saya. Alam remaja memang seronok jika kita terlalu mengikut nafsu, kadang-kala, kita rasa diri ini sangat betul apa keputusan yang dibuat, biasalah kononnya darah muda, dan tak payah nak berfikir panjang, asal ada je tindakan dan cara pemakaian yang dikira ikut peredaraan zaman, kita pun ikut, entah apa fesyen dan gaya tu, kita tak fikir soal batas dan budaya, bagi mengelak dipandang remaja ketinggalan zaman. 

'Remaja kuno', gelaran yang sememangnya ditakuti oleh kebanyakkan remaja moden, kesannya, cara dan budaya yang ke arah kebaratan mesti diikuti, supaya gelaran tersebut tidak dimiliki sehingga mereka terlupa apa yang telah dipesan oleh Nabi kita "Sesiapa yang meniru suatu kaum, maka ia termasuk daripada kaum tersebut", Riwayat At-Tirmidzi, keladi tak nak mengata orang lain, sebab waktu zaman remaja keladi juga seperti itu, tapi nasib baiklah keladi datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, bak kata orang kais pagi, "makan pagi, kais petang makan petang", niat tu dah ada, nak pakai tu, nak ikut cara tu, nak buat macam artis tu, dan lain-lain, tapi duit belanja cukup-cukup makan, baik aku tak payah fikir, alhamdulilah mugkin disebabkan kehidupan keladi tulah yang boleh membawa keladi kepada corak dan gaya pemikiran yang lebih matang.

Budaya kafir perlu ke ikut?

Ukur baju dibadan sendiri, ikut nafsu terima badan sendiri la bro!!!


TIP UNTUK KITA TIDAK MENIRU KEHIDUPAN BARAT
  1. RUKUN ISLAM 
  2. RUKUN IMAN
  3. SUNNAH RASULLAH SEBAGAI IKUTAN
  4. AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN 

RUKAN ISLAM :
  • Mengucap Dua kalimah Syahadah
  • Mendirikan solat
  • Puasa pada bulan ramdhan
  • Mengeluarkan Zakat
  • Menunaikan Haji bagi yang mampu

RUKAN IMAN :
  • Percaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab-kitab
  • Percaya kepada Rasul-rasul
  • Percaya kepada Hari Kiamat
  • Percaya kepada Qada dan Qadar
Salam hari Jumaat semoga kita kekal menjadi umat islam yang terbaik didunia dan diakhirat.



Read More...

Golongan Belia memang tak mampu untuk memiliki rumah sendiri, Kenapa?

Setelah lama diriku menyendiri didalam dunia blog, tiba masanya aku aktif kembali untuk menulis blog, al-maklum, blog ni juga dikira macam hartanah online, mudah dan percuma pulak tu, rasanya entah berapa billion orang yang telah signup untuk blog, jadi kira rugi kalo aku tak ambil peluang yang ada ini.

lama tak menulis rasa kaku pulak si keladi tua yang ganyut ni untuk menulis!!!

Terus kepada entri yang keladi rasa nak kongsi kepada kengkawan, Golongan Belia memang tak mampu untuk memiliki rumah sendiri? betul ke, tak payah jawab soalan ini, 

Bukan nak kata tak boleh beli,tapi mugkin mereka tak sanggup untuk terbeban dengan hutang yang melampau kot, tambahan time ni kan zaman kejatuhan ekonomi, inflasi pulak mak ai, semakin hari semakin entah tak terkata kot, jadi belia-belia ni mugkin senasib keladi kot, kerja swasta, jika ambil loan untuk rumah nanti, takut dapat surat pemberhentian kerja, wang pampasan takkan nak habiskan untuk bayar hutang pinjaman je, confirmlah perlu fikir benda lain pulak, nasib baik lah belum berumah tangga, kalo dah beranak pinak, kena fikir pula pasal periuk nasik yang perlu diisi, kalo tak, bak kata orang dulu, tak berasaplah dapur, takkan nak bagi anak bini makan pasir.

