Cara mudah solat awal waktu

Hai rakan-rakan, kita bersua lagi dalam blog entah apa-apa ni, post entry kali ini keladi cuma nak berkongsi, perkara ini memang penting dalam kehidupan sebagai orang islam, yup bukan keladi nak jadi ustaz ya, tapi memang sangat penting untuk kehidupan kita sebagai umat islam dimuka bumi ini, iaitu Rukun Islam yang kedua, "Mendirikan Solat".

Rukun Islam ada 5

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat
  • Puasa pada bulan ramadhan
  • Mengeluarkan zakat
  • Menunaikan Haji
Jadi kiranya, jika kita tidak melakukan perkara diatas, makan terkeluarlah kita sebagai umat islam dimuka bumi ini, sekadar mengajak rakan-rakan untuk menilai semula rukan islam yang menjadi Ikrar kita kepada yang Maha Agong. 

Alamak keladi tak nak ceramah panjang, jadi bosan pula entri ini nanti, dan lari semua orang untuk membacanya, yang keladi nak kongsi adalah pada Rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat, hemmmm secara jujurnya, kehidupan keladi diatas muka bumi ini dah 29 tahun, kiranya lama tu, lepas tu tolak pulak umur sebelum akhil baligh ( 0 bulan - 12 tahun ) jadi keladi hidup dimuka bumi ini sebagai umat islam yang perlu patuh pada ikrar islam yang kedua itu adalah selama 17 tahun, dan dalam 17 tahun itu juga, belum tentu solat yang didirikan telah diterima Sang Pencipta, 

Jadi, sebenarnya, berapa lama solat kita telah diterima Yang Maha Berkuasa ?

Hanya iman yang akan menjawabnya

Alasan yang menjadikan kita tidak bersolat 
  1. Malas nak solat sebab sudah terbiasa dengan kehidupan tidak bersolat
  2. tidak solat sebab saya tidak tahu solat
  3. Rasa solat tu susah dan payah untuk melakukannya, sebab tidak tahu ilmu berkaitan solat
  4. Nanti orang kata berlagak alim pulak, kononnya nak jadi pak ustaz jadian
  5. Terlalu menyibukkan diri dengan hal-hal dunia yang dikira lagi penting
  6. Tidak menerima sebarang ganjaran yang boleh dilihat daripada sudut fizikalnya
  7. Solat dianggap tidak penting didalam kehidupan
  8. Terikut dengan rakan-rakan yang tidak bersolat
  9. Melambatkan solat, lama-lama terus terlupa untuk bersolat
  10. Selalu melakukan maksiat dan hati jadi kotor, lepas tu, hati pula berat untuk melakukan solat.
  11. Tiada galakan oleh orang sekeliling terutama Ibu Bapa, adik beradik, sepupu, sedara mara/ sedara seislam
Itu adalah sebahagian alasan yang dirasakan sendiri oleh keladi selama hidup 29 tahun sebagai umat islam yang wajib bersolat, tapi cuma keladi nak gariskan pada point yang ke-9, " Melambatkan solat, lama-lama terus terlupa untuk bersolat, dan lagi parah solat sudah habis waktu", jadi bagaimana untuk kita tidak lagi menjadi orang yang point ke- 9 tu. Keladi ada caranya, ini pun hasil daripada keladi berblogwalking untuk mencari ilmu tentang solat yang wajib kita lakukan ini, jom kita tengok tip ini, yang mesti kita ikuti supaya kita tidak melengahkan atau sengaja dan tidak tersenja kita pada rukun Islam yang ke-2 ini

Cara Mudah solat awal waktu

cara mudah solat awal waktu
Sumber Internet : Solat adalah yang utama dalam kehidupan, tapi selalu kita terlupa dan senga melupakannya, 
  1. Latih diri hentikan kerja tanpa alasan : Jika kita sedang sibuk melakukan kerja dan mendengar   azan , terus hentikan kerja yang sedang dilakukan itu, tanpa apa-apa alasan
  2. Tetapkan 'reminder' waktu solat dalam android kita : Gunakan perisian atau aplikasi "reminder" waktu solat", Pasang aplikasi waktu solat, al-quran, Zikir, dan kompas arah kiblat di smartphone.
  3. Solat berjemaah dimasjid : Solat berjemaah di masjid adalah salah satu cara efektif untuk solat pada awal waktu, sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun surau.
  4. Tampal peringatan diatas meja kerja : Tulis peringatan dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja kita seperti petikan hadis, dan dengan cara ini kita akan sedikit bermotivasi untuk melakukan kewajiban ini
  5. Berkawan dengan mereka yang tidak lewatkan solat : Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat, contohnya jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama
  6. Jadikan solat adalah polisi utama anda : letakkan solat adalah perkara yang penting/ utama dalam segala perkara, Niat, Azam dan Tekad dalam hati, Solat adalah segala-galanya
  7. Waktu solat sebagai Panduan Temujanji : Jika mahu berjumpa dengan prospek ataupun  pelanggan, tetapkan masa sebelum atuapun selepas waktu solat.
Jadi, kita sudah tahu bagaimana untuk tidak melambatkan atau melewatkan solat, tunggu apa lagi jom kita sama-sama mendirikan solat, ooo ya, terlupa pula keladi nak kongsi kepada rakan-rakan, biasalahkan orang selalu akan kata, "Engkau tu berlagak alim je, hari ini buat besok dah hilang pulak, pagi jadi malaikat dan entah petang pula jadi syaitan pulak!, hahahah, jangan marah sebagai perkongsian, keladi juga macam tu, kekadang motivasi tu selalu tinggi, iman selalu okay, tapi kadang-kala hemmmm, terasa bosan pula, dan iman semakin berkurangan, confirmlah tingkat iman semakin kurang, solat pun kadang-kala tak buat, jadi alang-alang keladi tulis berkaitan solat, baik keladi share sikit pasal bagaimaan untuk kita terus beristiqamah dalam mendirikan solat, huhuhu memang payah tapi mudah ustaz kat TV9 yang keladi ikuti selalu tu, dia suruh sentiasa ikuti majlis ilmu, insyallah semangat kita pada agama akan kekal, tertidur pun tak mengapa, asal kita ada niat untuk terus suburkan ilmu dan berada didalam majlis ilmu, lama- kelamaan, ada sedikit iman dan cahaya dihati kita nanti.

Rakan-rakan jom kita sama-sama mengerjakan solat diawal waktu, kerana solat tu sangat penting tau, bukan untuk kita aje, tetapi untuk semua


kitakan islam, kenapa nak lupakan rukun islam yang kedua tu!


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com