Rahsia kutipan filem Ola Bola Cecah RM 12 juta selepas 18 hari tayangan

Rahsia kutipan filem Ola Bola Cecah RM 12 juta selepas 18 hari tayangan
sumber internet : filem Ola Bola memberikan kesan yang cukup besar kepada industri filem di Negara kita, bukan sahaja kaum cina sibuk bercerita pasal filem ini, tetapi nak ringkaskan cerita, seluruh rakyat Malaysia bercerita tentang filem ini.
www.keladionline.com

Go go go go go go goal............!!!!!!

Siapa tak tengok lagi memang rugi, ala filem Ola Bola tu, baik korang pergi tengok, tak sempat nak ke pawagam nanti tengok kat astro first yunk, 
tak rugi korang tengok filem ni

Go go go go go go go goal !!!!!!!!!

Filem sentuhan pengarah "box-office" The Journey, Chiu Keng Guan, Ola Bola , telah menarik keladi untuk ke pawagam, menonton filem tersebut, sejujurnya keladi nak beritahu kat korang, bila filem melayu keluar je, tak terlintas langsung keladi nak menterujakan diri untuk pergi melabur duit nak tonton filem-filem tersebut, hihihihihi,  maklumlah, biasanya filem daripada Malaysia ini tak banyak yang best, paling koman pun pasal kisah percintaan dan kasih sayang antara dua insan bercinta, dan yang sering menjadi hot adalah cerita seram-sejuk  yang dah nampak jalan cerita nya sama je, makin lama makin bosan pula,mula-mula memang teruja lah nak ke pawagam tengok filem tersebut, tapi kalo dah berkali-kali sama je jalan ceritanya, rasa rugi kot nak pergi tengok, lepas tonton, confirm menyumpah-yumpah pada diri sendiri.

Tak rugi rasanya tonton Ola Bola, tengok trademark si Blont palare @ Rahman, yang kononnya nak jadi pengulas bola sepak terbaik,.....Go go go go goal!!!!  menyebabkan keladi terus teringat-ingat bila menonton perlawanan bola sepak minggu lepas, ala yang piala sumbangsih tu,(  JDT Menang dan kalahkan Selangor), bukan perlawanan tu je, setiap kali terdengar pengulas sukan, mengulas pasal perlawanan bola sepak, teringat pulak trademark tu, memang mantap la, sehingga meninggalkan kesan kat pemikiran keladi, hihihihi, idea yang ditonjolkan dalam filem ini, ada isi tersurat dan tersirat, memang sampai messeage kepada penonton, itu sebabnya dalam masa 18 hari je tayangan filem ini telah mengutip sebanyak 12 juta, wow sesuatu pencapaian yang sangat boleh dibangakan oleh rakyat Malaysia.

Bukan terlalu nak memuji filem ini, walaupun filem ini bukan datang daripada arahan anak Melayu, tetapi tak ada langsung halangan untuk menonton filem ini, kita kan satu Malaysia, dan filem ini pun menunjukkan kita satu Malaysia, ada Cina, Melayu, dan India, dan kaum peribumi yang lain, sama-sama untuk meningkatkan imej dan nama negara di mata dunia. Maaf keladi katakan, mula-mula ternampak promosi tayangan filem ini kat astro, tapi keladi buat bodoh, tak terlintas langsung nak pergi tengok, sebab ingat tak best, bosan, dan banyak garapan idea yang meleleh, jangan mara tau,  yang buat promo pun orang cina, bukan raisis ataupun semangat perkauman tau, tapi ini memang realiti, kalo nak tengok filem,  kita akan pilih filem bukan berdasarkan jalan cerita tetapi tengok siapa pelakonnya, melayu ke cina!!!, dan lepas tu, tengok pelakonnya popular ke tidak  dan yang pasti pelakon tu juga, mesti hot dan menarik, tapi semua tu tak penting untuk filem Ola Bola ni, tak ada pelakon popular dan hebat pun filem ni tetap dapat sambutan, bukan daripada kaum cina saja, tetapi satu Malaysia kot tonton filem ni.

