Hai bloggers and readers, terima kasih kerana sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel ini. Okey tajuk entri nampak macam nak kena penumbuk 5 ni si keladi, tapi korang semua jangan nak berdiri sambil menjerit-jerit, menegakkan pendapat masing-masing tentang tajuk tu, nampak macam agak melampau nak kata blog sudah tidak sepatutnya digunakan pada masakini.
Jangan jadi gilalah ko keladi!!
Yang ko tengah tulis ni dekat mana?
"Bukan ko tulis kat medium blog ke!"
"Dah tu kenapa ko tulis entri ni, ko boleh kata blog tak releven, gila ke apa ko ni, tak pun ko ni memang dah tak ada idea untuk menulis blog?".
Aik!! jangan marah blogger-blogger sekelian, keladi cuma tanya blog ni sudah tak releven ke?
Tentu semua blogger-blogger tegar akan jawab
B.L.O.G TU..MA.SIH...RE.LE.VEN LAH!!!!!! ( kita jerit kuat-kuat)
Baca juga artikel ini : kedaionline wajarkah dibina ketika ekonomi merundum,5 strategi pemasaran bisnes online, segmen dan giveaway menjadi pilihan blogger,
Okey, dah tak payah nak bagi penumbuk 5 untuk keladi, simpan penumbuk tu, dan bagi kat mereka-mereka yang masih berfikiran jumud dan sempit tentang pandangan mereka mengatakan, masih ada lagi ke yang tulis blog sedangkan kita kan dah ada Facebook, Twitter, Pinterest, Tumbler, Instagram, Wechat, Whatsapp, G+ dan lain-lain lagi, #perlu ke keladi nak mantion!!!,,
Hello si pemikiran yang sempit lagi kuno, jom tengok kenapa blogger-blogger tegar mengatakan blog ni akan selama-lamanya kekal dan terus releven untuk semua
- Blog adalah milik kita, nak-nak kita milikinya dengan Domain Name + Hosting kita
- Blog kita adalah apa yang kita tulis @ Idea kita sendiri
- Blog juga macam rumah ataupun kedai kita, cantik kita hias, cantik lah pandangan mata orang yang melihatnya
- Blog untuk segala-galanya tanpa ada sekatan, upsss yang ini jangan buat-buat tak faham, sebabnya ada orang gunakan blog untuk mencurahkan segala idea dan pendapat, ada juga gunakan blog untuk menunjukkan bakat dan kreativiti dan ada juga buka blog untuk menambah pendapatan serta berniaga, dan banyak lagi dengan blog adalah segala-galanya tanpa ada sekatan.
- Blog masih releven, sebabnya makin ramai orang menggunakannya.
Yang point terakhir tu, macam tak ada motif!!!! ( jika setuju duduk diam-diam)
![]() |
Blog tetap releven sepanjang masa, blog juga boleh dijadikan aset untuk perniagaan yang kita jalankan |
Sekarang kita tak lagi berfikiran sempit tentang blog, sebabnya blog tu tak macam media sosial yang lain, cuba je bayangkan jika kita asyik obses dengan facebook kita tu, tak habis-habis dengan facebook kita tu, dan paling best siap boleh buat duit dengan facebook, tapi tiba-tiba je, si pemilik facebook tu tutup service fb, atau sesetengah fuction di facebook tu di delete, so macam mana gak nyer kita yer, tentu nangis tak sudah....tapi beza dengan blog....sendiri mau ingat lah labu!
Jap!!!, bagi mereka yang baru nak mula berblog tu korang kena baca dulu point yang keladi tulis, dan korang-korang yang otai gak jangan nak lari membacanya, sebabnya memang le blog ni hak kita, suka hati kita lah nak tulis apa-apa, asalkan ada orang singgah sini tapi si hunters blog yang tak ada etika tu, korang kena ingat yang blog ini juga boleh menjatuhkan maruah negara kita kepada musuh negara kita tau...aikk apa keladi melalut ni, entah lah, jom kita baca dulu Etika Kewartawanan yang blogger perlu tahu,
Blog Masih Releven sengal!!!
