10 Tip viral Blog yang mesti dicuba

Hai Bloggers and Readers, terima kasih ya kerana sudi singgah dan baca artikel keladi, entri ini keladi sengaja nak berkongsi tip untuk menjadikan blog kita terus popular dengan viral. Mana tak nya, dunia blog ni banyak persaingannya, banyak blogger-blogger baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, dan mugkin mereka menghasilkan blog dengan keunikan yang tersendiri, rasanya boleh ke kita mencari dan mendapatkan pengunjung yang tinggi untuk blog kita tu, ataupun "kita masih berangan-angan yang blog kita tu kononya popular", yang pasti kita lupa rupanya yang pembaca blog @ netizen ni memang sentiasa mencari blog yang dikira mempunyai nilai keunikan yang tersendiri dalam blog yang disinggahinya itu,  jadi itu sebabnya mugkin ada yang terus kecewa gara-gara melihat page view yang tidak memberangsangkan, dan blog yang dikira orang tak singgah, sungguhpun blog kita tu memang cantik dan kreatif, tak payah ambil contoh orang lain lah, keladi pun pecah kepala juga memikirkan bagaimana untuk menarik pengunjung ke blog www.keladionline.com dan terus membaca artikel-artikel saya tapi tulah yang banyak singgah ke sini adalah daripada mereka yang turut sama aktif join segmen blogger, mereka datang dan membawa perkataan " Done Follow, berblogwalking here, datang daripada segmen yang sama", tapi kirannya ada juga yang sudi singgah, tapi nak mengharapkan pembaca yang betul-betul setia dengan blog kita memang payah, dan agak susahlah jika kita bukan orang yang dikira memang popular, nak kata apa, hanya perlu terima kenyataan dan lepas tu keladi terus kecewa dan  terus kecewa, bak kata orang frust nongeng, sambil hentak kepala kat dinding tapi keladi tak nak furst nongeng lagi, keladi terus membaca dan terus membaca untuk meningkatkan lagi kualiti dan penerimaan blog www.keladionline.com kepada umum.

Bila blog kita diviralkan ni, paling mudah untuk dapat pengunjung yang ramai,
tapi adakah pengunjung tersebut akan terus berkujung ke blog kita itu,
kreativiti dan keunikan yang menjadi faktor utama blog kita akan terus diterima.

Hasilnya jumpa tip ini bagaimana untuk viralkan blog kita, kiranya keladi sudah olah bagi ikut cara penulisan blog ini, takut nanti orang kata keladi ciplak pula, jadi jom kita sama-sama lihat dan kaji adakah sesuai tip ini untuk diikuti dan seterusnya blog kita akan diviralkan secara tidak sengaja.