Alamak, termengarut pulak aku ni bercerita pasal filem ni, keladi nak share kejap dekat korang, keladi tengok filem ni pun dah 1 minggu selepas tayangan, lepas tu si sepupu keladi paksa ke pawagam untuk tonton filem ni, mula-mula terfikir jugak, ala best ke, tak bosan ke, tentu aku tidur nanti, hemmm, tak nak rugi aku pun kata, alang-alang ko dah ajak ni, baik ko belanja aku tonton filem ni, hahahahha, akhirnya, selamat duit aku, dalam hati pun kata ala tak rugi nanti, kalo pun cerita tu bosan sebab ada orang sponser, hihihihi, lastnya, lepas tengok filem ni, keladi boleh katakan tak rugi si sepupu keladi tu bayar RM 30 untuk tonton filem ini, keladi rasa nak tengok lagi tapi tunggu je lah kat Youtube, ataupun astro citra tu, huhuhuhu, maklumlah zaman inflasi kan, kena berjimat,

Itu Pengalaman keladi nak tonton Filem Ola Bola, memang peringkat permulaan tu berkira kot, tapi lepas tengok tak rugi kot....go go go go go go Goal !!!!!

10259321_990133564359124_8806907157068607819_n
sumber internet : sebahagian scene yang ditunjukkan didalam filem Ola Bola,
www.keladionline.com
Sinopsis Filem Ola Bola

Kisah Ola bola yang boleh keladi ceritakan setelah menonton filem ini, dengan paksa rela, hihihihi, kisahnya bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malasyia dalam suka bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninnggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir dengan menemui Eric wong, sesuatu yang mengubah tugasannya menjadi lebih menarik mengenai perjalanan pasukan bola sepak negara.

Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. walaubagimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan iaitu Malaysia ketika itu memboikot sukan olimpik di Moscow, maka harapan pasukan bola sepak ketika itu untuk beraksi dalam acara sukan tersebut punah sama-sekali.

Nak tau lebih lanjut, korang perlu tonton, sebab, banyak lagi perkongsian dan jalan cerita yang sangat menarik dan dikira boleh membakar semangat untuk terus berjuang, dan setiap watak yang ditonjolkan juga, mempunyai perwatakan yang berbeza dan tersendiri, jadi jom kita kenali nama-nama pelakon dalam filem ini,

foto sinar online, barisan pelakon Ola Bola
Nama-nama watak dan pelakon yang membintangi filem Ola Bola
  1. JC Chee sebagai Tauke
  2. Luqman Hafidz sebagai Ali
  3. Saran Kumar Manokaran sebagai Muthu
  4. Marianne Tan sebagai Marianne
  5. Haris Mohd Zainuddin sebagai Sanjeet Singh
  6. Eric Teng sebagai Eric Wong
  7. Katrina Ho sebagai Tan Siew Lee
  8. Bront Palarae sebagai Rahman
  9. Taufiq Hanafi sebagai Mohamad Abu
  10. Mark Williams sebagai Coach Harry
  11. Frankie Lee sebagai pengawal keselamatan stadium
  12. Said Sulaiman sebagai Keeper simpanan 

Kisah Team produksi Filem Ola Bola

Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru. Pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014, ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali didalam filem ini hasil gambar selfienya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan didlam resumenya, Pihak produksi telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pengambaran di stadium Merdeka. Filem ini menggunakan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, sebuah set fun fair telah dibina untuk filem ini.

Sambutan penonton terhadap Filem Ola Bola

Bagi keladi, filem ini memang terbaik, maklumat yang keladi terima daripada website wikipedia, sambutan yang menggalakkan telah membawa keuntungan besar pada kutipan jualan tiket filem ini, hanya 13 hari tayangan, kutipannya mencecah 8 juta, dan seterusnya meningkat 12 juta pada hari ke 18, filem ini ditayangkan.

