Budaya Kafir perlu ke ikut?

Bulan Februari ke?
wahhh.....nak beli hadiah apa errk? untuk aweks ni,

Hemmm, nak bagi bunga ke?

ataupun dot dot dot dot...

Hello keladi, engkau dah gila ke apa ni!

Hari kekasih mana boleh sambut

Engkau dah hilang kewarasan nak sambut Valentine tu

tau ke sejarah hari yang diharamkan tu, jangan ko nak ikut-ikut BUDAYA KAFIR!!!


Assalamualaikum W.B.T, kepada kengkawan yang sudi singgah ke blog keladi ini, yang singgah sementara pun dikira sangat bertuah untuk keladi, maklumlah blog picisan yang tak seberapa ini, ada juga yang sudi tinjau.

Daripada dialog diatas, keladi nak kongsi kepada rakan-rakan diluar sana, tentang budaya barat yang telah menjadi ikutan anak-anak muda masakini, Yupssss, keladi hanya berkongsi cerita je tau, bukan untuk memperli ataupun mengajar sesiapa, sejujurnya juga, keladi pernah lalui zaman remaja, dan kini keladi melalui zaman dewasa, yang banyak mematangkan pemikiran dan tindakan saya. Alam remaja memang seronok jika kita terlalu mengikut nafsu, kadang-kala, kita rasa diri ini sangat betul apa keputusan yang dibuat, biasalah kononnya darah muda, dan tak payah nak berfikir panjang, asal ada je tindakan dan cara pemakaian yang dikira ikut peredaraan zaman, kita pun ikut, entah apa fesyen dan gaya tu, kita tak fikir soal batas dan budaya, bagi mengelak dipandang remaja ketinggalan zaman. 

'Remaja kuno', gelaran yang sememangnya ditakuti oleh kebanyakkan remaja moden, kesannya, cara dan budaya yang ke arah kebaratan mesti diikuti, supaya gelaran tersebut tidak dimiliki sehingga mereka terlupa apa yang telah dipesan oleh Nabi kita "Sesiapa yang meniru suatu kaum, maka ia termasuk daripada kaum tersebut", Riwayat At-Tirmidzi, keladi tak nak mengata orang lain, sebab waktu zaman remaja keladi juga seperti itu, tapi nasib baiklah keladi datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, bak kata orang kais pagi, "makan pagi, kais petang makan petang", niat tu dah ada, nak pakai tu, nak ikut cara tu, nak buat macam artis tu, dan lain-lain, tapi duit belanja cukup-cukup makan, baik aku tak payah fikir, alhamdulilah mugkin disebabkan kehidupan keladi tulah yang boleh membawa keladi kepada corak dan gaya pemikiran yang lebih matang.

Budaya kafir perlu ke ikut?

Ukur baju dibadan sendiri, ikut nafsu terima badan sendiri la bro!!!


TIP UNTUK KITA TIDAK MENIRU KEHIDUPAN BARAT
  1. RUKUN ISLAM 
  2. RUKUN IMAN
  3. SUNNAH RASULLAH SEBAGAI IKUTAN
  4. AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN 

RUKAN ISLAM :
  • Mengucap Dua kalimah Syahadah
  • Mendirikan solat
  • Puasa pada bulan ramdhan
  • Mengeluarkan Zakat
  • Menunaikan Haji bagi yang mampu

RUKAN IMAN :
  • Percaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab-kitab
  • Percaya kepada Rasul-rasul
  • Percaya kepada Hari Kiamat
  • Percaya kepada Qada dan Qadar
Salam hari Jumaat semoga kita kekal menjadi umat islam yang terbaik didunia dan diakhirat.



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com