Hai, salam sejahtera semua, semoga korang sihat-sihat belaka..
Bercakap pasal sihat ni, keladi cuma nak share pasal air alkali...apa itu air alkali?
Air alkali adalah air yang mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Air beralkali juga penyumbang utama kepada kesihatan yang baik kerana ia menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan.
![]() |
Sumber internet, air zam-zam adalah sejenis air alkali yang terbaik di dunia, www.keladionline.com |
Kebaikan dan khasiat air alkali
- Membantu meningkatkan tahap kesihatan badan dan penawar kepada masalah kesihatan.
- Meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan.
- Menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan, tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air.
- Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul.
- Membantu dalam mengurangkan berat badan.
- Pengambilan air minuman alkali merupakan antara yang terbaik dalam kalangan pelbagai jenis minuman air.
Contoh air bersifat alkali: air zam-zam
Petua untuk membuat air alkali untuk diet yang sihat
- 3 sudu serbuk teh untuk direndam ke dalam satu gelas air panas.
- Selepas 5 minit, tapis dan campurkan bersama air perahan limau nipis sebiji.
- Minum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
No comments:
Post a Comment