10 tip viral blog yang mesti dicuba
  1. Perkongsian : Adakah blog kita mudah dikongsikan, jika susah mugkin pelawat blog kita akan biarkan saja artikel kita, sungguhpun artikel kita itu memang benar-benar memberangsangkan, so, jangan menyusahkan pembaca, kerana merekalah yang menjadi tulang belakang dalam viral-memviral ni.
  2. Menjadi punca utama terhadap trend yang berlaku : Blog kita tidak akan popular jika kita adalah pengikut atau pengupas terhadap sesuatu isu yang berlaku, maksud disini kebiasaannya jika berlaku sesuatu kejadian ataupun isu, kita sebagai blogger picisan hanya akan berkongsi maklumat daripada blog orang lain, tak pun mudah cerita kita ambil maklumat daripada blog orang lain dan tampal saja, kiranya tak ada hak eklusif la, jadi jika fikirkan balik bagaimana untuk kita viralkan blog kita sedangkan semua isi dan maklumat sama je, dan lebih mudah baik si netizen ni baca je kat blog yang utama tu, maka lepas ini kita mesti jadi seperti seorang wartawan yang dahagakan cerita-cerita yang eklusif.
  3. Directory Topik ataupun tajuk entri : Yang ini memang orang selalu buat, tapi kadang-kala tajuk kita tu tak memberangsangkan pun, maka pengunjung blog hanya sekadar datang dan tak klik pun untuk terus membaca, kesudahannya blog kita ini tak akan di share ke mana-mana pun.
  4. LOL,WIN, OMG, CUTE, TRASY, FAIL and WTF : LOL ( Kandungan yang lucu), WIN ( Kandungan yang berguna), OMG ( Kandungan yang mengejutkan), CUTE ( Kandungan yang agak comel dan unik), TRASY ( Kandungan yang tidak masuk akal dan pelik), FAIL ( Kandungan yang mengecewakan), WTF ( Kandungan yang agak keterlalulan, dan mugkin menjengkilkan orang), sungguhpun begitu tak semestinya kandungan blog kita yang lebih positif tidak akan diterima pembaca, secara kebiasannya ada je yang penulisan bersifat positif diterima orang, tapi jika kita benar-benar mahir dalam bidang kita tu, dan meghasilkan sesuatu artikel,  tak payah nak cari viral, sebabnya viral akan datang sendiri.
  5. Tulis Entri dengan Panjang Lebar: Point yang ini keladi cuba untuk lakukan di blog ini, biasalah mugkin korang rasa kekurangan idea pula untuk buat entri yang panjang lebar, tapi itulah yang menjadi kesukaan pak cik google, aduh kena buat entri panjang lebar, tapi tulah entri kita nanti bukan saja panjang lebar, entri tersebut juga perlu mempunyai keunikan yang tersendiri dan dapat menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
  6. Adakah Jaringan Media Sosial memberi pengaruh yang besar terhadap isi kandungan blog anda: Media sosial seperti Facebook kebanyakkannya lebih mudah untuk menerima viral disebabkan oleh status ataupun maklumat kita yang dikongsikan mudah dilihat oleh follower, dan mugkin juga status kita tu di share oleh orang yang benar-benar berpengaruh, secara tidak langsung status kita tu akan menjadi perhatian umum, gara-gara dicuit oleh orang yang sememangnya popular.
  7. Pengaruh Visual Kandungan : Korang rasa keladi punya artikel yang kononnya panjang lebar ini agak membosankan ke tidak ? jika ya, jawapan anda adalah memang bernas, sebabnya lumrah manusia yang memang inginkan pemandangan yang indah-indah, mugkin sekeping gambar yang kita publish di blog ataupun mana-mana media sosial  akan memberi tarikan yang tersendiri dan kemudian bahan tersebut akan mudah menjadi viral. Secara tepatnya yang boleh kita katakan disini, Kandungan yang berbentuk visual lebih mudah untuk diterima dan dipandang, jika visual tersebut boleh mempengaruhi perhatian orang ramai, kenapa tidak kita yang mencubanya.
  8. Jangan hanya tumpukan pada Jaringan Media Sosial yang popular saja : Faham ke apa yang keladi maksudkan di point ini, kebiasannya kita akan memilih Facebook, Twitter, Instagram dan Google +,  dalam mencari pengaruh dan tempat untuk mempromosi artikel kita tapi mugkin ada yang terlupa untuk aktif terhadap media sosial yang lain, contohnya Slideshare - 120 juta paparan setiap bulan, Pinterest bermula 2013, mempunyai pengguna lebih daripada 70 juta, korang rasa jika kita tinggallkan media sosial tersebut, adakah kita akan kerugian untuk mencari pembaca blog kita?, jawab untuk diri sendiri la bro!!!!
  9. Buat Video : Video ni mudah mendapat perhatian, sebabnya memang kita mudah tertarik dengan kesan dan gambaran yang berbentuk pergerakan, ala korang pun sudah tau, saya pun jika nak cari tip-tip pemasaran yang berkesan lebih mudah klik je kat youtube tu, lebih mudah faham kot.
  10. Memahami dan mengetahui kumpulan sasaran untuk blog kita : sejujurnya pada permulaan keladi menghasilkan blog ini adalah semata-mata untuk berkongsi cerita ( Lifestyle) dan memperkenalkan keistimewaan  blog kepada umum, tapi memikirkan kelewatan untuk keladi berblog, sebabya ketika ini ramai yang sudah ada blog, blog mereka pula lebih cantik lagi daripada blog keladi ni, jadi permulaan untuk blog keladi ni memang gagal dan tiada langsung target kumpulan pembaca, dan niche blog juga memang agak ketinggalan dan kelam kabut, korang rasalah kan, blog keladi ni akan diterima orang ke, dan ada ke pembaca yang sudi membaca blog ini dan seterusnya blog ini akan menjadi viral dikalangan pengemar-pengemar blog, sendiri makan pengat sendiri mau ingat je lah bro....jadi kesannya keladi  cuba mengubah niche blog yang lebih menarik dan terus mencari sesuatu yang boleh menarik pengunjung untuk terus ke blog keladi.
10 tip yang keladi share ini adalah benda yang sedang dan akan dilakukan untuk menarik viral bagi mempopularkan blog kita, tapi kan korang, sebenarnya viral ni bukannya kita perlu merancangnya sangat, kadang-kala viral tu akan datang dengan tanpa dirancang, boleh percaya ke ni? memang perlu dipercayakan, tapi entahlah, popular ke tidak popular yang pasti penulisan ini perlu ada minat bukan semata-mata hanya ikut trend je, apabila lihat orang menulis blog boleh buat duit tambahan kita pun ikut, tapi hakikaktnya kita tidak mampu atau tiada minat untuk melakukannya, hal ini kerana kita hanya semata-mata mengikut trend yang berlaku, kesudahannya, blog tersebut hanya tinggal nama dan angan-angan je.

Panduan Buat Duit Blog


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com