Golongan Belia memang tak mampu untuk memiliki rumah sendiri, Kenapa?

Setelah lama diriku menyendiri didalam dunia blog, tiba masanya aku aktif kembali untuk menulis blog, al-maklum, blog ni juga dikira macam hartanah online, mudah dan percuma pulak tu, rasanya entah berapa billion orang yang telah signup untuk blog, jadi kira rugi kalo aku tak ambil peluang yang ada ini.

lama tak menulis rasa kaku pulak si keladi tua yang ganyut ni untuk menulis!!!

Terus kepada entri yang keladi rasa nak kongsi kepada kengkawan, Golongan Belia memang tak mampu untuk memiliki rumah sendiri? betul ke, tak payah jawab soalan ini, 

Bukan nak kata tak boleh beli,tapi mugkin mereka tak sanggup untuk terbeban dengan hutang yang melampau kot, tambahan time ni kan zaman kejatuhan ekonomi, inflasi pulak mak ai, semakin hari semakin entah tak terkata kot, jadi belia-belia ni mugkin senasib keladi kot, kerja swasta, jika ambil loan untuk rumah nanti, takut dapat surat pemberhentian kerja, wang pampasan takkan nak habiskan untuk bayar hutang pinjaman je, confirmlah perlu fikir benda lain pulak, nasib baik lah belum berumah tangga, kalo dah beranak pinak, kena fikir pula pasal periuk nasik yang perlu diisi, kalo tak, bak kata orang dulu, tak berasaplah dapur, takkan nak bagi anak bini makan pasir.

Selongkar artikel di  Harian Metro yang disiarkan pada 26 Januari 2016, tajuknya Generasi Muda dan Hartanah.,
"Apatah lagi untuk anak muda terutama Generasi Y, membeli hartanah atau kediaman sendiri adalah antara pencapaian penting dalam membina hidup mereka untuk masa hadapan yang lebih terjamin".
Yup, memang betul, ia adalah salah satu pencapaian jika kita sebagai muda lagi belia ni dapat membeli sebuah sendiri tapi hakikatnya, tak tenang lah nampaknya dengan hutang piutang tu, kerja makan gaji, memang tak lah nak beli hartanah dengan cash, wahhh kaya ko jah!!!, jadi jawapannya, kita kena tambah hutang, merayu pada along berlesen @ bank yang penuh dengan birokrasinya, yang paling best hutang kereta pun tak habis lagi, tambah pulak dengan hutang rumah, jadi bayangkan loan rumah dah lulus, rumah pun sudah diduduki, sekarang kena fikir pula untuk membayarnya???, Malaslah nak cerita panjang, itu semua rezeki masing-masing kot, jika pandai berjimat dengan wang, confirm ada rezekinya nanti.
 Pakar hartanah Khalil Adis daripada Propertygeek.my mengakui sememangnya generasi muda yang kini membina kehidupan mereka sukar membeli kediaman sendiri buat kali pertama, namun ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.
Yang ini keladi memang setuju, tak mustahil kita muda-mudi ni untuk memiliki rumah di tanah air sendiri, jika ada kemahuan pasti ada jalan, jika ada jalan pasti ada cara, jika ada cara pasti ada peluang untuk memiliki rumah, Tapi bagaimana kan, takkan nak mengharapkan belas ikhsan kerajaan je, dan kerajaan pun dah nampak tersepit zaman inflasi ni, confirm perlu mintak sedekah kat arab saudi??, yang ini gua tak masuk campur!!, jadi fikir positif jelah, dan terus berdoa, supaya dilimpah rezeki yang tidak disangka-sangka.
 “Walau dalam ekonomi yang tidak memberangsangkan ketika ini, memiliki rumah sendiri tetap patut dijadikan pilihan utama berbanding memiliki harta lain seperti kereta".
Tip yang kita boleh ikuti, memiliki rumah sendiri perlu diberi keutaman daripada memiliki harta lain, tapikan sekarang ni, kereta tu pun satu keperluan, zaman sekarang tambang pengangkutan awam dah naik, tak macam dulu, lepas tu, kena berebut-rebut, tunggu lagi, aduh tak laratlah rasanya, jadi nak tanya semula, "Golongan Belia Memang Tak Mampu untuk memiliki rumah sendiri, Kenapa?,

Sekadar perkongsian biasa dan seorang yang terdiri daripada golongan belia yang masih tidak berkemampuan membeli rumah sendiri, 


SEBAB-SEBAB GOLONG BELIA MASIH TIDAK BERKEMAMPUAN MEMBELI RUMAH SENDIRI

  1. Masih dengan budaya belanja diluar kemampuan : yup, percaya ataupun tidak, ada rakan-rakan keladi sanggup berlapar perut gara-gara untuk membeli sehelai T-Shirt di Butik Zara, yup barulah nampak eklusif, confirmlah jika budaya macam ini berturusan gaji RM5000 pun belum tentu tidak boleh beli rumah lagi.
  2. Gaji yang tidak melayakkan untuk membuat pinjaman rumah : Ya, pendapatan bulanan masih tidak layak untuk membuat pinjaman alam pembelian rumah PRIMA, Syarat pendapatan yang ditetapkan RM2500, tapi, hutang kereta dan hutang pinjaman pelajaran tak boleh dilupakan, Mugkin harga rumah sudah meningkat kot, sebab tu, syarat pinjaman telah diperketatkan dalam kelulusan permohonan itu, 
  3. Tiada Ilmu dalam pembelian Rumah : Betul, Secara jujur keladi nak beli rumah, dan banyak pulak bahan baca dan ilmu yang dituntut untuk persediaan membeli rumah, tapi keladi masih takut lagi untuk mengemukakan dokumen permohonan pembelian rumah, sebab apa ya, masih terikut-ikut dan dibayangi pengalaman-pengalaman ngeri yang dilalui oleh mereka yang sudah terkena dalam pembelian rumah.Jadi, jawapannya, jangan malas untuk ke pameran-pameran hartanah yang dianjurkan oleh pihak swasta ataupun kerajaan, contoh, Pameran Hartanah Myrumah anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad.
  4. Terlalu memilih : Yes, keladi jika beli rumah memang nak dekat dengan tempat kerja, ada kemudahan, senang bergerak, dekat dengan kedai, tapi hot spot area tu, kalo nak tunggu, confirm selama-lama hidup menyewa. Harga hartanah di area macam tu, mahal dek non, tak payah nak memilih sangat la!!'.
  5. Masih tiada simpanan pendahuluan : yang ini tidak boleh kata apa-apa, untuk beli sebuah rumah, mesti ada duit pendahuluan 20% daripada harga rumah, jadi nak buat simpanan tu, memang confirm lah tunggu entah sampai bila, tambahan lagi ekonomi yang tinggi inflasi ni.
Nak buat macam mana, hidup sudah semakin hari semakin tertekan dengan kos sara hidup, terima jelah kenyataan dan realiti hidup di negara dunia ketiga, yang masih terikat dengan dunia kuasa-kuasa besar, yang pasti jika tak dapat ataupun masih belum berkemampuan untuk beli rumah sendiri, 

Golongan Belia memang tak mampu untuk memiliki rumah sebab kos sara hidup yang tinggi tapi gaji tak pun naik tinggi!!

Anda setuju Ke?


  




No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com