Pilih pasangan hidup, adakah penampilan dan harta diutamakan?

TIP MEMILIH PASANGAN HIDUP

  1. Agama
  2. Berpendidikan
  3. Latarbelakang keluarga
  4. Berharta
  5. Rupa paras

Salam sabtu semua, yang sedang bercuti tu, keladi ucapkan selamat berhujung minggu ya, terima kasih singgah ke blog keladi..

Jika korang yang belum berkahwin tu, bagaimana korang akan pilih erkk pasangan untuk sehidup semati nanti, adakah penampilan dan harta yang perlu diutamakan?

Kengkawan saja je keladi nak kongsi topik yang agak hangat juga diperkatakan tu, maklumla topik alam rumahtangga sebelum dan selepas ini memang tak akan habis sampai bila-bila kot, ada saja masalah dan isu yang di perkatakan dalam media cetak mahupun media elektronik, bukan tu je kat mana-mana pun ada je isu ini diperbualkan. Tapi kiranya topik macam ni tak akan basi kot, sebabnya, memang ia berada dalam kehidupan kita semua. Hari ini kita single, entah esok lusa kita berpasangan, dan hari ini kita berpasangan entah esok lusa kita bercerai, itulah dia rantaian kehidupan yang pasti hanya tuhan saja yang tahu.

Korang dah baca ke harian metro hari ini  yang tajuknya jodoh plastik tu, ingat apa tadi isi dalam topik tu, rupanya pasal pemilihan pasangan hidup di kalangan muda-mudi masakini, laporan tersebut di tulis oleh wartawan HM dan namanya Iskandar Shah Mohamed, jika yang belum baca pergi selak muka 4&5,

Pilih pasangan hidup, adakah penampilan dan harta diutamakan?
Harian Metro, sabtu, 13 Februari 2016, pasangan hidup yang menjadi rebutan bukan saja cantik tetapi, akhlanya juga perlu cantik, www.keladionline.com
"Pasangan perlu cantik, kacak dan kaya, itulah kriteria utama golongan muda masa kini untuk berkahwin, bukan lagi faktor seperti kesetiaan, latar belakang agama atau persefahaman. Kecenderungan ini dikatakan menjadi punca peningkatan kes cerai di negara ini,"
Keladi teringat pulak cerita-cerita kat drama di TV tu, biasalah orang kaya lelaki terpaut kasih dan cinta pada perempuan biasa, tak pun si lelaki kaya dipaksa berkawin dengan perempuan yang bukan pilihan dan daripada golongan biasa, itu senario dan jalan cerita yang ada dalam drama tempatan kini, entah la kalo keladi nak ceritakan sinopsis pasal  cerita tersebut, hemmm tak tercerita kot, maklumlah cerita macam tulah yang selalu dapat rating yang tinggi dalam jumlah tontonan nya.

Mungkin juga faktor terpengaruh dengan drama tempatan kot yang menyebabkan untuk memilih pasangan hidup kini perlu seorang yang kacak dan berharta, faktor akhlak tu kiranya jatuh entah nombor berapa, sebab, kat dalam drama tu juga, kebiasaannya watak lelaki kacak dan berharta tu mesti seorang kaki perempuan dan terlampau sosial, jadi dengan alasan dia akan kembali ke pangkal jalan, menjadi sebab untuk memilih pasangan hidup berdasarkan paras rupa dan harta. Tapi akhirnya, indah khabar daripada rupa, tak sampai berapa bulan, dapat lah gelaran janda.

KAJIAN UPM DEDAH PASANGAN UTAMA PENAMPILAN DAN HARTA BILA PILIH JODOH

Pilih pasangan hidup, adakah penampilan dan harta diutamakan?
Poket berisi dan wajah yang tampan dan jelita bukan ukuran untuk kebahagian dalam mencari pasangan hidup, www.keladionline.com

Hasil kajian yang dijalankan timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran 

Kajian yang beliau jalankan :

Jumlah responden : 1000 individu bujang ( 500 lelaki, 500 perempuan)
Umur : 19 hingga 25 tahun
Masa kajian : 6 bulan, tahun 2015
Hasil kajian: kebanyakkan responden memilih rupa paras serta harta dalam memilih pasangan bakal dikahwini. 

  • Cantik atau kacak
  • Berkulit cerah
  • Bertubuh tinggi
  • Kaya
Statistik Jabatan kehakiman Syariah Malaysia, menunjukkan lebih 274,000 pasangan bercerai di seluruh negara sejak enam tahun lalu, termasuk 38,035 kes dari Januari hingga Ogos tahun lalu. Seramai 156 pasangan islam bercerai setiap hari dan rata-rata kes perceraian membabitkan pasangan muda dengan usia perkahwinan tidak sampai lima tahun.

Kesimpulannya, tak kawin orang kata, dah kawin pulak macam-macam hal yang timbul, jadi mudahnya banyak-banyakkan jelah berdoa semoga pasangan  tu bukan saja kacak dan cantik, tetapi sentiasa menjaga hubunganya dengan Allah.

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com