Apakah sebenarnya pembaca cari di blog?

Hai Bloggers and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel ini, jika nak tarik orang datang ke blog kita ni memang sukar  tau!!!, tapi untung badan sebabnya korang sudi singgah ke blog keladi ni, dikala korang punya blog lagi cantik daripada blog keladi, keladi melalut lagi, jangan marah ya korang. Tapi sebenarnya apa yang pembaca blog ni cari ya?, maklumlah nak tarik pembaca ke blog kita ni payah, entah artikel kita ni ada ke yang sudi nak baca tak pun kita ni saja syok sendiri menulis.


Apakah sebenarnya pembaca cari di blog?

Keladi tanya korang ni jawab lah!!!!!!!!

Sekali lagi aku cakap sorang-sorang tak de siapa nak layan...

Okey, aku terus pasarah dengan apa yang aku terima ni, tapi nak tanya sekali lagi, Apakah sebenarnya pembaca cari di blog?
  • Adakah pembaca ni cari cerita sensasi?
  • Adakah pembaca ni cari penyelesaian masalah?
  • Adakah pembaca ni cari peluang untuk menambah duit?
  • Adakah pembaca ni cari kerja?
  • Adakah pembaca ni tengah melakukan research?
  • Adakah pembaca ni memang hobi dia membaca blog?
  • Adakah pembaca ni cari rumah sewa?
  • Adakah pembaca ni mencari ilham untuk menulis?
  • Adakah pembaca ni sengaja membaca blog?
  • dan banyak lagi.....
dan yang akhir sekali adakah sebenarnya cerita-cerita yang dianggap ekslusif menjadi pilihan pembaca di blog?

Niche lifestyle blog yang selalu blogger pilih tu memang susah nak dapat sambutan, jika si blogger ni bukan popular sangat pun, jadi jangan harap ada yang sudi membacanya. (Sebagai peringatan je ni)

Apakah sebenarnya pembaca cari di blog?

Baiklah keladi nak start berceloteh, sebelum korang nak blame- memblame ni, keladi nak tanya kat korang, sebenarnya PEMBACA tu siapa?, kena tahu juga siapa tu yang dimaksudkan dengan pembaca, adakah pembaca tu 
  • Budak sekolah tadika
  • Murid sekolah rendah
  • Pelajar sekolah menengah
  • Student Universiti
  • Belia yang sudah berkerja/ berkerjaya
  • Golongan surirumah sepenuh masa
  • Golongan Dewasa
  • Golongan pencen
  • Blogger-blogger yang ada didunia ini
Jadi sebenarnya siapa yang dikatakan Pembaca blog awak tu?

#Entri ini nampak bosan!!, jangan lari untuk membaca sebabnya, keladi ada juga entri yang tak bosan untuk dibaca : Blog sudah tidak releven, Kedaionline wajarkah dibina ketika ekonomi sedang merudum, Segmen dan giveaway menjadi pilihan blogger

Pembaca blog kita tu adakah kita tahu siapa dia, ataupun adakah diri kita sendiri yang membaca penulisan kita tu, dan mugkin juga yang membaca entri kita ni seorang blogger, macam blog keladi ni lah, entah-entah yang baca blog ni seorang otai blogger yang sangat handal dalam ilmu blognya tu, tapi tak kisah dan tak kiralah popular ke tidak, mereka tetap dikatakan pembaca untuk blog kita tu,itu pasallah, nak buat blog ni bukan boleh suka-suka je, jika kita masih tidak mengetahui apakah kumpulan sasaran untuk blog kita ni dan apakah niche yang sesuai untuk kita gunakan tu, memang payah nak cari pembaca setia untuk blog kita ni.

                                             300 x 250

( Hello tak perlu nak selitkan nasihat yang tak berapa nak baik tau untuk blog)

Jika nak ceritakan apa yang boleh blogger buat untuk menarik perhatian pengunjung memang sukarlah kalo masih si blogger tu tak tahu lagi apakah kumpulan sasaran pembacanya, nak mengharapkan follower untuk terus melekat di blog kita ni memang tak lah. Jadi pokok pangkalnya blog kita tu mesti ada niche yang tersendiri dan ada kumpulan sasarannya. Jika nak mengharapkan follower je tak guna juga, sebabnya follower tu cuma hanya display di widget tepi tu, dan mugkin dia pun tidak menghiraukan langsung penulisan kita tu, dan pembaca ini pulak yang menjadi kekuatan untuk kita terus berkarya, sebabnya dia membaca dan menilai hasil penulisan kita tau, dan ada juga pembaca yang rajin cuba berkongsi pendapat di ruang komen, tapi nak cari ciri-ciri pembaca macam tu sekarang ni susah la....tak dapat gua nak menolong, dan ada ke kat Malaysia ni yang pembaca tegar macam tu.
Bagi mereka yang masih tercari-cari cara dan teknik yang berkesan untuk memasarkan produk melalui facebook, sila kilik disini
Aduh pening pulak keladi nak explain untuk entri kali ini, kejap nak cerita tentang follower dan kejap-kejap cerita tentang pembaca,

Jadi,

Sekarang ni keladi cerita tentang apa?

Pembaca atau Follower !!!

