Etika wartawan yang mesti diikuti oleh blogger

Hai bloggers and readers, terima kasih kerana singgah ke blog keladi dan baca artikel ini, pada permulaan saya join dunia blogging ini adalah semata-mata untuk mencari duit samping, sebabnya jika saya search je kat enjin carian tu, rata-rata bloggers akan mengatakan blog adalah tempat yang mudah untuk kita menambah pendapatan, dan telah terbukti kot yang blog memang boleh menjadikan satu kerjaya yang menjamin untuk korang, secara jujurnya yang keladi nak kata, tak mudah untuk kita menempatkan nama di arena blog, "memang sangat sukar " , nampak macam mudah, maklumlah kepala penuh dengan idea nak dikongsikan kepada pembaca, tapi hakikat itu perlu dikikis dan angan-angan nak jadi blogger popular mesti diletakkan jauh-jauh jika kita tak pandai untuk memberi kesan kepada pembaca, sebabnya jangan asyik kita menulis didalam blog tetapi kita buat-buat tak tahu bahawa bidang penulisan blog juga ada etikanya seperti wartawan, ibarat blogger ini pun macam wartawan juga, baik yang diceritakan maka baiklah perspektif umum terhadap sesuatu perkara, tapi jika buruk yang kita tulis, mugkin buruk padahnya nanti. Tak payah ler keladi nak bercelotoh panjang lebar, sebenarnya keladi nak korang tahu sebelum keladi menuliskan point-point tentang topik diatas, keladi juga dulu ada mengikuti krusus kewartawanan selama satu semesta ketika berada di U dulu, dan untuk entri ini, nampaknya keladi kena buka kitab lama lah, untuk memberi informasi kepada korang.

"Blog mudah tak perlu bayar apa-apa, bebas tak ada ketua yang memantau, boleh tulis suka-suka hati tanpa memikirkan kesalah bahasa dan bla bla bla!!!!', 


Etika wartawan yang mesti diikuti oleh blogger
Blogger tu fungsinya sama je dengan wartawan, memberi maklumat dan informasi kepada umum,
 tapi jika wartawan perlu ikut etika dan garis panduan yang telah ditetapkan tapi jika blogger pula ada ke etika dan garis panduan yang perlu diikuti?

Etika wartawan yang mesti diikuti oleh blogger

  1. Tugas utama wartawan adalah melapor kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar : Jadi jika bloggers pulak macam mana, selalu macam saya suka ambik maklumat daripada sumber utama, kemudian copy and paste je, sebabnya nak tarik pengunjung yang ramai untuk datang ke blog saya ni!, ( itulah yang dikatakan blogger juga perlu tahu yang sumber berita tersebut boleh dipercayai, jangan asik salin dan tampal je, tanpa mengetahui kesahihan berita tersebut, kesannya, kita pun akan terpalit sekali dosa nanti,  maka apa yang patut kita lakukan sebagai blogger adalah kita mengupas semula berita ataupun dianggap berita panas tu dengan memberi kesan yang positif kepada berita tersebut, "jangan suka mencurahkan minyak tanah lagi jika api tersebut terus membara".
  2. Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama : Untuk blogger pula, kebiasaanya berita atau isu yang selalu dipublishkan adalah bersifat sense of humor, dan dapat menarik perhatian orang ramai, kiranya cerita yang dikupas tu lagi banyak kebencian lagi disukai oleh blogger untuk mengupasnya, jika tak buat macam tu bagaimana untuk menarik perhatian pembaca untuk singgah ke blog kita kan!, tapi nak ke tidak kita sebagai blogger juga mesti jujur dan tidak terlalu bebas untuk mengupas sesuatu isu yang dianggap sensitif , sebabnya, kita hanya mendapat sumber dan rujukan daripada orang tengah, maka takut nanti berlainan fakta pulak, kesannya akan menimbulkan isu lain pulak, bukan untuk menjernihkan keadaan tetapi akan mengeruhkan lagi keadaan. STOP!!!, jangan kata tidak setuju, "Jika takut di lambung ombak jangan berumah ditepi pantai"
  3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/filem dan dokumen : itu wartawan kot, tapi kalo blogger pulak, mudah je, baca-baca isu ke, topik ke, entah apa-apa situasi yang menjadi viral, kitorang akan publish je, itu semata-mata nak mencari pageview yang tinggi, budaya copy and paste ini kiranya menjadi lumrah seorang blogger, kiranya entri kena diisi cerita-cerita yang menjadi bualan, jika tidak hemmmm telan air lur jer la. 
  4. Sebarang maklumat tersiar didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan : jika blogger pulak, korang akan memperbetulkan tak, hihihihi, point ini nampak kelakar bagi kami, bagaimana untuk memperbetulkannya, sebabnya kita ni dapat berita daripada orang tengah la, dan lebih parah berita tersebut daripada sumber internet, jika salah berita tu, salahlah berita yang kami siarkan tu. 
  5. Wartwan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita : jika site blogger pula bagaimana?, berita dan isu yang dianggap rahsia tulah yang menjadi tumpuan dan idea untuk dikongsi kepada umum, tapi tulah untuk menjadi blogger yang lebih professional, kita mesti sentiasa ingat point ini.
  6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rahsuah dalam apa bentuk sekalipun : Korang rasa yang ini kita boleh ikut ke, sebabnya kebanyakkan raka-rakan blog memang suka meniru dan suka pada benda-benda yang boleh memberikan Viral pada blog nya. Entah lah, keladi rasa isu plagiat dikalangan blogger memang tak akan ada kesudahannya tu.
  7. Wartwan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia : Tak payah nak cerita, kalo blogger ni memang suka benda-benda yang dianggap memang panas, tanpa berfikir panjang, jommm, kita publishkan di blog, tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku.
  8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profession mereka : Blogger juga jangan lupa tau, point yang ini kita kena sematkan didalam diri supaya orang lain tak lagi memandang kita ni picisan, cuba bawa sesuatu yang lebih professional barulah kita akan dipandang blogger yang professional.
"Etika yang mesti kita ikuti sebagai blogger", mesti korang akan marah kat keladi kan tak pasal-pasal nak tunjuk pandai pulak nak mengajar, bukan apa, sebabnya, ada je blogger yang otai berblog tanpa ada etika ataupun garis panduan yang perlu dipatuhi mampu berjaya dan mendapat purata pendapatan yang memberangsangkan secara konsisten, mereka menggunakan sesuatu isu yang sensitif untuk di viralkan secara bijak,  dan kesannya blog tersebut mendapat jumlah page view yang banyak dan pengaruh blog meningkat, persoalannya perlu ke blogger ini ikut garis panduan dan etika sama  seperti wartwan ketika bertugas?, blogger pun manusia jugakan, kita menulis pun semata-mata untuk mendapat nama dan populariti, nadi dan kekuatan blog adalah pada isi yang mampu menarik perhatian umum, dan wartawan pula bekerja kerana terikat dengan jawatan, dan setiap hujun bulan gaji masuk, ada ke tidak orang yang membaca artikelnya tu, duit tetap masuk....entahlah keladi malas nak cerita panjang, kalo kita pandai sangat baik kita jadi pensyarah je, dan yang pasti blogger perlu menjadi bijak dalam mencari populariti, jangan sampai badan yang merana, faham-faham je lah maksud keladi tu.
Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com