Putrajaya : Kementerian Dalam Negeri (KDN), bersedia mengurangkan jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sekiranya pekerjaan sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar mendapat sambutan rakyat negara ini.
Utusan Malaysia, 16 Februari 2016, Sofian Baharum
Hai korang semua, terima kasih ya, sempat singgah blog keladi dan membaca artikel ini, sebagai pembuka bicara, keladi saja menyalin dan tampal cebisan berita di Utusan Malaysia, yang jadi hangat dan hot tu adalah cabaran kerajaan kita kepada rakyat Malaysia, Sanggupkah korang semua bekerja untuk sektor 3D tu, yang dikira agak Dangerous, lepas tu sah kerja tersebut juga mengelikan dan sangat Dirty dan yang terakhirnya korang nak ke berpanas dan berpeluh, panjat tinggi-tinggi bangunan tu, pastinya memang agak Difficult, jadi persoalan yang terus berulang pada minggu ini adalah, sanggupkah korang untuk sahut cabaran kerajaan tu, dalam menghalang kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia.
Hello, jangan nak berlagak ya, ni cerita yang telah keladi sendiri alami, keladi pernah kerja sebagai crew di restoran KFC, time tu muda dan remaja uolss, nak pendekkan cerita, kerja crew restoran ni, nampak mudah tapi hakikatnya, memang sangat penat, mana taknya, melayan customer yang datang, macam-macam ragam, time tu keladi duduk kat cashier, dah ler kena berdiri sepanjang jam bekerja, lepas tu menghadapi emosi dengan customer pulak, entah lah, jadi makin tension, lepas tu, selepas seminggu berada di kaunter, supervisor suruh keladi tugas di bahagian punggut-punggut pinggan, kemas meja, dan merangkap basuh pinggan, wahhhh, kali ini lain pulak emosinya dan tekanannya, nampak mudah tapi, hanya yang Maha Berkuasa saja yang tahu, itu semua pengalaman keladi yang dikira bekerja bukan lah sangat dalam sektor 3D, tapi yang nak jadikan kesimpulannya, sepanjang keladi bertugas sebagai crew KFC tu, minda dan pemikiran keladi mengatakan, kerja tu hanya sebagai partime, dan aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk terus dapat kerjaya yang lebih relax, @ macam kerja kat dalam pejabat la!,
Itu ragam dan senario golongan muda kini, memang realiti wujud, keladi sendiri alaminya, bohonglah keladi nak katakan, bekas graduan sanggup bekerja sebagai tukang sapu, confirm paling koman pun bila dah habis belajar tu, sementara nak dapat kerja gomen @ pejabat, tentu pergi minta jadi crew kat restoran, dan dalam hati berkata, kerja untuk sambilan je, sementara nak dapat kerja yang lagi baik!, ragam terus meragam, yang lebih cetek pemikiran tu, kerja-kerja tu semua tak standard la, dah la penat, lepas tu tak tentu masa, jadi kuli batak, dan entah apa-apa lagi rungutan yang kita boleh kata pasal pekerjaan 3D tu, yeahhhhh!!! Malu tau nak buat kerja-kerja tu, tambah-tambah kita ni bekas graduan, Alamak!!, keladi tak kata kerja tu menjijikkan, tapi cuma nak kata, memang realiti kita anak muda ni, tak sanggup bekerja di dalam sektor 3D tu, keladi pun macam tu juga, malu, rasa tak ada standard, tak staraf dengan kelulusan dan entah apa lagi yang boleh kita katakan.
Pilih 3D boleh atasi warga Bangladesh
Cerita panjang lebar pula keladi, sengaja nak tulis panjang lebar, kot boleh cari makan sebagai penulis blog, nanti taklah kena kerja dalam sektor 3D tu, tak sanggup uolsss, hihhihihihi, okay, korang pasal isu ini, memang agak sensitif dan sering menjadi bualan dikalangan kita semua, ramai juga yang merungut dan mengatakan kerajaan ni gilalah nak bawa masuk 1.5 juta warga bangladesh, nanti entah apalah nak jadi kat Malaysia ni, pergi sana, nampak muka bangla, pergi sini, nampak lagi muka bangla, sampai lama-lama perempuan tempatan pun terpikat dan terpaut pada jejaka yang berbau badan tu, hihhihhi, gurau je, tapi itulah realiti, isu ini memang agak sensitif, dan tak akan selesai sampai lah kita semua sanggup bekerja di dalam sektor 3D tu, nak ke tak nak, orang Malaysia perlu menerima hakikat yang kita tak sanggup untuk bekerja dalam sektor 3D tu, ada yang kata, aku sanggup je, kalo tak cuba mana nak tau, wahhhhh berlagak !!, itu untuk beberapa hari je kata sanggup, lepas tu, sayonara.........taubat aku, tak nak kerja lagi...