Selongkar artikel di  Harian Metro yang disiarkan pada 26 Januari 2016, tajuknya Generasi Muda dan Hartanah.,
"Apatah lagi untuk anak muda terutama Generasi Y, membeli hartanah atau kediaman sendiri adalah antara pencapaian penting dalam membina hidup mereka untuk masa hadapan yang lebih terjamin".
Yup, memang betul, ia adalah salah satu pencapaian jika kita sebagai muda lagi belia ni dapat membeli sebuah sendiri tapi hakikatnya, tak tenang lah nampaknya dengan hutang piutang tu, kerja makan gaji, memang tak lah nak beli hartanah dengan cash, wahhh kaya ko jah!!!, jadi jawapannya, kita kena tambah hutang, merayu pada along berlesen @ bank yang penuh dengan birokrasinya, yang paling best hutang kereta pun tak habis lagi, tambah pulak dengan hutang rumah, jadi bayangkan loan rumah dah lulus, rumah pun sudah diduduki, sekarang kena fikir pula untuk membayarnya???, Malaslah nak cerita panjang, itu semua rezeki masing-masing kot, jika pandai berjimat dengan wang, confirm ada rezekinya nanti.
 Pakar hartanah Khalil Adis daripada Propertygeek.my mengakui sememangnya generasi muda yang kini membina kehidupan mereka sukar membeli kediaman sendiri buat kali pertama, namun ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.
Yang ini keladi memang setuju, tak mustahil kita muda-mudi ni untuk memiliki rumah di tanah air sendiri, jika ada kemahuan pasti ada jalan, jika ada jalan pasti ada cara, jika ada cara pasti ada peluang untuk memiliki rumah, Tapi bagaimana kan, takkan nak mengharapkan belas ikhsan kerajaan je, dan kerajaan pun dah nampak tersepit zaman inflasi ni, confirm perlu mintak sedekah kat arab saudi??, yang ini gua tak masuk campur!!, jadi fikir positif jelah, dan terus berdoa, supaya dilimpah rezeki yang tidak disangka-sangka.
 “Walau dalam ekonomi yang tidak memberangsangkan ketika ini, memiliki rumah sendiri tetap patut dijadikan pilihan utama berbanding memiliki harta lain seperti kereta".
Tip yang kita boleh ikuti, memiliki rumah sendiri perlu diberi keutaman daripada memiliki harta lain, tapikan sekarang ni, kereta tu pun satu keperluan, zaman sekarang tambang pengangkutan awam dah naik, tak macam dulu, lepas tu, kena berebut-rebut, tunggu lagi, aduh tak laratlah rasanya, jadi nak tanya semula, "Golongan Belia Memang Tak Mampu untuk memiliki rumah sendiri, Kenapa?,

Sekadar perkongsian biasa dan seorang yang terdiri daripada golongan belia yang masih tidak berkemampuan membeli rumah sendiri, 


SEBAB-SEBAB GOLONG BELIA MASIH TIDAK BERKEMAMPUAN MEMBELI RUMAH SENDIRI

  1. Masih dengan budaya belanja diluar kemampuan : yup, percaya ataupun tidak, ada rakan-rakan keladi sanggup berlapar perut gara-gara untuk membeli sehelai T-Shirt di Butik Zara, yup barulah nampak eklusif, confirmlah jika budaya macam ini berturusan gaji RM5000 pun belum tentu tidak boleh beli rumah lagi.
  2. Gaji yang tidak melayakkan untuk membuat pinjaman rumah : Ya, pendapatan bulanan masih tidak layak untuk membuat pinjaman alam pembelian rumah PRIMA, Syarat pendapatan yang ditetapkan RM2500, tapi, hutang kereta dan hutang pinjaman pelajaran tak boleh dilupakan, Mugkin harga rumah sudah meningkat kot, sebab tu, syarat pinjaman telah diperketatkan dalam kelulusan permohonan itu, 
  3. Tiada Ilmu dalam pembelian Rumah : Betul, Secara jujur keladi nak beli rumah, dan banyak pulak bahan baca dan ilmu yang dituntut untuk persediaan membeli rumah, tapi keladi masih takut lagi untuk mengemukakan dokumen permohonan pembelian rumah, sebab apa ya, masih terikut-ikut dan dibayangi pengalaman-pengalaman ngeri yang dilalui oleh mereka yang sudah terkena dalam pembelian rumah.Jadi, jawapannya, jangan malas untuk ke pameran-pameran hartanah yang dianjurkan oleh pihak swasta ataupun kerajaan, contoh, Pameran Hartanah Myrumah anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad.
  4. Terlalu memilih : Yes, keladi jika beli rumah memang nak dekat dengan tempat kerja, ada kemudahan, senang bergerak, dekat dengan kedai, tapi hot spot area tu, kalo nak tunggu, confirm selama-lama hidup menyewa. Harga hartanah di area macam tu, mahal dek non, tak payah nak memilih sangat la!!'.
  5. Masih tiada simpanan pendahuluan : yang ini tidak boleh kata apa-apa, untuk beli sebuah rumah, mesti ada duit pendahuluan 20% daripada harga rumah, jadi nak buat simpanan tu, memang confirm lah tunggu entah sampai bila, tambahan lagi ekonomi yang tinggi inflasi ni.
Nak buat macam mana, hidup sudah semakin hari semakin tertekan dengan kos sara hidup, terima jelah kenyataan dan realiti hidup di negara dunia ketiga, yang masih terikat dengan dunia kuasa-kuasa besar, yang pasti jika tak dapat ataupun masih belum berkemampuan untuk beli rumah sendiri, 

Golongan Belia memang tak mampu untuk memiliki rumah sebab kos sara hidup yang tinggi tapi gaji tak pun naik tinggi!!

Anda setuju Ke?


  




Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com