Ulasan dan kritikan terhadap filem Ola Bola 

keladi link kan ke blog-blog ataupun website-website yang menceritakan kisah kehangatan filem Ola Bola ni, supaya mudah korang buat rujukan nanti

Rahsia filem Ola Bola mampu menarik penonton daripada pelbagai kaum di Malaysia
  1. Tema dan jalan cerita yang menarik , menyingkap kisah perjalanan pasukan bola sepak negara pada era 80 an, untuk beraksi di sukan olimpik di Moscow, walaubagaimanapun, filem ini menunujukan kisah kehidupan dan semangat perpaduan adalah kunci utama dalam perjalanan filem ini. kirannya, jalan cerita yang mengimbau kehebatan skuad kebangsaan yang digeruni di peringkat antarabangsa, memang menjadi perhatian, sebab kita semua pasti ingin tahu apa yang berlaku.
  2. Memaparkan kisah lagenda bola sepak yang kita kagumi, bukan sahaja oleh kaum Melayu, tetapi seluruh kaum di Malaysia. Pada ketika itu, kita lihat pasukan bola sepak negara, terdiri daripada pelbagai bangsa, dan bukan saja, kaum melayu, tetapi semua kaum terbesar di Malaysia bergabung, dengan satu misi untuk terus berada di arena sukan antarabangsa.
  3. Kisah didalam Ola Bola juga, adalah inspirasi  berdasarkan pengalaman Dato Soh Chin Aun dan skuad Malaysia ketika misi kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow. Jadi, ia memang realiti yang berlaku sewaktu masa dulu.
  4. Semangat dan cinta akan tanah air, ditonjolkan dalam filem ini, yang lagi best, kita lihat semangat 1  Malaysia di setiap scene, mampu memberi kesan kepada semua kaum terbesar di Malaysia. Cuba lihat pada kehidupan watak utama Tauke, latar kehidupan keluarga beliau, dan pada watak Muthu pulak, bapanya seorang pengusaha buah kelapa, dan kisah semangat adik nya, sanggup bermalam di stadium merdeka, gara-gara ingin menonton perlawanan penentuan ke Sukan Olimpik di antara Malaysia dengan Korean selatan.  
  5. Latar belakang, dan suasana, era 80-an, dengan gaya rambut, Fun Fair, kawasan di stadium Merdeka dulu dan banyak lagi, digarap dengan sangat menarik dan mampu membuat penonton terus terpaku untuk melihat gelagat dan perwatakan ketika zaman tersebut.
  6. Pengarah filem ini juga bijak, menunjukkan rakyat Malaysia bersatu hati dalam menyokong pasukan bola sepak ketika itu, lihat je lah, bila ada perlawanan bola sepak ketika itu, semua kaum menunjukkan minat yang mendalam, dan sepakat sama-sama menyokong pemain, tak kira bangsa. Siap sanggup cari TV dan duduk beramai-ramai menonton aksi perlawanan bola sepak  ketika zaman tersebut.
  7. Lokasi pengambaran yang membuatkan penonton ternanti-nanti untuk terus mengikuti scene dalam filem ini, keladi pun tak nak terlepas lihat lokasi pengambaran dalam filem ini yang digarap cukup kreatif untuk memberi kesan seperti zaman era 80-an.
  8. Pengarah filem yang berpengalaman, point yang ini keladi nak kata, Chie Keng Guan, yang telah berpengalaman dan berjaya mengarap sesuatu yang menarik untuk filem 'The Journey", sehingga mencatat kutipan sebanyak RM17.16 juta, telah melakukan fenomena yang luar biasa untuk filem Ola Bola ini.
  9. Selain itu juga, peranan pelakon, sedikit sebanyak memberi kesan dalam penerimaan penonton, walaupun ada sebahagian pelakon baru, tetapi dengan populariti di Media sosial membuatkan pengikutnya tertunggu-tunggu aksinya didalam filem, dan disamping itu juga, kebanyakan pelakon memang hensem-hensem dan jelitawan, sapa tak nak tengok bro!!
  10. Pemasaran dan promosi filem daripada pelbagai sudut, wahhh yang ini bukan rahsia lagi, rata-rata kaum di Malaysia mengatakan tentang filem ini, jadi semua nak tengok sangat filem ini, apa yang menariknya tu, ringkasnya keladi nak kata promosi dan pemasaran filem ini memang merata tau, tambah pula, zaman media sosial, confirm sampai  maklumat ke semua orang.
Filem ini memang menarik, jom tonton temubual khas di channel ruang cari.info bersama-sama pengarah filem ini ( Link )

Semoga industri filem kita akan terus maju dan berjaya, seperti perjalanan kejayaan skuad bola sepak negara di era 80-an, Kita menang sama-sama, Kita kalah sama-sama!





Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com