Keladi nak salin dan tampal artiel yang dibaca di Utusan Malaysia, pasal masalah ini juga, selepas Datuk Seri Ahmad Hamidi mengesa rakyat tempatan khususnya golongan belia supaya lebih berani mengambil alih pekerjaan dalam sektor 3D bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, Dato Azlina Othman pula membuat kenyataan berkaitan rungutan yang sering beliau terima daripada majikan mengenai kesukaran mendapat pekerja tempatan dalam sektor 3D, contoh dalam sektor minyak dan gas, di kawasan Parlimen beliau iaitu Pengerang, kebanyakan pekerja merupakan warga asing kerana warga tempatan tidak mampu berdepan dengan persekitaran pekerjaan yang mencabar dalam bidang tersebut.
Dan, keladi ada baca juga di laman sosial kedaikopi.org, tajuknya "Yang kita tak mahu lihat akibat dari warga bangladesh memenuhi negara Malaysia" ( Link), apa yang dipaparkan pada laman sosial tersebut adalah sebahagian kesan daripada sudut budaya dan sosial, mugkin daripada sudut ekonomi, satu perkara yang positif, kerana kita dapat menyelesaikan masalah tenaga buruh dalam menyiapkan projek dalam jangka masa yang ditetapkan, tapi kesan lain pula yang harus kita terima adalah masalah budaya dan ketidaksefahaman antara warga tempatan dan warga bangladesh, dan mugkin lebih parah pergaduhan akan berlaku, jadi, ini pula melibatkan faktor keselamatan penduduk disini, apa yang boleh dibuat, kita semua harus menerima hakikat ini, yang rakyat Malaysia tidak sanggup untuk berkerja dalam sektor 3D.
Sebahagian contoh gambar yang di ambil di internet, untuk keladi tunjukkan kesan yang berlaku kepada sosiobudaya Masyarakat kita akibat daripada kedatangan warga Bangladesh.
Gambar ini diambil daripada internet, tapi wanita ni nampak macam warga indon je, www.keladionline.com |
![]() |
Sumber internet, harap bukan wanita tempatan, boleh juga macam warga indon, kat Malaysia pun wanita indon bersepah-sepah, jadi tak boleh kata, yang kedatangan warga bangladesh akan merosakkan budaya masyarakat dan wanita tempatan, www.keladionline.com |
Kesimpulannya, Bagaimana untuk kita menghalang warga asing untuk terus berada di Negara kita, dan seterusnya, menikmati kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan?, jawapannya, memang tak terjawablah nampaknya, tak payah nak bising dan membebel panjang lagi, realiti yang harus diterima, kita semua memang tak sanggup untuk bekerja didalam sektor 3D, dan dalam masa yang sama kita juga tidak sangup untuk berhadapan dengan kemasukan 1.5 juta warga bangladesh yang sedang diwar-warkan oleh kerajaan tu, walaubagaimanapun, ia hanya angka siling bagi pihak kementerian, kemasukan mereka adalah tertakluk kepada permintaan serta keperluan semasa, Menurut statistik, KDN telah menerima 352, 981, permohonan daripada majikan untuk mendapatkan pekerja asing pada tahun lalu, dan pihak kementerian juga telah menerima kira-kira 400 permohonan sehari daripada majikan untuk mengambil pekerja asing. jadi tak perlulah kita untuk terus mengata dan membantah tanpa mengkaji dan yang lebih parah, kita pulak menuduh KDN mempunyai agenda lain dalam isu pendatang asing ini.
"sebab itu generasi muda perlu menanam sikap patriotik dan cintakan negara kerana dengan pendekatan itu mereka tidak akan membenarkan orang luar mengambil alih sektor pekerjaan di negara ini"
Langkah-langkah mengawal kemasukan Buruh Asing dalam negara
- Peranan pihak berkuasa dalam menyekat kemasukan buruh asing
- Hukuman yang lebih berat bagi majikan yang mengajikan pekerja asing tanpa permit
- Galakan majikan untuk memberi dan membuka peluang pekerjaan separuh masa atau masa bekerja anjal.
- Menawarkan peluang lebih luas pekerjaan untuk orang kelainan upaya
- Mempromosikan industri intensif modal dan berteknologi tinggi untuk menggantikan intensif buruh.
No comments:
Post a Comment