Remy Ishak jual Minyak Wangi ciplak

Hai Bloggers, hari ini cuma nak beritahu je, pelakon yang hot ala-ala hero hindustan tu, " Remy Ishak", dia ada jual minyak wangi namanya Rumi, majlis pelancaran wanginya itu telah dilancarkan pada hari rabu lepas, maaf ya, baru tahu, kalo tahu boleh pergi dan buat liputan, tapi nak buat macam mana, keladi hanya blogger picisan, orang tak akan jemput pun,  okey majlis tu diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, 

so, korang rasa kalo beli minyak wangi Rumi ni berbaloi ke?

Remy Ishak jual Minyak wangi ciplak

Tak nak bercerita panjang berkaitan Minyak wangi yang dikatakan ala-ala baunya macam minyak wangi keluaran Che Ta, tapi telah disangkal oleh En Remy yang juga pemilik Syarikat RISA Team Global (RISA), mengatakan ia adalah satu kebetulan, tapi entahlah, bagi keladi produk minyak wangi ni kadang kala baunya sama je, tapi cuma branding, al maklumlah, keladi pernah nak terlibat dalam bisnes minyak wangi ni, kononnya nak keluar dengan brand minyak wangi nama sendiri tapi bajet tak cukup, kiranya memang mudah uolss, korang hanya plan dengan nama je, nanti kemudian letak jelah nama brand kat minyak wangi tu, dah jadi minyak wangi keluaran sendiri, tak payah nak fikir dan buat experimen bagai untuk cari formula dan pati minyak wangi lain daripada yang lain, itu pasallah bau minyak wangi keluaran artis-artis ni lebih kurang sama je, hello diorang tu ada nama, artis banyak duit pulak tu, confirm bau apa pun, tentu peminat fanatiknya akan beli, untung lah mereka jadi gertis, mudah untuk pasarkan produk, letak je label confirm, laku laris, berbalik pada minyak wangi Rumi  harganya pun dikira boleh dibeli oleh semua golongan iaitu RM49.90 je, dengan kandungannya 35ml.

Menurutnya lagi, Rumi dipilih untuk minyak wangi keluarannya berdasarkan nama wataknya menerusi  drama terbitan Astro iaitu Rumi dan Jawi.

Remy Ishak jual Minyak Wangi ciplak
Sumber Internet : Minyak wangi Rumi
Remy Ishak jual Minyak Wangi ciplak
Sumber Internet : Harga RM 49.90, Minyak Wangi Rumi



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com