Sebabnya, kat situ dah menunjukkan engkau gagal memukau orang ramai singgah ke blog ko tu keladi, Pembaca tu berbeza tau dengan follower, tak sama cuba tengok ejaan untuk perkataannya pun sudah tunjuk kelainan -

engkau suka melalut itu pasal orang muak nak baca ko punya entri ni!!!!"

Pembaca- tak semestinya dia tu seorang blogger, dan dia singgah ke blog kita tu untuk membaca maklumat dan mungkin nak cari penyelesaian masalah, dengan mudah dia ni netizen lah.

Follower- dia tu sah seorang blogger, dan dia akan follow blog kita mugkin atas tujuan nak dapat sokongan kepada blognya tu, dan lebih mudah kata, tu yang banyak diorang anjurkan segmen dan giveaway tu. dan mugkin diaorang singgah ke blog kita atas faktor terpaksa - amboi pedas nya ko keladi.

Nampak tak perbezaan diantara Pembaca Vs Follower,

Alamak keladi tak nak cerita panjang lebar tentang perbezaan diantara Pembaca Vs Follower tu, tapi yang keladi nak cerita kat entri ini adalah apakah sebenarnya pembaca cari di blog?

Entah lah, kadang kala keladi terfikir juga, sebenarnya apa yang membuatkan pembaca ini tertarik dengan blog kita ni untuk terus melekat di blog kita tu, dan yang lagi best dia akan repeat pulak tu membaca blog kita ni, dan yang lagi dahsyat siap dia bookmark untuk tak nak terlepas membaca entri kita yang terkini, tapi itu semua agak sukar dan hanya khalayan semata-mata.

Susah memang susah, nak ke tidak kita tetap perlu mencari pembaca untuk membaca entri yang kita tulis dan minta tolong dikongsikan, barulah orang akan lihat dan tahu kehadiran kita di dunia blog.

Erkkk, kejap, korang keladi nak bagi contohlah, yang menunjukkan diantara niche dan kumpulan sasaran terhadap blog kita ni, keladi nak ulang sekali lagi, untuk mencari pembaca ke blog kita, mestilah blog kita tu mempunyai niche yang menarik dan diminati ramai.

Contoh, yang keladi nak tunjuk bagi relatekan apa benda yang keladi nak terangkan ni seperti dibawah :-,
  1. Niche Fesyen - blogger tu akan mencari pembaca-pembaca yang memang update tentang fesyen, dan sudah tentu lah si blogger ni cerita panjang lebar tentang dunia fesyen, dan apa yang dicari si pembaca tadi adalah tentang fesyen.
  2. Niche Lifestyle - Yang ini banyak, dan bersepah-sepah, sebab nya, niche ini mudah, si blogger ni akan ikut suka je menulis, tak kisah lah tentang diri sendiri ke, tentang kisah hidup orang lain  ke yang pasti memang pengikutnya akan terasa seronok nak membaca.
  3. Review Produk - Jenis blog ni pula mengetengahkan pelbagai produk yang dirasakan sesuai, dan dijadikan testimoni untuk dicuba, dan pembaca blog tu kebiasannya akan cari tentang cara penggunaan produk tersebut.
  4. Berita sensasi dan Gossip- yang ini tak payah la nak di cerita, sebabnya pembaca blog ini sudah tentu mencari berita-berita yang hangat lagi sensasi.
  5.  Blog Masakan - Resepi yang terbaru, cara nak masak, apa yang sesuai dan pelbagai lagi benda yang menarik untuk dicari oleh pembaca blog ni, terutama benda yang ada kaitan dengan masakan.
  6. Niche pelancongan- Si blogger akan menarik minat pembaca dengan menunjukkan cerita-cerita yang ekslusif tentang tempat pelancongan yang mesti dilawati, bukan copy and paste je tau, gambar tersebut mesti real ya.
  7. dan seterusnya, banyak lagi blog-blog yang tumbuh mengkhusukan kepada kumpulan target masing-masing, kiranya ada niche yang tersendiri dan unik,  Jadi adakah blog anda memang mempunyai niche yang menarik dan mampu menarik pembaca yang setia? ( Tak payah jawap...sebab jawapannya ada kat report page review tu) 
Entri ini bukan untuk melepaskan geram atau entah saja-saja keladi nak tulisnya, tetapi entri ini adalah satu peringatan untuk semua blogger, sebabnya jika tidak ada orang yang sudi singgah ke blog kita, dan membaca artikel-artikel kita tu, susah juga, macam mana nak hidup sebagai blogger yang berjaya kan, dan nak beritahu juga jika asyik nak cerita tentang perkara yang merepek je ada ke pembaca yang setia untuk terus bersama dengan blog kita tu, masing-masing sudah ada blog dan masing-masing juga cuba untuk mendapatkan pengaruh yang ramai untuk mengikut blognya tu, tapi entahlah sejauh mana blog kita boleh pergi jauh, semua ada kaitan juga dengan sikap dan budaya membaca dikalangan rakyat malaysia, aikk ada kaitan ke?

Mestilah ada, rakyat Malaysia kan suka benda yang short form, dan cepat, mereka malas nak baca benda-benda yang panjang lebar ni, macam keladi juga lah, tak ada masa lak nak baca satu persatu, nak-nak blog tersebut buka bagus pun. Sampai sini jelah entri ni, kang tulis lebih-lebih tak ada pulak yang sudi membacanya nanti.

Bagi mereka yang mencari pakar dalam membuat website jualan seperti zalora, jom klik disini
                               

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com