Okey baiklah, keladi tak nak cakap lebih-lebih tentang blog ni, keladi yakin blog ni adalah medium yang akan sentiasa digunakan untuk pelbagai tujuan, maklumlah kita ni dah pun bijak dan pandai, kadang kala suara pandangan dan pendapat kita ni jarang orang nak dengar, sebabnya, entah lah, macam di blok pula suara dan pandangan kita.
Tapi dengan blog, kita boleh menggunakannya sebagai satu peluang untuk kita menyuarkan pendapat dan pandangan tak ada rasa bersalah, ahahahahahha, jangan!! ko keladi ingat blog ini bukan tempat untuk melepaskan geram, atau pun blog ni juga bukan tempat engkau nak buat sesuka hati untuk menjatuhkan maruah orang lain, tapi jadilah blogger tegar yang sentiasa mendisplinkan diri ketika menulis blog....kalo setuju tak payah nak cakap apa-apa.
Sambung balik cerita tentang blog ini, keladi nak cerita benda yang dah dianggap klise, iaitu dengan blog kita boleh buat duit, tak percaya, kena percaya, sebabnya sudah ramai buka blog dan berniaga di blog macam jadi kebiasaan, blog digunakan untuk berjual dan promosi produk untuk blog keladi lak, keladi nak offer pada mereka yang nak menyewa ataupun mintak keladi promosikan produk mereka di blog ini , jangan risau harga boleh kasi baik punya, murah je tak nak mahal-mahal.
Jap keladi nak kongsi tip untuk jadi blogger terhandal, mampu ke, sebab kalo tak mula mana nak tau hasil nya, kalo tak jadi newbie macam mana nak jadi otai atau pun blogger terhandal, so kena bermula daripada bawah, dan disini keladi ambil tip dan petua daripada mereka-mereka yang pakar dalam dunia blog.
- Jadi diri sendiri - blogger yang terhadap adalah menulis berdasarkan maklumat yang diterimanya sendiri, bukan copy and paste daripada orang lain.
- Gaya penulisan dan penghuraian yang berkesan lain daripada yang lain, walaupun isi dan beritannya sama.
- Mempunyai pemikiran yang kreatif untuk menarik pembaca.
- Tahu untuk mempromosikan blog kepada umum
- Cerdik dalam menilai sesuatu berita ataupun maklumat yang akan diulas di blog nya
- Mempunyai blog yang ada niche menarik dan unik.
- Sentiasa berfikiran positif
- Rajin untuk memantapkan ilmu
- Tidak pernah berlagak sombong, sebabnya ada je yang blog otai ni memperlekehkan newbie, kononnya, dia hebat, #yang ini keladi mintak simpang dan dijauhkan berperagai buruk....
- Belajar dan terus belajar.
Sudah!!! handal ke tidak, yang pasti keladi nak setkan minda dan terus berdoa supaya keladi akan terus kekal menulis dan terus menulis, sebabnya kan korang kalo tengok ada sesetengah blogger yang dah berjaya ni, lepas tu dia akan hilang macam tu je, kiranya jadi blogger tu untuk semusim je, lepas tu hilang entah ke mana, keladi tak nak jadi maacm tu, biar keladi mula dengan slow2 untuk memperkenalkan diri kepada umum, dan bila terkenal sebagai blogger berjaya nanti... keladi nak terus maintain..dan tak nak hilang selama-lamanya dalam dunia blog ni.
Jadi sebenarnya, blog ni masih releven ke?
Korang jawab sendirilah, sebab pendapat dan pandang tak pernah ada salah dan betulnya tu hak masing-masing, tak payah nak bising-bising, sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah beb...
Bagi mereka yang masih tercari-cari bagaimana untuk mempromosikan produk kita menggunakan facebook dan tidak tahu cara dan teknik yang betul, jom klik disini
Dan bagi mereka yang berminat untuk buat website untuk perniagaan online seperti zalora, jom klik disini, kedaionlinez sudi membantu dengan harga yang berpatutan
No comments:
Post a Comment